[BHB] BAB 63

7.9K 218 10
                                    

[ BIAR HATI BERBICARA ]

'Hi Bie, i miss you so much .. thank you  sebab sudi luangkan masa dengan i...'

"Abang... seriusnya..tengah SMS dengan siapa? Kekasih lama ke?" Ujar Naura menghampiri suaminya yang sedang duduk disofa.

Terhenjut bahu Danish bila kedatangan Naura mengejut dari ruangan dapur mereka.

Naura melangkah kaki ke sudut belakag sofa lalu merangkul lembut batang leher suaminya dan menghadiahkan kucupan lembut dipinggir pelipis suami tercinta.

"Takde lah sayang..hal-hal kerja saje.. " laju tangan Danish menekan butang Lock memadamkan screen dari terus menyalah dan mempaparkan mesej ringkas antara dia dan Henry membicarakan tentang Fiona.

"Ohh...ingatkan tengah mesej dengan siapa... erm abang.. "

"Ehem???" Danish menjongketkan kedua keningnya dan tersenyum melihat seraut wajah cantik milik Naura.

"Erm..sayang ada hal kat luar sebentar..abang boleh jaga anak-anak tak?"

Danish mengerutkan keningnya serentak pandangan dialihkan ke arah jam di bahagain pergelangan tangan kanannya.

"Dah malam dah ni sayang .anak-anak pun nak tidur dah.. esok tak boleh ke??"

"Tak bolehlah bang.. tadi sayang dapat call dari staff ,katanya butik ada masalah.. jadi nak bincang malam ni juga..ada pelanggan tak puas hati tengah mengamuk dekat sana..."

Naura meluahkan kemelut yang sedang melanda. Baharu sahaja ingin melelapkan mata kini masalah pula yang datang menimpah. Wajah yang cemas dikawal bersahaja. Khuathir andai butik yang dibangunkan bakal jatuh dek emosi manusia yang cuba menjatuhkan perniagaannya.

"Biar abang hantar" Danish ingin bangkit dari duduknya namun Naura pantas menepis suami dari berganjak dan meneruskan niatnya.

"Takpe.. sayang boleh pergi sendiri..abang jaga anak dekat rumah ye..." tutur Naura menolak sedikit dada suaminya dan terduduk semula ke atas sofa mewah berwarna putih cerah.

"Betul ni tak nak abang hantarkan?"

"Ye..ye.. sayang tahu jaga diri.. jangan risau ye. InsyaAllah dah selesai ..sayang terus pulang" ukiran senyuman Naura terpancar jelas dibibirnya. Hanya senyuman tipis dibalas oleh Danish kepadanya.

Sempat Naura mengucup tangan suaminya sebelum meninggalkan perkarangan rumah. Hati terasa sesal kerana terpaksa berbohongan tentang kepergiannya.

Sudah beberapa hari Danish sering lewat pulang ke rumah dan sering mengelamun sendirian tidak menghiraukan anak-anak walaupun mereka ingin menganjak ayah mereka bermain bersama-sama.

Kini baru dia mengerti apabila Hendry menghantar foto keakraban suami dan mantan madunya Fiona disebuah kafe dari telefon bimbitnya tadi.

Naura juga sudah Mengetahui semua rencana Fiona yang berpura-pura meraih simpati. Sejuta keraguan sedang membelenggu dan akhirnya rahsia itu terbongkar satu persatu.

Langkah kaki diayunkan menuju ke arah sebuah kereta dan memasuki kenderaan lalu meneruskan perjalanan. Akalnya masih memgelola emosi dan meredah sahaja benting ketakutan.

*****

"KAU sure ke dia datang??"

"Sangat pasti..dia percayakan aku,tapi ingat perjanjian kita yang kau tak akan apa-apakan Naura?"

Gelak sinis Fiona kedengaran dihalwa telinga.Pandai benar Hendry melancarkan rancangan yang bernas tanpa pengetahuannya.  Cuba mendapatkan kepercayaandan akhirnya menjadi barah dalam genggaman.

"Hendry..Hendry.. kau jauh lebih licik daripada aku kan? Tak sangka cuba bocorkan rahsia rupanya nak dapatkan 'kepercayaan' dari mereka berdua? Good job !"

*****

MALAM sudah tua dan titisan embun jantan mengalir dihujung dedaunan. Danish sudah tidak senang duduk menanti kepulangan Naura.

Jam didinding diperhatikan berkali-kali dan detakan jantung sudah tidak terkawal lagi. Bimbang akan keselamatan Naura. Di mana dia sedang berada. Seringkali Danish menghubungi telefon bimbit Naura,malangnya tidak disambut oleh isterinya.

Mundar mandir diruangan bilik tidur anak kembar mereka. Kini Danish cuba menghubungi Haney dan mencari tahu keberadaan Naura. Takkan urusan kerja sampai subuh nak menjelma?

"Hello???" Suara Haney serak-serak basah baru terjaga dari lena.

"Haney? Naura ada dekat sana tak?" Laju Danish mengacukan soalan tanpa sempat memberi salam.

"Naura? Kenapa? Korang gaduh ke??"

"Bukan.dia kata ada masalah dekat butik tapi sampai sekarang belum balik-balik lagi" Hembusan nafas lelah Danish kedengaran dihalwa telinga. Terkadangan tangan memecit pelipis kerana kesakitan mencengkam kuat kepalanya.

"Masalah dekat butik? Masalah apa? aku baru balik dari sana.. tak nampak batang hidung  dia pun"

Danish terduduk diatas tilam anaknya. Makin bertambah-tambah kerisauan sejak Naura meninggalkan rumah.

"Hello Danish?"

"Erm.." Danish menundukkan wajah cuba menenangkan fikirannya dan memikirkan dimana Isterinya berada.

"Call Naura..dia sambut tak?"

"Phone dia hidup tapi tak angkat" lemah suara Danish berkata-kata dan melihat sebentar ke arah anak-anak yang tertidur ketika ini.

"Kesan telefon dia.. ,pergi cari Naura.. kejap aku pergi sana jaga Awish dan Nara"

"Thank you Haney"

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now