BIAR HATI BERBICARA
"ASSALAMUALAIKUM nenda...." sapaan lembut membelai masuk ke dalam halwa telinga mencuri tumpuan figura tua sedang mengelamun dibalkoni. Wajah dipaling perlahan dipalingkan memerhatikan suara lunak mengusik lamunan.
"Naura?!" Senyuman terukir jelas , hati girang melihat gadis itu kembali ke tanah air dengan selamat. Tubuh diraih dan peluk erat.
"Nenda..., kenapa termenung sendirian dekat sini? Naura datang pun langsung tak peduli..." tubuh ditarik melonggarkan dekapan. Mengamati wajah berusia menghabiskan sisa mengimbas kenangan lama.
"Nenda saja nak lihat pemandangan... manalah tahu hari ni hari terakh-
"Shh.. apa nenda cakap macam ni...nenda masih muda lagi, kuat...bertenaga.. badan masih bergetah macam anak dara." Usikan bersama bibit senyuman cuba memuji dan memujuk hati yang sedang dilanda kemurungan.
"Ada-ada je Naura ni... macamana hubungan dengan Danish...semua baik tak?" Senyuman dibibir figura gadis mulus itu perlahan mula sirna bila topik dia dan suami menjadi perbualan nenda.
"Erm.. baik-baik je bonda..." lembut suara merunduk menahan emosi. Seharian ini Suaminya hanya berdiam diri dan melayan telefon bimbit mungkin sedang berbalas pesanan ringkas dengan wanita lain.
Apalah gunanya jika berada disisi tapi hati dan fikiran dia jauh pada orang lain. walaupun semua itu pahit ia harus ditelan dan cuba melupakan. Ia pasti hati ini terlalu kuat kerana Allah sedang menguji berapa besar pengorbanan dan kesabaran dirinya sebagai seorang isteri.
"Mulut Naura kata lain.. tapi muka gambarkan ke lain.. janganlah nak bohong nenda.. nenda terlebih dahulu makan garam...." lembut suara itu menyapa menghentikan kemelut hati didalam hati Naura.
"Naura...
"Sayang nenda.. nenda minta maaf sebab nikahkan Naura dengan Danish... nenda nak Naura jadi cucu nenda... nenda sayang sangat dengan Naura...sangat sayang..." Puan Seri Engku Fatimah mencelah memujuk Hati gadis yang sedang lara. Secalit senyuman diberikan menutupi perasaan yang terpukul kedukaan
"Naura pun sayangkan nenda...bonda, ayah.. dan Danish..." suara sebak terakhir diucapkan. Nadanya samar sedikit sahaja lagi tidak kedengaran. Nenda meletakkan tangannya pada bahu Naura. Keluhan berat kedengaran dicorong telinga.
"Nenda minta maaf sayang, kalau Danish ada buat hati kamu terluka... tapi.. berusaha selagi boleh, nenda yakin. Danish dan Naura ada ikatan yang kuat tapi kamu berdua tidak nampak" terkedu sebentar dan mengerutkan wajah. Ikatan yang kuat seperti mana?
"Nenda dengan suami nenda dulu pun menikah dijodohkan oleh kedua orang tua. Pertama suami nenda pun macam Danish juga.. selalu marah-marah.. tidak pernah menerima kehadiran nenda.. atas kesabaran.. suatu saat dia meluahkan rasa cintanya dan Hanya ajal maut jadi pemisah" mendayu-dayu suara dihalwa telinga.
Naura masih tergumam tidak melantunkan askara sukar mengaturkan kata-kata. Timbul sebuah harapan membina istana gerbang untuk menghangatkan perkahwinannya. Dia yakin boleh bersabar seperti nenda. Nenda boleh kenapa dia tidak?
"Kalau Naura tidak bertahan.. pergilah nak.. cari kebahagiaan Naura-
"Takpe Nenda... Naura yakin naura boleh bersabar..dan akan selalu bersabar..." lebar senyuman muncul bercambah dibibirnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/143480745-288-k11390.jpg)
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...