[BHB] BAB 43

10.4K 259 8
                                    

BIAR HATI BERBICARA

SEBUAH Kucupan lembut melenyapkan mimpi yang tercipta dari malam hingga matahari datang menegak diatas sana. Kelopak mata dibuka perlahan melihat kelibat suami tersenyum mengamati wajah mulus milik Naura yang baharu sahaja terjaga.

Anak mata mengerling membenarkan selimut tebal yang membaluti tubuhnya, Tidak tahu lagi pakaian yang tersarung malam tadi dicampak ke mana.

Figura Danish tidak henti-henti menatap seraut wajah Naura yang masih mamai baru sedar dari lena. Mulut menguap ditutupkan dengan tangan mulusnya. Daniah tersengih kecil melihat keimutan tingkah sang isteri. Sejuk hati.

"Morning sayang..." sekali lagi pipi Naura menjadi sasarannya. Naura menolak perlahan dengan tangan kanan."kenapa tak kejutkan saya..." rambut yang sedikit kusut disisir dengan jari jemari. Selimut ditarik ingin duduk dari baringnya tadi.

"Sayang tidur nyenyak sangat. Abang tak sampai hati nak kejutkan.." figura Naura menekan batang hidung antara kedua bebola mata miliknya bagi menghilangkan rasa mengantuk yang masih bermaharajalela.

Kini mengamati wajah milik figura Danish jelas bertentangan dengannya, sudah segak bergaya mengenakan pakaian kerja.

Danish Bergerak sedikit mengangkat pergelangan tangan kanan dan memandang jam tangan rolex berwarna silver kesayangannya.

"Erm. Abang dah lewat dah ni sayang.. abang sudah siapkan sarapan. Nanti sayang makan tau.." Dahi Naura dikucup lembut lalu Kepala milik figura Naura digosok-gosokkan. Laju Naura menarik tangan suaminya dan dikucup mesra tanda selamat pergi buat suami tercinta.

"Hati-hati tau. Jangan tambah bini lagi satu.. " sengih Naura melihat Danish sudah mencapai beg kerja dan meninggalkannya didalam kamar sendirian. Sempat lagi mata dikenyit nakal ke arah Naura.

"Cukuplah yang sekarang ni.." balas Danish kini sudah menghilang tanpa jejak.

Fuh!!! Keluhan Naura dihembuskan.
Selimut dibukakan sedikit dan ditutupkan semula. Argh! Macam ni ke hidup rumahtangga. Bahu terjongket geli bila mengenangkan peristiwa yang terjadi antara mereka berdua. Benar-benar gila!

*****

PINTU kereta dikatupkan semula dan kini ibu jari memecit butang kunci lalu melangkahkan kaki menuju ke syarikat bangunan tinggi yang tertangkap pada pancaindera milik figura Danish ketika ini.

Langkah terhenti sebaik sahaja deringan telefon bimbit didalam poket kedengaran kuat memecah kesunyian. Tangan kanan Danish dicelukkan ke dalam saku. Telefon bimbit diluarkan dan dipandang. Terpapar jelas nama isteri keduanya Fiona sedang cuba menanti ditalian.

"Hello" telefon diletakkan ditelinga kanan, kaki dipakukan dari berjalan. "Dari semalam i call you. You pergi mana hah? Buang je handphone you tu kalau tak nak guna!" sergah bentakkan suara dari Fiona.

Danish menarik nafas berat cuba mengawal emosinya. "sorry baby.. i dengan Naura semalam-"

"What?!!! " lantang teriakkan Fiona mencelah sebelum sempat suara Danish menghabiskan ayatnya.

"Berani you main kayu tiga belakang i.. dengan dia lagi tu!!!!" Jeritan Fiona membingitkan telinga. Danish menjauhkan sedikit ganggangan kerana gegendang telinga sudah berdesing mendengar suara Fiona.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now