BIAR HATI BERBICARA
PANG!!!!
BUNYI dentuman kedengaran mengempita apabila dinding dihajar oleh sesuatu benda. Memecahkan suasana yang tadinya sunyi tanpa nada.
Bengis wajah Kartika yang kini baru melabuhkan punggung secara kasar ke atas sofa mewah miliknya. Panas! Panas benar bahang yang sedang memenuhi dada. Hampir sahaja rencananya berjaya.
Geram! Jelas wajahnya geram yang kini sedang dipenuhi kemarahan kerana sebuah kegagalan. Pantang benar akan ungkapan 'gagal!'. Pandang mata memanah tajam, merengus geram dengan dadanya yang tidak sinonim lagi turun naiknya.
"Argh! Damn It! Siapa lelaki tu?! Sikit lagi Plan aku nak berjaya! Tak guna betul!!" Surat khabar diatas meja dicapai dan kini mula mengibas-gibas menyejukkan hatinya yang membahang dan mengelegak sahaja rasanya.
Kesemua orang suruhannya merundukkan kepala. Masing-masing memandang kaki mereka. Ikutkan hati mahu sahaja dihadiah pelempang setiap seorang. Tertekan!
"Saya nak korang cari tahu! Siapa lelaki yang selalu dengan Aurora aulia itu! Saya nak minggu ini juga! Mengerti?" Jari telunjuk dihentak diatas meja kaca. Nadanya jelas kedengaran dihalwa telinga. Jelas dia sedang dalam emosi amuk amarah.
"Kami akan usahakan Madam...."
"Saya tak nak kamu usahakan! Saya nak berjaya! Usaha.. usaha.. sampai sekarang mana? Celah gigi pun tidak ada.! " sinis nadanya menyindir pekerja yang tidak cekap melakukan tugasan yang mudah.
"Baik Madam.." tutur nada perlahan. Masih menundukkan kepala, takut bertentang mata dengan wanita yang selalu sahaja menempiaskan kemarahannya pada mereka.
"Apa lagi kamu buat dekat sini?! Nak saya bentangkan karpet merah lagi ke?! Bodoh!" Makian kata serapah diluncurkan dibibirnya seperti biasa.
Mereka mengangguk kepala mengerti dan kini sudah mula membuka langkah besar beredar dari ruangan.Anak mata berapi milik Kartika masih tidak henti mengejar orang suruhannya. Bengang! Egrh! Keluhan berdengus geram dilepas kencang.
BANGUNAN Shopping Mall yang sedang penuh dikerumuni orang ramai terasa menyesakkan dada figura Gadis yang asyik membuntuti suaminya yang terlebih jauh dihadapan sana.
Sangkalannya, selesai sahaja menjamu selera sebentar tadi, mereka terus bergegas untuk pulang ke rumah kembali. Rupanya sangkaanya jauh meleset. Marcapada tika kini terpaksalah dia menemani suaminya yang asyik berjalan ke sana sini tanpa arah tujuan itu.
Terkadang dia menilik-nilik setiap helaian baju tanpa tujuan dihati untuk membeli. Hanya sekadar suka suki dan cuba menghilangkan rasa kebosanan yang membelenggui diri. .
Namun apa sahaja yang disentuh oleh jari jemari mulus itu, nescaya Figura Danish pantas mencapai dan membelikan untuk sang isterinya tanpa mempersoalkan mahu ataupun tidak. Huh jengkil pula hati dibuatnya. Terpaksalah tangan disilang dan memeluk tubuh sendiri mengelak tangannya dari tersentuh itu dan ini.
Sekilas mata digerlingkan ke hujung sana, sebuah pameran seni indah tertangkap jelas dipancainderanya. Kini menoleh kembali mencari sang suami, mata dikerling mengeliling. Langsung tidak kelihatan akan batang hidung lelaki itu.
Fuh! Dihati dan mata sudah tertarik akan kesenian yang terpapar disana. Tak salah jikalau dia melihat seni itu seketika. Kaki mula diayun titah. Sesekali mencari sosok figura suaminya yang sekarang ini entah dimana keberadaannya.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...