BIAR HATI BERBICARA
TIUPAN Angin lembut menyapa masuk ke dalam ruangan rumah. Menyejukkan tubuh yang sedang terbaring lesuh, menjuntaikan tangan kanan pada lantai dan tangan kiri dijadikan tempat pelabuhan kepalanya yang berdenyut kuat.
Airmata bertakung sudah kering hingga tidak tersisa lagi,tetapi kelukaan masih melekat tertanam didalam sanubari. Tergores terkena duri meninggalkan kesan yang berdarah membalut hati.
Terpampang wajah kosong, hambar dan sunyi. Sesunyi ruangan itu bagaikan tidak berpenghuni. Ditenung setiap inci lukisan yang mengambarkan wajah suaminya. Suami yang tidak pernah mencintainya dan bakal meninggalkannya demi mengejar wanita lain diluar sana.
Sebak tidak terkata, hujah itu merentap masuk dalam dada menghapuskan semua harapan yang di baru sahaja bina. Hancur berderai dibawa arus gelombang dihempas badai.Dikesat sedikit airmata dengan wajah merah menahan sebak didada.
Terngiang-ngiang dikepala, terimbas detik wajah Fiona seakan singa mahu membahamnya hidup-hidup. Sakit benar hatinya bila terbayang akan wajah Fiona. Kalau diikutkan emosi negatif, memang sudah dihentamnya perempuan itu. Tapi apa pula pandangan Danish pada dirinya. Jelas suaminya lebih berpihak pada orang disebelah sana.
"Apa kurang saya Danish... saya sudah mula mencintai awak... tapi ini yang awak hadiahkan untuk awak. Penjara awak ini benar-benar menyakitkan." Desis berbisik menyapa halwanya sendiri. Mencari dimana khilafnya. Dimana kekurangan dirinya. Sakit! Sakit yang terasa.
Bibir bergetar diketap kuat, dengan helah tersedu dihujung nafas menghembus perlahan. Tengelam dalam lamunan menyelami dan merawat hatinya yang terluka.
"Naura?!" Sergah figura Lelaki itu baru pulang dari kerja. Naura tersentak bangkit lemah dari pelabuhan memerhatikan seraut wajah yang menduakan cinta sucinya.
"Tadi Fiona ada jumpa kau ke? Apa kau cakap dengan dia?!" Lantang suara itu memecah kembali merobekkam hati yang sudah sedia berlubang. Kini bertambah kelam dan hitam.
"Ye.. dia datang... saya tak kata apa-apa pun dekat dia..." bergetar suara menahan ketakutan didalam diri. Melihat mata tajam berbahang sehangat matahari.
"Kau jangan nak tipu aku. Dia bagitahu aku.. kau kata dia perempuan murahan?!" Naura terkedu bertambah pilu. Tidak habis satu.. satu lagi hukuman menimpanya.
"Saya.. saya minta maaf.. dia hina saya.. takkan saya nak biarkan...." suara berdesis hampir tidak kedengaran dihalwa telinga. Merunduk menyembunyikan wajah. Setitik airmatanya kembali menitis.
"Kau kata dia perempuan murahan?!
"Dia yang kata saya macam tu...." Sergah Naura membela diri. Sampai bila diri ini dijadikan hamba pada lelaki yang membuat hubungan sulit dengan wanita lain.
"Eh ! Kau ni betul-betul sengaja nak buat aku marahkan. Jangan sampai aku..! Eh!!" Rambut direntap sukar untuk melafazkan ucapan itu.
"Awak nak ceraikan saya untuk dia kan? Saya tahu kekurangan saya.. saya tak layak untuk awak..tapi saya ada hati awak.. saya ada perasaan.. awak... sebelum kita berpisah. Boleh tak awak tunaikan satu permintaan saya... selepas itu.. kita buat haluan sendiri. Dan saya janji akan pergi jauh dari hidup awak..." tergetar bibirnya melepaskan apa yang terbuku di hati. Bersama airmata membasahi pipi. Merenung jauh mata suami.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomansaRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...