[ BIAR HATI BERBICARA ]
"ERM?! Why? Kenapa pandang i macam itu. Sorry i tak berminat dengan tatapan mata you. Walaupun you berdarah luar negara, tampan dari Danish. Jangan ingat i nak jatuh hati dekat you.. kalau dibandingkan harta you dengan dia. You are nothing"
Senyuman sengit menyinggah dibibir Fiona, sesekali tangan mulusnya mengibas-gibas rambut paras bahu berwarna merah miliknya.
Agak rimas dengan pandangan mata Hendry seakan mencengkamnya. Sebaik sahaja mendengar ungkapan Fiona. Figura Hendry menepuk tangan dan tergelak besar.
"Really?! Kau jangan ingat aku tengok kau macam ini aku dah jatuh hati. Kau kalau dibandingkan dengan Naura a.k.a Aulia. Bagai bumi dan langit. Kau cantik dekat mana? Takde pun..."
Fiona yang tadinya tersenyum meraihkan kemenangannya kini berubah angin mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapannya ketika ini.
Rancak musik kelab malam seakan kehilangan dan tenggelam didalam kemarahan. Kini mereka saling bertaruh renungan. Fiona mengetap rahangnya dan tangan digenggam kuat apabila dirinya direndahkan daripada Naura.
Baginya, tiada wanita yang dapat menandingi kecantikannya dan tiada siapa dapat merebut Danish daripada genggamnya.
"Kau nak apa sebenarnya?" Fiona mula membuka suara dengan nada mendatar dia melafazkan kata.
"Aku nak apa?! Kau dah dapat Danish. Tapi aku dapat apa?!!"
"Itu masalah kau! Bukan masalah aku!!!" Lantang suara Fiona menengking ke arah Hendry membuat lelaki itu hilang pertimbangan dan tangannya mencengkam kuat leher jinjang milik Fiona.
"Aku akan pastikan kau akan dapat balasannya dan aku pastikan perancangan yang kau cipta itu akan musnah" bisik Hendry dikuping telinga Fiona. Walaupun nadanya samar-samar dan perlahan namun setiap ayat yang dikatakan membuat Fiona mengelabah.
"Lepaskan akulah" Fiona menolak tangan Hendry dari terus menyakitinya. Hendry melepaskan genggamanya dan memetik jari tepat dihadapan wajah milik Fiona.
Hendry mula membuka langkah meninggalkan kelab malam yang sudah membuatnya jemu dengan ragam manusia.
"Oi Cai! Bagi sini barang i"
Sebaik Sahaja Hendry mendengar kata-kata Fiona. Hendry melangkahkan laju kakinya menuju ke parkir kereta diluar sana.
Irama rancak masih kedengaran dihalwa telinga, walaupun sudah berada diluar kelab aroma alkohol dan bau manusia melakukan dosa masih menusuk-nusuk ke dalam rongga.
Sebaik sahaja Hendry melangkah masuk kedalam perut kereta. Bingkas dia mencapai telefon bimbit miliknya dan mendail seseorang dengan segera.
"Hello.. polis"
******BANGUNAN gah milik keluarga Danish masih tidak berubah namun kesunyian mula memeluk isi penjuru rumah. Semua figura membekukan diri mereka, cuba menyelesaikan masalah yang membelengu rumahtangga Danish dan Naura.
"Selamat malam" Danish yang tadinya tertunduk lemah kini mendongakkan wajah sebaik sahaja deria pendengarannya tertangkap suara Hendry memasuki rumah mereka.
"Siapa suruh kau datang?! Kau berambus sekarang!"
Baharu sahaja Hendry ingin menjejakkan kakinya terlebih dahulu Danish datang dan memberikan tumbukan tepat dimuka jejaka. Laju ayah Danish datang mencegah begitu juga dengan bonda dan nenda.
"Jangan bertindak terburu-buru, Danish. Ayah yang panggil Hendry untuk menceritakan hal yang sebenar"
"Danish tak nak dengar cerita dorang sudah ayah. Kau datang nak ambil Naura kan? Ambillah ! Aku tak ingin dekat dia. Perempuan hina!"
Kali ini Hendry pula naik tangan kepada Danish yang berdiri dihadapannya. Sungguh dia tidak sanggup mendengar penghinaan sedemikian rupa.
"Kau jaga sikit mulut kau, ini semua kerja Fiona. Aku boleh bawa cameraman sekali kalau kau tak percaya. Naura dengan aku tak buat apa-apa. Fiona sudah suntik ubat pelali waktu dia sampai disana"
"Kau ingat aku boleh percaya kau dengan dia tak buat apa-apa? Kenapa nak babitkan Fiona? Korang dua yang buat perkara terkutuk itu . Nak babitkan dia pula"
Terkejut figura Naura mendengar ungkapan yang diluncurkan oleh suaminya. Terlalu hina dirinya dipandangan mata hingga martabatnya direndahkan serendah-rendahnya.
Berkaca-kaca mata Naura yang masih cuba melawan gelombang emosinya.
Sakit mencengkam sukma. Perit menekan didada. Dia tidak kuat lagi menahan duka yang terpendam dihatinya. Luka yang lama masih kelihatan parutnya kini diciptakan lagi luka yang dalam pada dirinya.
"Selamat Malam Danish, sorry ganggu awak dengan keluarga awak. Saya Marilyn, kawan serumah dengan Fiona. Saya datang dengan Hendry sebenarnya. Kitaorang nak jelaskan hal sebenar. Apa yang dikatakan Hendry semua benar. Fiona rancang semuanya. Tentang penyakit yang dihadapi Fiona. Semua palsu."
Kelibat seorang gadis sudah berdiri disebelah Hendry. Danish terdiam sejenak dan menuju ke arah sofa lalu merebahkan dirinya.
Figura Naura bangkit dari duduknya, laju kaki melangkah menaiki setiap anak tangga . Airmatanya mengalir jua. Mencurah-curah bagai tiada hentikan.
"Berapa kali ayah nak kata. Jangan suka membuat andaian. Kesian dekat Naura... dia tak salah..."
******
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...