[BHB] BAB 21

10.7K 323 7
                                    

BIAR HATI BERBICARA

RAUT wajah Datuk Seri Farid tergambar tegang, rahang diketap menahan geram. Geram dengan kelakuan anaknya seharian sudah menghilang. Tinggalkan isteri keseorangan, betul-betul menguji kesabaran.

"Morning pa'" sapa Danish masuk ke dalam rumah mula mengorak langkah menuju ke tingkat atas sana. Langkah kaki diayun mendaki anak tangga

"Kamu dari mana sahaja Danish!" Langkah kaki terhenti serta merta terbungkam tidak mampu meluncurkan kata-kata.

"Danish dari rumah kawan ayah..." bohong figura lelaki itu menutup kesilapan dan kelakuannya, bersedudukan dengan perempuan bukan muhrimnya, melakukan maksiat. Kalau ayahnya tahu.. fuh...

"Isteri kami dari semalam menunggu kamu tahu tak?!, semalam dia tak tidur.. sebab nak sambut kamu pulang! kamu ingat dia siapa?! Dia isteri kamu Danish! " berang Datuk Seri bengis memandang. Tajam bagaikan pedang.

"Suka hati Danish lah yah.. nak pergi ke mana pun... Dia bukan budak-budak lagi nak dijaga 24jam, lagipun siapa suruh dia tunggu. Bukan Danish suruh pun"

Pang!!!! Meja dihentak kuat dan bangkit dari tempat pelabuhan. Telinga terasa pedas mendengar balasan dari anaknya.

"Kamu suami jenis apa?! Lebih utamakan perempuan lain! Kawan-kawan kamu! Naura tu isteri Kamu! Tanggungjawab kamu!!" Jeritan memecah kesunyian hening pagi. Puan seri muncul dari ruangan dapur disertakan naura sedang menantang dulang minuman kini diberikan kepada ayah mertuanya.

Keadaan sudah berubah tegang, masing-masing melawan emosi yang sudah bermaharajalela dalam diri. Tumpuan Danish terganggu apabila Naura menghampiri dan cuba mencapai tangan Suaminya untuk bersalaman

"Ceh!! Tak sudi aku tengok kau! Sebab kau buat kepala aku serabut!! Erghhhh!!" Bentak Danish melonjak naik kini sudah melangkah laju keruangan atas. Naura terkilan menahan sebak sebaik sahaja tangannya ditepis kuat.

Hanya kerana wanita lain. Dirinya sebagai isteri, bagaikan dipijak-pijak. Dia terdiam menghembuskan nafas berat, cuba mengikat benteng airmata agar tidak kelihatan hatinya tergores luka. Terlalu dalam hirisan mencengkam sanubarinya.

"Naura.. maafkan Danish ye.. dia Emosi tu..." tutur lembut membuai ditelinga. Naura menciptakan seraut senyuman menutup topeng kedukaan. Dia mengangguk lemah dan beredar mencari ruang sendiri untuk membuang segala sisa airmata yang terasa ingin melimpah.

"Takpe Bonda.. Naura nak ke tandas dulu.." bibir bergetar digigihkan juga untuk berkata. Menghilangkan jejak dari mereka semua. Datuk seri menggelengkan kepala. Gelora bersalah timbul dibenaknya. Entah dimana silap ia mendidik Danish hingga bersikap sedemikan rupa.

Pintu diketup dan dikuncikan serapat-rapatnya. Tersandar pada muka pintu lalu tangan mulus mencekup mulutnya dari kedengaran esakan sedang melanda. Airmata mengalir deras bersama darah didalam dada.

Sakit! Sangat sakit ! Tubuh terduduk diatas lantai. Mendakap tangan pada dada. Membaluti luka sendiri dengan rintihan airmata. Bibir bergeletar tidak kedengaran gemersiknya. Mahu sahaja diri meraung sekuat hati melepaskan kemelut yang memberontak sukar diungkapi.

"Naura! Cepat siap! Aku nak balik!" Jerit Danish kedengaran samar-samar membolosi dinding bata rumah. Naura menyeka sisa airmata dengan lengan bajunya dan sekudrat upaya bangkit dengan lutut mengetar lunyai.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now