BIAR HATI BERBICARA
LANGIT yang gelap ditenung sekilas,walau malam sudah terlalu tua tapi penduduk disitu masih tekun melakukan kerja. Kota Raya indah terbentang didepan mata. Lampu-lampu kelihatan indah dan akan kagum dekorasi mereka.
Sosok gadis itu sedang asyik mengamati keindahan alam, bersyukur dengan kurniaNya kerana masih memberikan ia kesempatan dan sekali lagi peluang untuk hidup dalam dunia yang sungguh indah namun banyak liku-liku yang perlu ditempuhinya.
Tiupan angin meniup lembut masuk ke ruangan, tirai melambai-lambai mengikuti aluan, dinginnya cuaca seakan menyucuk masuk ke dalam kulit dan meresap ke dalam tulang temulang. Tapi masih tetap kukuh berdiri tanpa ingin berganjak sama sekali. Lamunannya serta merta terhenti bila merasa diri sedang disentuh seseorang di belakangnya
Bahu terhenjut akibat tersentap, bingkas memalingkan wajah mendapati pemilik tangan yang menyentuh tubuhnya. Helah lega dilepaskan.Tangan mengurut lembut dadanya sebaik sahaja pandangan mata terhenti pada raut suaminya.
Fuh!
"Macamana awak boleh masuk, kan pintu tu sudah dikunci?" suara nada terkejut memerhatikan Danish masih terdiam menjongketkan keningnya. Lalu mengangkat tangan menujukan sekeping kad untuk masuk ke dalam ruangan
"Aku nak tidur dekat sini, aku tak suka dekat sana" tutur Danish menarik Lagugge miliknya dan diletakkan pada kaki katil. Naura mencapai begnya dan cepat mahu memakaikan shwal untuk menutup kepala.
"Eh?! Kau nak ke mana ni?" Sergah Danish riak terkejut menatap wajah Naura yang sedang bersiap sedia. Entah pergi ke mana.
"Kan awak nak dekat bilik ni, maknanya bilik awak dekat sana.. untuk sayalah kan? Kita tukar Suite? Tak begitu?" Terang Naura memerhatikan wajah Danish kosong, mulut terlopong.
"No! Kau tak payah nak pergi mana-mana. Kau tidur sebelah aku je.. sini!" Pup! pup! Pup! Bunyi tilam ditepuk mengarahkan Naura untuk melabuhkan punggung disebelahnya. Tudung dilucutkan semula dan diletakkan diatas meja. Kaki tatih diayun menuju ke arah figura tampan itu. Mulut membungkam hairan.
Marcapada punggung dilabuhkan, anak mata menilik setiap raut wajah Danish, dari atas sehingga kebawah hingga suaminya berkerut hairan dengan tingkah isterinya. Kekok pula jadinya.
"Kenapa tengok macam tu?" Alis berkerut, mulut mencerut dan nafas didengus memerhatikan sepasang mata yang dapat mencuri tumpuannya.
"Awak ni sihat ke tak?" Belakang telapak tangan diletak pada Dahi suaminya cuba memeriksa sama ada suhu baik ataupun tidak. Pantas tangannya ditolak dan wajah berubah keruh.
"Aku sihatlah, kau tu yang tak sihat agaknya..." lantun Danish pula semula cuba mengenakan Naura.
"Saya okey je...
"Erm.. esok aku ada meeting.. jadi kau duduk dalam ni diam-diam. Jangan nak mengatal nak pergi ke mana-mana. Kalau aku tahu.. aku rantai kau dengan rantai besi kapal." Figura gadis dihadapannya merunduk perlahan mengerti akan arahan yang disampaikan.
"Lama ke awak meeting tu??" Wajah berubah kosong termenung suaminya yang kini sudah menciptakan baris senyuman menampakkan gigi yang tersusun rapi dan putih
"Tak lama.. mungkin malam baru aku balik. Apasal?! Rindu ke?! Aku belum jalan lagi kau dah rindu-rindukan aku pula... macamanalah kalau aku takde" Gadis dihadapannya mengerling meluat menoleh dan melangkahkan kaki ke hadapan televisyen menghilangkan ke bosanan.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...