[BHB] BAB 45

10.2K 273 18
                                    

BIAR HATI BERBICARA

RUMAH mewah dan megah tegak berdiri, dipenuhi khazanah jutaan ringgit nilai tidak terkira lagi tapi kini kesunyian memenuhi setiap penjuru sisi. Sunyi sepi bagaikan rumah yang tidak dipenghuni. Tiada bunyi gemersik hanya angin menyapa sanubari bagai dicarik-carik dengan duri.

Sepasang anak mata meratap figura sang suami didakap mesra dan dicumbui. Perih hati bila pancaindera memaparkan perkara yang tidak diingini. Dibinakan tembok konkrit disudut hati agar utuh dan tidak mudah terbawa emosi.

Mata dirapatkan ingin melangkah pergi. Sungguh hati benar-benar ditembusi rasa cemburu menikam-nikam di dalam sanubari.

"Eh! You.. tolong i kejap.. angkatkan bag pakaian i ni. I tak boleh angkat barangan yang berat-berat lah. You fahamkan macamana keadaan orang mengandung ni" perut diusap-usap sengaja membangkitkan suasana hati madunya yang masih tegak berdiri.

"Ops! I lupa... you mana nak faham kalau you pun tak pregnant lagi. Tak begitu bie?" Lengan Danish dipaut rapi dan saling bertentangan mata menyindir gadis didepan matanya ketika ini.

"Fionaaa" tegur Danish mengerutkan keningnya. Anak mata dialih dan tertumpu pada Naura yang masih mampu melorekkan senyum menyembunyi cemburu dihati. Tambah cengkil mata Fiona asyik tidak diendahkan oleh suaminya. Benci sudah tidak terkira.

Naura akur akan arahan madunya Fiona. Kedua Tangan dilayarkan ingin mencapai 3 bag tidak jauh daripada kedudukannya. Pantas Danish mencegahnya.

"Takpe sayang. Biar abang je yang buat..." senyum Danish pada figura Naura yang suram kini sedikit sebanyak memadamkan cemburu bermain difikiran. Bertatap mata dua pasangan membuat sosok Fiona rasa terancam.

"Eh! You dengan i je lah bie.. biarlah dia buat sorang-sorang.. i rindu you lagi ni.. biar nanti bila baby kita ni lahir.. i boleh cerita yang mak tiri dia ni baik hati...." celah Fiona sengaja mensarak lamunan dua hati. Sakit hati bila disisi dari tadi.

"Erm mengada.Banyak sangat ni Fiona. Apa yang you bawa ni? You Ni nak tinggal 2-3 hari ke nak duduk sini terus?" Sedikit kening dijongketkan memerhatikan Fiona penuh pertanyaan.Menyemakan akal dan fikiran.

"I kan baru habis shoot dari luar negara, mestilah bawa banyak barang. I ni artis, modeling ternama, mesti nampak bergaya depan natizen semua. Kasut i, makeup i....pakaian i mesti bawa bersama" balas Fiona kini menganggunkan diri sendiri.

"Sayang bawa yang kecil je, biar abang bawa yang dua ni.." arah Danish diikuti. Beg dihampiri dan dibawa pergi. Kini kaki dijejakan menuju ke ruang atas. Fiona asyik membuntuti tidak mahu berjauhan dari figura suami.

"You hati-hati sikit bawa barang i tu.. barang i lagi mahal dari you tau. " bisik Fiona perlahan ditelinga milik Naura. Tergumam pabila askara itu meranapkan seketul hati miliknya.

Naura hanya mendiamkan diri kerana sudah sifatnya tidak suka berdendam dan bersifat lebih matamg. Anak mata tertangkap daun pintu tidak jauh dari ruangan bilik tidur Danish dan Naura. Langkah terhenti ingin mencapai tombol pintu didepan mereka ketika ini.

"No...i tak nak bilik ni.. i nak bilik you Danish, bilik peribadi kita dulu.. you lupa ke..." bibir diukirkan sini. Naura tergumam dan hanya menatap dua figura silir berganti. Hati koyak rabak bila kehadiran Fiona datang menguji.

"Tu bilik i dengan Naura, mana boleh. You duduk je sini. Cantik apa. Semua ada-"

"No! No! No!! I tak nak... , Naura..please.. bagilah i tidur bilik sana tu dengan Danish. You tak kasian dekat i and baby i ni ke..pleaseee......"Celah Fiona cepat-cepat meminta simpati pada gadis yang terdiam dari tadi.

"no...."

"Takpelah abang, Naura boleh je tidur bilik Lain... " senyuman samar-samar dilakarkan. Mulut berkata lain tapi dihati pula lain. Terpaksa melangkah membawa beg Fiona masuk ke kamar tempat dia dan Suami beradu. Fuh!

"Thank you my 'honey!!!" Jerit Fiona kepada Naura. Hanya anggukan mampu membalas ujahnya. Naura tertunduk lemah dan kaki ditatih melangkah. Ruangan bilik kini ditangkap pancaindera.

Terngiang-ngiang dikepala kemesraannya bersama Danish hanya sementara. Keluh resah terlepas jua.

*****

SEPASANG mata tertumpu pada suatu sudut menyelami hatinya yang sedang serabut. Awan berarak sudah tidak kelihatan. Hanya terpancar cahaya bulan dan kerdipan bintang. Sunyi seperti dirinya ketika kini.

Penghijrahan Fiona mula membina benteng antara dia dan Danish. Malahan ada sahaja yang diarahkan itu dan ini seolah-olah dia pemilik rumah, Ada sahaja niat mengakali untuk menyiat-nyiatkan Hati Naura

Termenung sendiri diluar balkoni, ingatan asyik terimbas akan peristiwa sewaktu makan malam tadi. Sosok Fiona tidak henti-henti merengek minta disuapi sedangkan Naura hanya memandang tingkah yang menyakitkan hati.Perih!

Hati bagai dipanah dan meninggalkan busur dibenak dada. Tergumam tidak mampu berkata. Sakitnya hanya dia sahaja yang merasa.

Apapun yang terjadi dia harus kuat menghadapi rintangan onak duri oleh tingkah Fiona. Ikutkan hati mahu sahaja diusirnya tapi apa pula dipandang suaminya. Bertengkar bukan cara menyelesaikan masalah.

"Sayang.." sapaan lembut tertangkap dihalwa telinga mencuri hayalan Naura dan kini beralih arah. Kehadiran Figura Danish melangkah masuk ke ruangan yang sama mendekati Naura yang terdiam diluar balkoni biliknya.

"Kenapa tak tidur lagi ni..." Naura mengerutkan alis menanti jawapan dari Danish. Senyum digores menutupi apa yang baru sahaja dia fikirkan.

"Abang rindu sayanglah..sebab tu abang datang" Danish merapati Naura dan kini Dahi dikecup mesra. Hati terasa lapang bila menatap wajah putih mulus milik isterinya.

"Ye ke ni..Fiona mana? Dah tidur ke??" Sepasang mata ditatap tidak berkerdipan. Baju sedikit kusut kemaskan. Entah apa sahaja yang mereka lakukan berduaan. Ah! Fikiran negatif cepat-cepat dilontarkan.

"Ye..dia dah tidur..keletihan agaknya.." Danish mengamati wajah Naura yang senyuman pudar menutupi sakit dibenaknya.

"Kenapa ni sayang.. cemburu ke..." Dagu milik Naura disentuh dan ditarik perlahan menatap wajah milik Danish. Nafas terasa hangat dihembuskan. Menatap bibir merah merkah didepan mata dan Naura menurunkan matanya pada lantai bawah. Dengupan jantung sudah tidak sekata bila nafas hangat terhembus diwajah.

"Kat sini you rupanya... " baru sahaja ingin mengkucup isterinya. Figura Fiona datang mencelah, terpaksa dihentikan babak mesra antara mereka berdua.

Fiona berpura-pura tiada apa. Walhal hatinya sudah tertanam sebuah bongkah hangat seperti bara, menggelegaknya tidak lagi terkira. Benci! Benci mula bermaharajalela didalam benaknya.

Fikiran sudah mencari idea untuk memisahkan dan membuat Danish benci akan kewujudan Naura. 'Siapkau!' Bentak dalam hati kini meraih tangan Danish dibawa pergi.

Naura terdiam memandang Suaminya kini menghilang. Terpisah oleh ruangan, tergamam hanya itu yang mampu ia lakukan.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now