BIAR HATI BEBICARA
HARI Semakin senja dan sinaran jingga menandakan malam bakal menjelma. Figura Danish baru sahaja keluar dari ruangan Syarikat milik Ayahnya. Keletihan sudah pun bermaharajalela. Urat saraf rasa kejang kerana kerja tak kira mengira masa.
Raut wajah kosong tidak seperti dahulunya, langkah kaki sudah tidak bertenaga, kini tumpuan ke arah kereta.
"Hii bie" sapa sayup-sayup kedengaran dihalwa telinga membuat Danish menoleh kepala. "Kau nak apalagi Fiona?!" Bentak Danish melihat bekas isterinya baru keluar dari sebuah kereta.
"I nak jumpa you lah . I rindu sangat dekat you" Tangan dilayarkan membetulkan butang baju Danish yang ternganga .Pantas tangan jejaka menepis kelakuan Fiona.
"Aku takde masa untuk kau. Menyemak je" Danish kembali memalingkan wajah ingin pergi jauh dari wanita menjengkilkan anak mata. Laju sahaja tangan milik Fiona meraih pergelangan tangan bekas suaminya.
"Bie.. im so sorry... please.. i love you so much.. i tak dapat nak lupakan you . Lagipun benda sudah lama berlalukan"
Danish merentap tangannya semula. Kini anak mata bagaikan seekor helang ingin menerkam mangsa. "Forget it? For me? No..., ingat senang aku nak maafkan kau. Hem! Jangan bermimpi"
Langkah diayun lagi. Kali ini genggam Fiona semakin ketat dari yang tadi. "Bie .. please"
Rayu suara sedikit sedu dihujung nada. Namun bagi Danish semua itu hanya sandiwara belaka. Cukuplah sekali dia terpedaya.
"Jangan nak raih simpati depan mata aku, aku tak akan mudah terpujuk dengan ayat berbisa kau tu Fiona. Tidak akan. So please dont brother me"
Jerlingan maut diberikan figura Danish dan kini mengorak langkah meninggalkan Fiona. Pelbagai cara dia lakukan, semuanya masih tetap sama, tidak dipandang Danish walaupun sebelah mata.
'Tunggulah you.. i make sure, you akan balik dekat i suatu hari nanti. You milik i.. hanya i. DANISH!!!'
*****
"HELLO my pretty Aurora Aulia, welcome back home, macamana dekat oversea ? Have fun??" Tutur nada gembira melihat gadis masih didepan mata.
Gaya pakaiannya cukup mempersona apalagi kini sudah menjadi pereka Fesyen ternama dan mempunyai butik menjadi kunjungan artis-artis terkenal serata dunia.
Tubuh diraih saling berlaga pipi, senyum manis terlihat diwajah putih mulus milik Naura. "Yes.. alhamdulillah, tapi penat jugalah. Anak saya macamana? Sihat tak? Rindunya..."
"Amboi sampai terus ingat kat baby dia. Hendry tak ke?" Usik Haney senyum manis menatap wajah Naura didepan mata.
"Takde masa"
"Sampainya hati dia. Langsung tak ingat dekat kita" rajuk Figura Hendry memunculkan keberadaannya.
"Mama!!!!" Jerit suara kedua-dua anak kembar Naura. Cepat-cepat berlari mendakap tubuh ibu yang mereka rindui.
"Ihhh..rindunya dekat anak mama, Awish, Naraa.., mama pergi Amerika, kamu dua tak nakal-nakal dekat papa Hendry kan?" Kedua-dua anak yang comel mengelengkan kepala.
"No mama.." tutur nada manja dua figura. Naura berdiri dari duduknya dan mendukung kedua-dua anak kesayangannya.
"Papa Hendryyy.. tolong angkat beg ye, terima kasih" Arah Naura tersenyum nakal pada jejaka yang dari tadi memerhatikan mereka bertiga.
"Mama, ada menan untuk tita dua tak?" Soal Naraa membisik dikuping telinga ibunya. Naura tersenyum geli dengan tingkah sepasang kembar yang dilahirkannya.
"Takde"
"Alaaaaaa" bibir bawa dicebik merajuk pada ibu mereka. "Ada..ada. mama gurau je. Takkan mama tak belikan untuk Awish dan Naraa"
Serentak kedua pipi Naura dicium anaknya. "Thank you mama"
"Beli apa-apa untuk auntie and Papa Hendry takde ke?" Celah Haney menyelit antara bicara Naura dan anak-anaknya.
"Ada sayang, takkan lupa kot. Tapi sebelum tu, nak tanya.. planing kita berjaya ke tak?" Kening dijongket penuh tanda tanya dan kesangsian didalam dada.
"Heii certainly lah! Ini Haney okey... tiada siapa boleh tandingi. Mahu tak tersungkur dia? Dah jatuh ditimpa tangga. Mungkin dah mengemis dekat bahu jalan sana sebab kena bidas dari dapat job dimana-mana"
Bibir Naura mengambarkan senyum melebar sedangkan Hendry menggeleng kepala dengan dua makhluk yang sedang melunaskan dendamnya.
"So Lia? Macamana planing kita lepas ni? Ada??" Sambung Haney mengutarakan pula pertanyaan buat wanita bergaya didepan mata.
"Mestilah.. biar dia rasa"
"Sudah-sudahlah tu.. biarkanlah dia dekat sana" nasihat Hendry dibiarkan tanpa suara. " Tunggu dia minta maaf, baru saya hentikan renjatan senjata. Bukan susah. Cuma kata 'maaf' sahaja"
Pedas benar tatapan mata Naura pada Hendry disebelah mata.
"Mana-mana kamulah, so hujung bulan ni macamana? Birthday Awish dan Naraa? Buat dekat mana?" Tutur Hendry melarikan topik perbualan mereka.
"Erm dekat sini jelah. Panggil kawan ramai-ramai tapi jangan panggil pula..."
"Okey! I know!" Hendry mengangguk kepala akan maksud Naura. Tidak perlu dibicarakan tentang figura yang sudah dilenyapkan dari kotak fikiran Naura walaupun selalu hadir ingatan itu setiap masa.
"Sure tak nak panggil papa mereka? Dah 2tahun kot, dah nak sekolah dah budak-budak ni. Mesti perlukan kasih sayang-"
"Stop it Haney, berapa kali nak bahas tentang dia ni?" Nada suara ditekan serta pandangan angkuh membuntang. Kaki dilangkah pergi malas untuk membincangkan figura yang sudah lama dianggap mati.
"Hii Aulia!!!"
"Urm?! Tak nak masuk campur" Hendry membuat muka lalu beredar meninggalkan Haney sendirian diluar rumah.
"Ih! Cakap fasal laki dia pun nak sentap buat apa..payah" bebel figura Haney semdiri mencebik muka. Naura makin sensitif bila isu Danish diketengah.
"Heii ! Hei!! Takkan cakap fasal dia nak lari rumah?!!" Tahan Haney dari melepaskan Naura.
"Bukan nak lari rumahlah.. ni kerja tak completed lagi. Lupa nak hantar design baru ni kat butik" Haney mengerut dahi.
"Baru balik. Jalan lagi? Esok-esok tak boleh ke?"
Helah letih terlepas juga. "Kalau esok boleh,memang aku dah tunda tapi Datin call aku. Nak hari ni juga. Mahu tak gelabah" peluh di dahi diseka jari jemari Naura.
"Bila kau pulang ni?"
"InsyaAllah hantar je ni .. terus pulang. Hendry! Tolong jaga anak-anak Lia ye!" Lantang suara sambil baju mewah siap disangkut dan diseterika erat ditangan Naura.
Tangan kanan menepuk bahu Haney. "Aku pergi dulu. Jagakan Awish dan Naara dulu"
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...