[BHB] BAB 16

11.9K 333 20
                                    

《BIAR HATI BERBICARA》

PANG!!!

BUNYI tendangan kuat menyepak kerusi kini melambung jauh ke sudut sana sebaik sahaja mendapat khabar berita mengenai tunangnya yang telah lama menghilang tanpa diketahui keberadaannya

Denyutan jantung seakan berhenti tidak mahu berdetak lagi. Perih mendapat ujian seberat ini.

Raut wajah terpancar ketegangan, urat berselirat kelihatan kehijauan ditepi pelipisnya. Berdengus geram serakah kini tangan digenggam menjadi sebuah gumpalan dan menghentam dinding dihadapan matanya.

"Hendry, calm down.. please forgive about Aulia" Bahu Figura itu ditepuk perlahan bagi menenangkan kemarahan. Hendry menoleh menatap wajah Kakaknya.

Sungguh! Berita ini jauh dari kotak fikirannya, darah menggelegak melonjak-lonjak. Seakan tidak percaya akan khabar yang baharu sahaja didengarinya. Retak segala yang dinantikan berakhir satu penderitaan dan pengkhianatan.

Terduduk lemah diatas sofa. Membongokkan tubuhnya dan kedua tangan merentap rambut perang diatas kepala. Sakit hati tidak terkira.

"Liar, semua ini tidak betulkan, itu bukan Aulia. I make sure itu bukan Aulia. Mana mungkin dia buat macam tu. ! Tidak mungkin! Mustahil!" Bentak suara memecah kesunyian rumah.

Haney berdiri menatap adik lelakinya, mana mungkin Haney tidak mengenali Aulia. Dia sangat kenal, setiap sudut wajah, perwatakannya, semua sama hanya membedakan Naura dan Aulia adalah hijab membaluti kepala.

"I m so sorry Handrey. But im pretty sure itu Aulia. Dia tahu bahasa Frances macam kita..-"

"Ada ramai lagilah dekat luar sana yang tahu. Bukan susah pun, kita pun boleh mendalami bahasa Malaysia, Perancis dan Indonesia ini lagi yang lainnya. Itu bukan Aulia" Celah Hendry menafikan apa yang diomongkan oleh Haney kakak kandungnya.

"Tapi akak pasti itu Aulia, Hendry. Akak kenal sangat dengan dia. Akak kenal Aulia bukan sehari dua, dari kecil hingga dewasa. Kita rapat dengan keluarga Aulia. Bahkan family dia rapat dengan family kita"tutur Haney meranapkan harapan Hendry serta merta. Hancur berkecai hatinya.

"But.. mungkin sebab impak itu dia lupa ingatan, lupakan semuanya. Tapi siapa yang tolong dan nikahkan dia?" Persoalan bermain didalam akal dan fikiran.

"Sekarang ni, akak tahu dia duduk dekat mana?" Sergah Hendry menghampiri kakaknya dan mengoncang bahu figura wanita kerana tidak memberikan respon balas seperti keinginannya.

"Im so sorry Hendry, kakak tak tahu. Akak pun terserempak dia dekat Airport." Lemah nada bila melihat Hendry jatuh tidak berdaya.

Memang dibenak Haney ingin menyiasat lebih terperinci namun kelibat sang suami Naura yang membengiskan muka membuat dia terpaksa membatalkan niatnya. Hm! Helah berat dilepaskan apabila melihat adiknya sudah teresak merintih kesakitan.

"Hendry... " Haney menghampir adiknya dan mengusap perlahan belakang Hendry untuk memujuk dari bersedih. "Just take it easy and you'll be Fine,Hendry.." sayup-sayup suara bersimpati kepada adiknya.

Julung-julung kalinya, Hendry menangis hanya kerana seorang wanita. Hati yang keras bagai bongkah hancur juga.

"Easy! Yeah! Its not easy being me, lupakan cinta terjalin sekian lama bahkan hampir menikah mana boleh dipadamkan dengan sekelip mata" Haney membungkam mendengar ayat yang diberikan.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now