[BHB] BAB 47

9.7K 304 20
                                    

BIAR HATI BERBICARA

HARI beredar terlalu pantas namun kelibat Fiona masih tidak mahu berganjak untuk melangkah pergi dari kediaman banglo Danish yang satu ini. Hati Naura setiap hari kian bengkak dengan tingkah Fiona yang semakin menjadi-jadi.

Ditambahkan lagi dengan keadaannya yang kurang sihat, terpaksa melayan setiap arahan Fiona sewaktu Danish tidak berada didalam rumah. Sungguh Naura tidak bermaya.

"Akak! Kenapa nak kena ikut semua yang si Biola tu nak! Tak guna betullah!" Bentak figura Tasya bersandar pada dinding melihat Naura sedang membasuh pakaian mahal milik Fiona. Apatah lagi mengarahkan harus mencuci guna tangan Naura sendiri. Bertambah Tasya panas hati.

"Hei?! Yang you nak hasut-hasut madu i ni kenapa? Sudah dia yang nak tolong. Yang you nak sakit hati ni kenapa?!!" Sergah Fiona baru muncul sebaik sahaja namanya dibahaskan oleh mereka.

Wajah bengis terpamir diraut muka, kening berkerut memerhatikan Tasya.Mendidih benar hatinya.

"Hei! Biola tak guna! Dia nak tolong?! Kau tu yang mengarah-arahlah. Dasar perempuan sundal menyondol rumah tangga orang. Ni perut ni anak babi mana kau kandungkan ni?!!" Sadis dengan bicara Natasya yang terlalu lancang membuat hati Fiona naik menggelegak.

"What!!! Berani kau dekat aku yee!!!-

" haiiihh!! Sudah.! Sudah! Janganlah bergaduh...tak elok macam ni.. Fiona, pergi lah masuk dalam. Saya minta maaf bagi pihak Tasya.. " celah Naura bangun dari duduknya mencegah pertengkaran antara dua figura. Panas benar hati mereka.

"Ceh!! Taik kalau aku nak minta maaf dekat babi macam kau ni! Puihhh!!" Bentak Natasya sudah benci akan kelakuan Fiona. Kaki diayun pergi tidak menoleh lagi

Sudah lama dia perhatikan kelakuan isteri kedua abang angkatnya. Ada sahaja kerjanya untuk menyakiti Naura. Arah itu ini, sakit hati!

"See?! You yang ajar diakan cakap macam tu? Hah! You tunggu" Jerling Fiona berganjak pergi. Naura mengeluh nafas berat. Letih sungguh dia terlalu letih.

Usai membasuh pakaian kini harus menyediakan santapan. Jam di dinding dipandang membuatnya seakan lintang pukang. Kelibat Danish mula tiba terlalu awal dari sebelumnya.

Baharu sahaja ingin menyambut ketibaan sang suami, kehadiran Fiona terlebih dahulu mendekati Danish dan dibawa pergi. Naura tergumam tanpa kata, menatap sayu memandang suaminya.

Danish memalingkan wajah, menatap penuh rasa bersalah. "Fiona..i nak bercakap dengan Naura kejap"

"Ih!!! Nanti-nanti je lah!" Tegas Nada suara masih berdegil tidak mendengar kata. Seribu kekecewaan mengunung didalam benaknya.

Figura Naura kembali menuju ke ruangan dapur meneruskan tugasanya. Tertunduk lemah dan sedih menyelubungi dada. Airmata jernih akhirnya menitis jua, tidak mampu bertahan namun apakan daya, demi Danish bahagia, Naura pasrah.

"Bongok punya sundal. Kau siap kau. Aku dah siapkan kau cili banyak-banyak ni. Aku tumbuk sumbat dalam anu kau tu" Naura pantas menyeka airmatanya sebaik sahaja suara leteran Tasya kedengaran jelas dihalwa telinga.

"Akak nangis ke? Apa dia buat?" Natasya mencuri pandang pada Naura yang menutupi wajahnya disudut dinding berpura-pura menyeka peluh dimukanya ketika ini.

"Mana adalah Tasya. Akak letih, peluh banyak.. berminyak muka akak..." sengih Naura sudah berpaling pada Natasya. "Yeke?" Soal Natasya semula.

Pandangan Naura beralih pada plastik ditangan Natasya. Mencari tahu apa yang dibawa oleh gadis didepannya."apa tu?" Soal Naura penuh perasaan penasaran.

"Cili. Nak sumbat dekat perempuan atas tu hah.." Naura tersengih menutup mulutnya. Kelakar!

"Tasya jangan nak mengada-gada nanti akak pula kena tempiasnya. Dah. Siap lada tu kita buat sambal. Akak teringin juga nak makan jeruk mangga campur cili padi ni"

*****

MENTARI terbit dihari minggu yang cerah, semua sudah terjaga dari lena. Figura Naura awal pagi lagi sudah sibuk mengemopkan lantai rumah yang sudah rasa melekit sahaja rasanya.

Danish pula asyik membuka tirai yang dari semalam tertutup, sinar mentari meluru masuk. "Bie!!!"

Jerit Suara Fiona terasa riang. Langkah diatur menuruni anak tangga kebetulan pula Naura berada dibawa. Fiona sengaja menyengol Naura mujur sahaja pagar dapat diraihnya dan bergitu juga Fiona.

"Aik!" Jerit kaget meluncur dimulut Danish pantas menuju ke arah Fiona agar kedudukannya tidak terjatuh pada anak tangga. Bimbang akan kandungan Fiona yang sudah meningkat usia.

Figura Naura terpaku akan kelakuan Danish. Dia mencari kekuatan sendiri dan bangkit membetulkan posisi. Melakukan tugasannya kembali.

"Naura.. lain kali hati-hatilah buat kerja... macamana kalau Fiona jatuh. Siapa juga yang susah" tegur Danish masih nada lembut pada isterinya. Naura mengangguk lemah walaupun sebenarnya bukan dia yang bersalah.

"Takpe Bie. I tak apa-apa pun... " Mata digerlingkan kepada Naura sebaik sahaja kepala didakapkan pada dada sasa milik figura Danish suaminya. Naura hanya diam tapi hatinya berteriak geram.

"Mana boleh macam tu. . Nasib tak jatuh.. kalau jatuh tadi macamana..." tegas Danish seakan mengatakan Naura cuai akan tugasnya. Naura tunduk serta merta, tiada apa mampu dia katakannya. Hanya 'maaf' yang sepatutnya bukan dia yang ucapkan.

"Takpe.. i dah maafkan dah... tapi dengan syarat you kena buatkan i sup nanti.. i teringin sangat nak makan sup air tangan dari madu i ..mesti manis rasanya kan.." permintaan Fiona bermanis muka.

Naura akur dan mengangguk kepala lemah. Menatap wajah Danish seakan tiada rasa apa-apa. Hampa!

"Kak Fiona! Nak Tasya buatkan sup tak. Tasya buat sup lagi 'hot'" celah Natasya mengangkat jari jempolnya kepada Fiona Fiona mengerlingkan mata malas untuk bertentang mata dengan figura yang suka membangkitkan kemarahannya.

"Tak nak! I nak Naura yang buat." Balas bertegang muka. Natasya tersenyum sinis ke arah Fiona.

"Esok pagi Naura buatkan. Sekarang tak cukup bahan.. bolehkan?" Naura tersenyum namun sebaliknya berduka. Tidak mengapalah yang penting Danish gembira.

Anak mata menatap sekilas pelukan Fiona yang dari tadi tidak ingin melepaskan suaminya. Seakan Danish hanya dia seorang yang punya. Helah nafas berat terluncur jua.

Kini kakinya dilangkahkan berhati-hati , mencapai mop dan beredar pergi. Figura Natasya asyik membuntuti cuba memujuk Naura daripada bersedih.

"Dasar penyondol laki orang, babi bunting. Kau tunggulah nanti balasan kau. " tutur bicara kecil suara tapi sinis benar askara yang dilontarkan Tasya. Ruangan dapur dibolosi bersama-sama. Menatap figura Naura terdiam disudut sana.

Airmata menitik dihilangkan, mencari kekuatan ingin mendapatkan perhatian tapi Fiona seakan mempunyai Aura kekuatan, asyik meleraikan kemesraan Danish dan Naura.

"Sudahlah kak... sabar jelah. Akak kena fikir kesihatan akak..kena makan, jangan sibuk ikut arahan betina tu" Tangan kanan dilabuhkan pada bahu Naura. Naura mengangguk lemah dan meneruskan tugasan. Berlakon hatinya sudah terubat padahal sekarang hatinya sakit bagai disebat.

P/S

Alhamdulillah Ranking #81.
Thank you sudi support selalu... love you! Vote & komen ^kalau sudilah^ 😆

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now