[BHB]BAB 33

10.2K 320 10
                                    

BIAR HATI BERBICARA

HARI Silir berganti, masa tetap beredar tanpa letih dan lelah. Tergumam sendiri mengamati suramnya malam yang sedang merangkak tanpa butiran bintang hanya senandung angin menyapa dedaunan telinga,juga desiran pepohonan bila tiupan itu mengena.

Melambai-lambai sahaja daunnya, terkebek-kebek ke kiri dan ke kanan. Disertakan dinginnya salju malam, titisan embun jantan sudah menitik bila bulan sudah tegak diatas sana.

Kini, termenung sendirian, sudah asyik terjebak dalam ruang hayalan. Memisahkan dunia fantasi dan nyata. Lelah menerawang sedat didada pantas dikertangkannya dari terus mengintip sebuah harapan yang tidak akan terwujud juga.

Dingin serasa dalam sebuah penantian, bilakah cinta akan tiba, walhal sudah diusahakan namun ia masih tetap sama dan tidak ada perubahan. Bilakan anjakan paradigma bakal tiba?

"Tak terasa masa hanya tinggal seminggu... kuatkah hati aku...." desis dihujung bibir, hambar nadanya. Suram bersama hatinya yang sudah kesah.

Tap! Bunyi pintu dibuka, drastik konsentrasinya berpaling pada suara yang baru sahaja tertangkap dihalwa telinga.

Mata terlihat izhar jelas akan keberadaan figura Danish dalam ruangan yang sama. Kini mengorak langkah meratapi tubuhnya yang sedang dibiaskan sinar bulan walaupun ia samar, namun jelas benar raut wajahnya kusam tidak memancarkan aura gembira.

"Marilah makan, sudah sehari kau duduk diam dalam bilik ni, kenapa?" Pujukan Figura Danish membawa sepinggan makanan. Bimbang benar dirinya bila melihat gadis itu sudah mula memencilkan dirinya.

Figura Naura memalingkan wajah, tidak mahu memerhatikan seraut wajah itu walaupun dibenaknya. Ia mahu menatap sepuas-puasnya. Tapi desakkan harus dilakukan juga, agar mudah hatinya berganjak bila sudah tiba saatnya.

"Takpe awak. Saya tak lapar" gementaran suaranya menahan sebak. Sedih memenuhi ruangan hati. Siapa yang tidak berduka, bila harus meninggalkan orang yang dicintai pergi ke pangkuan wanita lain. Sedangkan dia?! Berduka sendirian. Siapa yang kisah?! Tiada siapa.

"Makanlah sikit. Sini aku suapkan"Danish tetap cuba memujuk sang gadis tercinta. Raut wajah diperhatikan, tertunduk membisu, pucat , kusam dalam hati yang sukar diselam.

"Saya tak nak makan...." saya nak awak.. saya nak awak danish' desis bisik Hatinya mula merengek sendiri. Teresak-esak dalam benak . Menahan dari terlihat dukanya yang ingin memecah dengan seribu cinta yang dipendamnya sekian lama.

Figura Danish meletakkan pinggan makanan diatas meja, menarik tubuh Naura agar memandangnya. Ditarik perlahan dan kini sudah berhadapan. Dipegang kedua-dua lengan gadis itu. Memandang tanpa mengerdapkan bebola mata.

Termanggu menatap seraut wajah, benar-benar meruntuhkan keegoannya. Benar! Kini dia sedar bahawa dia tidak mahu kehilangan sosok itu pergi meninggalkannya. Irama hembusan nafas sudah tidak senada. Bahkan derasnya aliran darah sudah laju mengalir tiada hentinya.

"Naura... " panggilnya lembut mendayu. Memandang wajah gadis yang tertunduk dengan lelahnya hati , terluka berkali-kali seakan tiada daya untuk terus mencintai.

"Naura.. please.. look at me..." nada suara mendatar, kini menatap sepasang mata sayup sahaja jernih pandangannya. Namun seakan sebilah belati menikam sanubari dan menyebabkan kesesalan perih harus melepaskannya pergi.

"Awak... saya minta maaf..." wajah ditundukkan ke bawah kembali. Sesal kerana bermain api. Akhirnya ia membakar diri dan rentung meninggalkan rangka hanggus dijilat bahangnya. Sungguh perih!!

"Minta maaf untuk apa? Kau tak pernah buat salah dekat aku pun. Aku yang selalu sakitkan hati kau"

"Saya langgar janji kita. Sudah tibanya saya pergi.. saya tak perlukan lagi seminggu untuk pergi.. saya salah, saya tersilap, saya langgar perjanjian kita. Saya-" tergetar suaranya kini mengetap bibir dari terus melontarkan bicara. Sukar untuk menyatakannya.

"Apa? Perjanjian mana yang kau langgar?" Air liur ditelan sendiri. Peluh mengalir dipipi dengan seribu penantian menunggu penjelasan.

"Saya... saya...-"

"Saya cintakan awak.." tertunduk wajahnya serta merta dengan titisan airmata menyembah bumi ciptaan Allah. Bagi Naura, janji tetap janji. Ianya harus ditepati. Tak perlu menunggu banyak masa lagi. Takut hati tambah terikat dalam sebuah harapan yang tidak berkesudahan.

Terbungkam mulut figura Danish , seakan ayat itu mendesingkan telinganya, arus menusuk ke dalam dada. Renjatnya membuat benak berdebar tidak tentu arah. Bahunya terturun seribu bebanan. Naura menepis kedua tangan Danish dari terus menyentuhnya.

Hari ini merupakan ulang tahun Naura, juga sudah membuat sebulat keputusannya agar melepaskan figura itu mencapai bahagianya sendiri. Naura bertekad pergi. Demi kebahagiaan Danish. Demi dia.. hanya dia.

" Maafkan saya, awak... mohon halalkan makan minum saya.., awak baik sangat dekat saya, awak satu-satunya lelaki yang saya kenal saat ini. Tapi saya tak sangka semua ini terjadi" tuturnya kini mengorakkan langkah mencapai beg pakaian yang sudah dikemaskan dalam lugagge disudut sana.

Shwal disarung dikepalanya, dan kembali tatih kakinya ke arah figura Danish yang masih tergumam tanpa kata. Namun jelas, wajahnya luntur serta merta, tiada lagi senyuman ataupun kemarahan.

Tangan kanan Danish ditarik bersalam, dicium mesra tanda perpisahan. Lantas tubuh itu didakap mesra tanpa memberikan pertanyaan. Airmatanya masih terus mengalir memecahkan benteng yang dijaga. Peritnya harus meninggalkannya.

"Naura...." Danish mula membuka repuh suara dari terkunci dari seketika. Tergadah wajah mulus itu memerhatikan wajah suaminya. Sebak, bila raut itu akan tiada lagi dihadapannya untuk keesokan hari dan selamanya. Tiada lagi akan kelakuannya. Tiada lagi canda tawa dan juga amarannya.

"Jangan tinggalkan aku... please.." perit dadanya diserta setitis airmata kesal melihat gadis dihadapannya. Tubuh Naura dipeluk serapat-rapatnya. Tidak rela harus kehilangannya. Sungguh dia mencintai gadis mulus itu, tapi sukar mengucapkannya. Terlalu sukar untuk dilafazkan dari mulutnya.

"Tolong... jangan tinggalkan aku.." sekali lagi mulutnya bergementar berbicara. Makin memecah tangis Naura bila permintaan Danish bagai menyekatnya. Buat apalagi dirinya berada disini jika hanya dijadikan sebuah boneka buat sang lelaki.

"Maafkan saya , awak..." Naura sekuat tenaga meleraikan rangkul itu. Meneruskan langkah mencapai beg pakaiannya dan meneruskan langkah. Bunyi hon kereta sewa diluar sana sudah jelas kedengaran dicorong telinga.

Terkejar-kejar kaki figura Danish ingin mendapatkan Naura. Hingga permukaan pintu keluar rumah kakinya diayunkan sekuat tenaga.

"Naura!! Jangan sesekali berani langkahkan kaki kau keluar dari rumah ini! Aku kata jangan! Jangan!! Kau dengar tak?!" Sepantas Naura Kaki terhenti mati dihadapan pintu. Memandang Muka Danish sudah berubah merah kerana marah akan kedegilan Naura.

"Please sayang. Jangan tinggalkan aku..." tubuh yang berdiri kaku itu dipeluk sekuat hatinya. Biarlah orang lain mentertawakannya. Jangan gadis itu terlepas. Sudahlah.

"Saya perlu pergi, ini semua demi kebahagiaan buat awak. Saya nak awak bahagia dengan dia..." bicara Naura meruntuhkan keangkuhan Danish, gadis itu sanggup bergadaikan bahagia demi orang yang dicintainya.

"Please Naura.. aku batalkan perjanjian kita semua itu. Tolong jangan pergi, berikan aku peluang sekali lagi. Berikan aku peluang untuk betulkan semua ini"

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now