[BHB] BAB 10

13.8K 391 4
                                    

BIAR HATI BERBICARA

NYARING Telefon bimbit berdering membolos masuk ke dalam corong telinga. Memecahkan kesunyian didalam ruangan kamar Danish dan Naura.

Danish tersentak dari lena dan kini meraih telefon miliknya disudut meja. Mata disepetkan bagi melihat nama yang tertera di depan mata. Talian disambungkan dan diletakkan ganggangan ditelinga kanan.

"Yes???" Tutur suara mamai sahaja nadanya. Tidak suka bila waktu rehat harus diganggu oleh sesiapa.

"Hi bie!! What wrong with you!! I call  dari semalam tak jawab kenapa!!!" Bentak Fiona menempiaskan kemarahannya. Benci dengan sikap Danish suka mengabaikan dirinya dan asyik bersenang-senang dengan Naura.

Mata yang berat kini terbuka bila suara pekikan Fiona menyentak kuat perasaan mengantuknya. Kini tubuh yang berbaring dibangkit dan berduduk lemah.

"Apa yang kau nak lagi ni?" Kening dikerut masih memendam bahang amarah akan hal yang terjadi sukar benar untuk dimaafi.

"Bie! You masih marahkan i lagi ke? Im so so sorry ...please forgive me this time, i will never do it again"  rayu Fiona teresak-esak sayu di corong telinga milik Figura Danish

"Banyak janji you.. tapi buat lagii dan lagi" sinis bahasa dilontarkan buat Fiona. Sakit benar hatiakan ulah yang selalu membuatnya marah

"Please bie.. i love you so much.. i tak nak kehilangan you. I sayang sangat dekat you.. promise ini last join modeling" rayu Fiona lagi. Danish mula terdiam, entah mengapa tidak sampai hati membuat Fiona berduka

"Okey.. i maafkan you... janji ini kali terakhir.. tahun depan takde lagi tahu..." sekuntum senyuman terukir diwajah bila Fiona sudah bersorak riang ditalian sana

"Thank you so much bie.. i love you so much!!"  tutur kata melafazkan kalimat cinta, akhirnya kemarahan Danish redah juga.

"I love you more baby.." senyuman masih tak pudar diwajah. Rasa sayang kepada Fiona semakin bercambah.

Tiba terasa tilam tempat lena bergerak kini memalingkan wajah pada milik Naura yang sudah bangun dan melangkah keluar sepantasnya meninggalkan figura Danish terkaku diatas katil langsung tidak memandangnya.katil bergerak, figura Gadis disebelahnya

"Why bie? Kenapa you senyap?" Tumpuan daripada Naura dialihkan kepada Fiona didalam talian sana. Entah kenapa tumbuh bibit rasa bersalah walhal dia dan Naura tidak mempunyai perasaan apa-apa.

Figura Naura membungkam tanpa suara. Pintu kamar ditutup tanpa kedengaran dihalwa telinga. Tidak tahu kenapa hatinya tercarit-carit sakit dan perit. Tubuh disandarkan pada pintu bilik menahan sebak berbukit-bukit.

Langkah dibuka terasa berat, setiap anak tunggu dituruni, telinga asyik terimbas kembali apa yanh baru dia dengari. Telapak kaki sedikit pedih namun digagahkan juga kaki untuk membantu untuk menyiapkan untuk majlis berlangsung malam ini.

Suara keluarga bonda yang tiba terdengar jelas dihalwa telinga. Tudung dibenarkan dan mengamati setiap pandangan.

"Haii akak...." lamunan Naura tersentak akan ketibaan gadis manis dipinggirnya.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now