[BHB] BAB 67

11K 319 26
                                    

[ BIAR HATI BERBICARA ]

DIRUANGAN Yang sama, balkoni jua tempat nyaman buat Naura melepaskan keluh kesahnya. Airmata masih membasahi pipi merah milik Naura. Tiupan sayup angin mencengkam sukma dan membekukan perasaannya.

Dia sudah lemah, tidak kuat dengan ujian yang setiap kali menimpa. Mendapat khabar kemesraan Danish dan Fiona diintikan lagi dengan penghinaan Danish terhadap dirinya. Dia menyerah. Dia sudah lelah dan penat memperjuangkan cintanya.

Bintang bergerlapan samar-samar kelihatan, andai sahaja dia boleh terbang ke awan dan lepas dari segala penderitaan, sudah lama dia lakukan.

"Sayang"

Suara garau memasuki ruangan kamar mereka membuat Naura tersentak dari lamunan dan emosinya yang masih belum sirna. Dia cukup kenal akan nada suara yang sudah lali setiap masa. Dia lelaki yang bertahkta dihatinya dan lelaki yang selalu membuatnya mengalirkan airmata.

"Sudah awak, cukuplah. Saya lelah" tergetar-getar nada suara membuat Danish mati langkah. Naura masih berdiri diluar balkoni bilik mereka. Memeluk tubuhnya sendiri dan mengawal emosi.

"Abang minta maaf-"

"Cukup! Saya tak nak dengar apa pun dari awak lagi. Cukuplah..,saya tak kuat lagi hadapi ini semua.." Naura memejam rapat matanya dan nafas lelah dihembuskan jua. Airmata masih mencurah dari empangannya. Tak terdaya lagi menaruh harapan pada lelaki yang dicintainya.

Terlalu hinakah dia di mata suaminya, segala apa yang dilakukannya hanya dibalas dusta dan airmata. Sungguh tubuhnya mengeletar menahan kekecewaan yang mengunung dibenaknya.

"Sayang.. abang minta maaf sebab tak percayakan -"

"Sudah awak, saya tak nak dengar penjelasan awak atau ayat manis awak. Saya penat mendengar semuanya. Saya tak sanggup lagi mendengar penghinaan dari seseorang yang amat saya cinta. Sekarang saya sedar dimana martabat saya dihati awak. Saya tetap ditahap paling bawah."

Naura menoleh ke arah suaminya. Panahan anak mata jelas terpancar perasaan kecewa bersarang dihatinya. Hatinya bagai dilumat-lumat seperti kertas tak berguna lalu dibuang tepat ke dalam tong sampah.

"Sayang... memang abang jahat dekat sayang. Khianati perkahwinan kita, abang menyesal-"

"Tak! Awak tak pernah menyesal sebenarnya. Dulu pun awak kata kesal tapi sekarang awak ulang semula. Apalagi yang awak ingin sebenarnya. Saya sudah buat macam-macam untuk awak. Saya berkorban nyawa melahirkan zuriat kita. Membesarkan mereka dan ini balasan awak terhadap saya. Terima kasih.. terima kasih untuk semuanya"

Bebola mata Naura masih mencurahkan airmata dan kini kelihatan sebam merah dek kesedihan yang masih tidak redah. Figura Danish terkunci kata melihat raut wajah Naura memancarkan aura kekecewaannya.

Drastik Naura membuka langkah mencapai kunci kereta diatas katil mereka. Namun terlebih dahulu Danish merebut daripada tangan Naura.

"Tolonglah awak.. lepaskan saya, saya penat berjuang untuk awak dan ini balasan awak kepada saya. Saya tak kuat lagi..." 

Kini Naura tersadai dihadapan suaminya. Realiti dia masih menyayangi Danish sebenarnya tapi apabila mendengar perspektif Danish terhadap dirinya. Baru dia sedar bahawa dirinya terlalu rendah dan hina.

"Bagi abang peluang sekali lagi sayang" Danish meraih pergelangan tangan Naura namun Naura menepis dengan tenaga yang dia ada.

Direlung jiwa masih tersimpan sisa luka hingga ngeri itu seakan terasa peritnya  Renungan anak mata itu memujuknya namun pemilik mata itu mengecewakannya.

Bingkas Naura menoleh ke sudut lain agar tidak bertentang mata dengan figura yang sedang berdiri dihadapannya.

Bunyi telefon bimbit Danish mula memecahkan suasana. Drastik lelaki itu menjawab panggilan dengan segera.

"Erm Fiona dekat penjara"

"Jadi? Awak nak keluarkan dia? Keluarkanlah. Sekali terus bawa dia menikah..sebelum itu tolong lepaskan saya" Makin kencang degupan jantung Naura sebaik sahaja mendengar nama wanita yang merosakkan rumahtangganya kedengaran dicorong telinga.

Bagai sebuah bongkah menghentam dada dan sakitnya masih terasa ditambah lagi dengan kehadiran Fiona. Benci! Benci dengan syaitan bertopengkan manusia.

Drastik Naura membuka langkah meninggalkan ruangan kamar mereka. Kedengaran Naura menghubungi seseorang untuk menjemputnya dan juga anak-anaknya.





BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now