Fiq❤️Ayu- Ayu & Belalang

28.8K 477 114
                                    

Gohtong Jaya, Selangor.

Ayu mendongak memandang kereta kabel yang bergerak naik. Telan air liur.

"Ayu...",

Dia berpaling memandang suara yang menegur di sebelah.

"Tengok apa?", Tanya lelaki itu dengan sengih sengetnya.

"Err...sayang....",

Fiq ketawa. Geleng kepala. Dia mula lah tu! Dia mula lah tu! Bila tiba-tiba manja lain macam tu, ada lah benda yang dia nak tu!

"No! Abang dah beli tiket!",

"Ala...Tuan Afiq kan orang kaya! Setakat tiket berapa hengget tu, tak luak kan?",

Fiq ketawa makin kuat.

"Sayang..., 15 minit je naik benda alah ni! Apa yang takut sangat!",

Ayu garu kepala.

"Ayu gayat la Abang!",

"Abang kan ada!",

Ayu berdecit. Apa kaitan entah!!

"Selalu abang dukung dekat rumah tu tak gayat pun! Abang tinggi jugak apa!",

Ayu membulat mata! Ish si dia ni! Perlu lah nak cakap macam tu dekat sini! Orang dengar nanti macam mana?! Buat malu je lah!

"Jangan mengarut boleh!",

Fiq ketawa lebih kuat. Geli hati melihat wajah isteri yang konon-konon marah. Marah pun masih ayu si Ayu ni!

"Abang ni....", Ayu mencebik.

"Ok..ok! Jom!",

"Ala....nak naik juga ke?",

Fiq sengih. "Ikut hati abang memang nak naik! Masalahnya tak boleh! Pregnant lady tak boleh naik!", Kata Fiq sambil memuncung mulut ke arah papan tanda yang mengilustrasi arahan-arahan menaiki kereta kabel itu.

Ayu terus berkali memandang. Yessss!!!!!!!

"Tapi Abang kata dah beli tiket!",

"Gurau je! Saje nak usik Ayu!",

Senyum lebar terbit di bibir Ayu.

"Suka eh?!", Kata Fiq.

"Suka lah!", Jawab Ayu yang masih menyengih.

Fiq menggeleng. Tangan isteri diraih dan mereka berjalan menuju ke kereta semula.

Bulan madu kedua. Setelah selesai segala sengketa dan badai disebabkan Mira. Sampai sekarang Fiq masih tertanya-tanya, apa aje lah yang Mira nampak padanya. Padahal dia hanya lelaki biasa. Mungkin ketinggian tu agak luar biasa lah untuk lelaki Melayu. Tapi, yang lainnya sederhana sahaja. Namun Mira sampai sanggup menabur fitnah dan berusaha macam-macam untuk mendapatkan hatinya semula, memang di luar jangkaan Fiq lah! Mira tu cun kot! Cari je lah lelaki lain!

Apa pun, tak kisah lah! Waktu onak duri dah berlalu, dia dan Ayu, bersama anak di dalam kandungan perlukan percutian ini. Ke Genting Highland. Seperti yang mereka berdua bincangkan.

"Nanti dekat atas, kita nak buat apa Bang? Ayu bukannya boleh main segala roller coaster ke, flying carpet ke apa!",

"Kita naik atas esok je lah! Memandangkan tak dapat naik cable car",

"Heh?", Ayu kerut kening.

"Habis tu hari ni kita nak pergi mana?",

"Hotel! Abang booking bilik dekat Awana Genting. Dekat bawah ni je!",

"Serius lah?",

Fiq jungkit kening berkali. "Kan Abang dah cakap nak honeymoon! Mood dekat Awana tu romantik sikit!",

The untold stories...Where stories live. Discover now