🍀BAB 1

20.3K 676 11
                                    

Laju kakinya melangkah setelah turun dari kapal terbang, walau badanya kecil molek tetapi tenaganya untuk menolak troli yang penuh dengan beg dan barangnya ditolak tanpa lelah. matanya meliar mencari seseorang di sekeliling KLIA tetapi hampa! bila orang yang dicari tiada.

"Mana abang ni? janji nak ambil tepat masa. Tak nampak kelibat abang kat sini. Mesti lambat ni bukan nak beritahu," Omel Naura sendiri.

5 tahun Naura belajar di korea dalam bidang kesetiausahaan kini dia kembali ke Malaysia. Tempat lahirnya yang selama ini dia rindu untuk kembali ke sini.

Dia berasa lega apabila menjejak kaki ke tanah airnya sendiri, setelah lima tahun berada di negara orang. Banyak pengalaman yang Naura dapat pelajari ketika berada di sana.

Pelbagai rintangan, pahit getir yang dia hadapi. Tetapi rakan-rakan yang sentiasa ada dan mengambil berat terhadapnya, membuatkan dia bertahan dan kuatkan semangat ketika belajar di sana.

Nama pun Naura Afiya mestilah kena kental dan kuat, walaupun orangnya kecil molek tapi hatinya kuat dan tidak mudah mengalah.

"Tret! tret!"

Bunyi telefon bimbitnya yang bergegar menandakan ada mesej masuk, dia mengambil telefon bimbitnya dalam beg yang disandangnya.

Mesej:

Abang:Adik, abang lambat sikit tau. Meeting tak selesai lagi, lepas habis meeting abang ambil adik k tunggu tau(emoji love)-Naufal

"Ok abang, jangan lambat sangat tau".-Naura.

"Ok, lepas habis meeting abang terus je ambil adik ok".-Naufal.

Naura hanya akur, nak buat macamana kena tunggulah sehingga abangnya tiba, redha je lah.

"Dah agak dah," Naura melepaskan keluhan.

Naura melangkah pergi ke mesin kopi yang berada tidak jauh dari situ, haus tekaknya apabila berdiri lama di situ. Duit kertas seringgit dimasukkan dua kali ke dalam mesin tersebut lalu keluarlah cawan yang diisi kopi yang dipilih Naura ke dalam cawan. Setelah penuh Naura mengambil cawan tersebut diteguk kopi yang sejuk itu sedikit demi sedikit terasa nikmatnya apabila minum kopi sejuk di hari yang semakin panas, biasalah tengahari di Malaysia tak macam tengahari di Korea ketika musim sejuk.

Cawan yang masih berisi setengah lagi kopi dibawanya, dia melangkah berlalu ke temapt menunggu, sebelah lagi tanganya memengang telefon bimbit tanpa sedar kopi yang ada di tanganya sudah selamat mendarat pada kemeja putih seseorang yang berada di depanya kini.

Dia sendiri tidak sedar bila dia terlanggar dengan lelaki tersebut, matanya tepat memandang kemeja putih yang sudah bertukar warna dia mengerling cawan yang berisi kopi di tanganya yang sudah kosong, perlahan dia mendonggakan kepalanya memandang lelaki yang agak tinggi di depanya.

Terpegun seketika Naura mendongak memandang lelaki tersebut. Tinggi, handsome kulit putih, bibir merah macam pakai lipstik package lengkaplah seorang lelaki edisi terhad dan idaman ramai gadis.

"Hello!" Lelaki tersebut memetik jari ke arah muka Naura, menyebabkan dia tersedar dari lamunan.

"Dah puas dah tatap muka aku yang handsome ni." Dingin datar sahaja suara lelaki tersebut, sedingin riak mukanya yang sedang memandang Naura macam nak telan sahaja gayanya.

"Bajet macholah pulak mamat ni, walaupun memang betul pun dia macho." Desis hatinya Naura sedari tadi hanya mendiamkan diri kerana dia terasa lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Ni bukan Naura Afiya yang selalu mulutnya macam bertih jagung, takkan lah jumpa mamat handsome dah tak boleh cakap dah Naura oi.

"Apasal kau diam dari tadi, aku tengah cakap dengan kau ni lah ketot!" Lelaki tadi geram apabila Naura hanya mendiamkan diri dari tadi, sengaja dia tekankan perkataan ketot yang disebutnya.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now