Setelah balik dari hantar umi dan abi Naura di stesen bas untuk balik ke kampung,Ariff membawa naura ke shoping mall yang terdekat.
"pakcik kita nak pergi mana ni".Naura bertanya,jalan yang Ariff ikut bukan menuju ke rumah.
"ikut je lah".Ariff teruskan pemanduanya hingga sampai ke destinasi.
Sampai je di shopping mall,Ariff meletakkan keretanya di petak parking yang disediakan.
"ok dah sampai,jom kita turun".Ariff menyuruh Naura keluar dari kereta.
"kita nak buat apa dekat sini pakcik".Naura bertanya.
"ikut je lah".Ariff menarik perlahan tangan Naura untuk membawanya masuk.
Naura hanya akur dan mengikuti langkah suaminya masuk ke dalam mall.
Ariff membawa Naura ke tempat butik yang menjual outfit untuk dibawa bercuti ke luar negara.
Dia tidak memberitahu Naura bahawa dia akan membawanya pergi berbulan madu di korea, kerana tempat itu bermakna bagi Ariff, walaupun tempat itu ada kenangan pahit baginya tapi tempat itulah permulaan kebahagiaan baginya.
"pilih lah mana satu kau nak".Ariff menyuruh Naura memilih beberapa helai baju sejuk untuk dibawa ke korea.
"kenapa kena pilih pulak,kita nak pergi mana ni pakcik".Naura bertanya hairan.
"balik rumah nanti aku bagitahu kau".Ariff menjawab.
"bagitahulah sekarang".Naura mengedipkan matanya beberapa kali ke arah Ariff.
"tak nak!".Ariff tetap dengan keputusanya.Naura pasrah dan ikutkan sahaja apa cakap suaminya.
Hampir dua jam mereka berada di dalam mall, semua barang telah pun dibeli.Setelah penat berjalan mereka singgah di foodcourt sebentar untuk minum.
"pakcik saya nak pergi tandas kejap tau".Naura meminta izin pada Ariff.
"Yelah,jangan lama-lama nanti aku rindu.Ariff buat muka nakal.
Naura buat mata juling ke atas dan tangan di bahu.
Dia hanya tergelak melihat aksi isterinya.
Semasa hednak pergi ke tandas,Naura terlanggar bahu seseorang sehingga dia terdorong ke tepi.
"sory encik saya tak sengaja".Naura meminta maaf,tanpa perasan siapa orang itu.
"takpe-takpe,ehh!Afiya kau buat kat sini".Lelaki itu menegur Naura.
"la kau ke Faiq,kau nak pergi mana".Naura menegur Faiq ramah dan buat seperti tiada apa berlaku diantara mereka.
"Aku teman kawan".Faiq menemani Qaira shopping,habis satu mall dia nak borong.Faiq terpaksalah ikut maklumlah bodyguardlah katakan.
"kawan perempuan ke?,banyak barang dia beli".Naura melihat di tangan Faiq penuh beg sampai dah tak muat tanganya.
Faiq hanya mengganguk mengiyakan.
"kau sihat?".Naura bertanya khabar.
"sihat,Afiya aku nak minta maaf dekat kau pasal aritu,aku harap aku dengan kau boleh jadi macam dulu best freind forever".
"kau tak salah apa-apa pun,kalau aku jadi kau pun aku akan buat benda yang sama".Naura membalas.
"thanks sebab kau faham aku".Faiq memandang Naura,walaupun sekarang perasaanya terhadap Naura masih ada dia akan cuba sebaik mungkin untuk melupakan Naura,dia bukan jenis orang yang suka merampas hak milik orang.
"kita lupakan benda yang lepas k,kau tetap jadi kawan baik aku,oklah aku pergi dulu ehh! kalau ada masa kite
jumpa lagi".Naura meminta diri sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...