Ariff memandang wajah comel isterinya yang sedang lena tidur,perlahan dia mencuit hidung isterinya dan mengusik telinga isterinya menyebabkan dia terjaga.
"Assalamualaikum,sayang abang".Ariff mencium dahi Naura sekejap.
"walaikumsalam".Naura bangun sambil meneyehkan matanya,setiap pagi matanya dihiasi wajah suaminya,dia takut suatu hari nanti,wajah itu tidak lagi menjadi tatapanya lagi.
Naura menghampiri Ariff dan memeluknya erat,dia merasa dua tiga hari ni hatinya tak sedap seperti ada seseorang yang akan menganggu rumahtangga mereka walaupun dia dapat menggagak siapa orangnya.
Naura merasa tenang apabila berada dalam pelukan suaminya yang tercinta
"pagi-pagi dah nak manja dengan abang kan?". Ariff membalas pelukan Naura erat sambil mengusap belakangnya perlahan.
"honey lepas solat teman abang jogging boleh?,abang bosanlah pergi sorang-sorang" .Ariff memujuk Naura dengan suara manja.
Ariff memang selalu berjogging setiap pagi,selalunya elok je pergi seorang,hari ni pulak nak teman bagai.
"ok honey teman,tapi abang lari pelan-pelan tau jangan tinggal honey kat belakang,dan jangan pandang bila perempuan mengurat,honey tak suka".
Naura telah menujukkan isyarat amaran kepada Ariff.Dengan selambernya Ariff mengambil tangan Naura dan menciumnya beberapa kali.
Ariff tergelak kecil melihat Naura yang mencekak pinggang memandangya,sambil acah-acah buat muka serious.
"kenapa abang gelak".Naura hairan melihat Ariff ketawa makin lama makin kuat,rasa nak hempuk je Ariff dengan bantal bagi senyap sikit.
"muka honey apasal comel sangat dah macam makcik marahkan anaknya dah abang tengok".Ariff mencubit kedua belah pipi naura.
"ish ami ni ngadalah".Naura mencubit lengan Ariff dengan cubitan ketamnya.
"ouch sakitlah honey".Ariff mengosok lenganya yang kemerahan.
"usiklah orang lagi".Naura tersenyum dengan perangai suaminya.
Qaira pergi ke taman yang berdekatan dengan rumah Ariff,dia yakin pasti Ariff akan keluar jogging harini kerana itulah rutin Ariff setiap hari saat dia mengenalinya dulu.
Ariff tak pernah berubah dia masih Ariff yang sama,cuma masa je mengubah segala-galanya.
Ariff dan Naura berjogging perlahan sambil berpengangan tangan,sweet dan comel jer,setelah penat berjogging mereka rehat sebentar di sebuah kerusi yang berdekatan.
Beberapa orang remaja perempuan dalam lingkungan umur 18 tahun, yang duduk di situ memandang Ariff tidak berkedip walaupun ada Naura di sebelahnya.
"weii!! handsomenya mamat tu".remaja yang dikenali sebagai elly berbisik kepada kawanya tetapi didengari masih boleh didengari oleh Naura yang berada tidak jauh dari situ.
"memanglah handsome elly,tapi masalahnya dia dah ada isteri".Kawanya membalas sambil memuncungkan bibirnya ke arah Naura.
"manalah tahu kot tu adik dia".Elly masih tidak lekang matanya memandang Ariff yang sedang merenggangkan badanya.
Naura yang tidak selesa dengan pandangan Elly terhadap Ariff terus mengajaknya pergi dari situ.
Ariff menghalang Naura dengan memegang tanganya lalu, spontan bibirnya mengucup dahi Naura sekejap di hadapan mereka,membuatkan semua gadis di situ terkejut,hampir terkeluar biji mata mereka memandang Ariff dan Naura.
Muka Naura pula sudah merah menahan malu, blushing gituuu..
Ariff hanya beriak selamba,dan terus dia menarik tangan Naura pergi dari situ meninggalkan mereka yang masih statik seakan tidak percaya di situ.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...