🍀BAB 39

13.2K 350 10
                                    

Akhirnya majlis pernikahan dan persandingan Qaira dan Faiq berjalan dengan lancar,majlis diadakan di hotel ramai jemputan yang hadir ke majlis mereka.

Naura melangkah ke dalam hotel dengan berhati-hati dipimpin Ariff di sebelahnya kerana perutnya sudah berisi,walaupun baru 2 bulan Ariff menjaganya dengan baik,anak sulung lah katakan semua kerja dia tak bagi Naura buat.

Setelah selesai makan beradap Qaira dan Faiq pergi berjumpa dan bersalaman dengan semua orang yang ada di situ.

Qaira tersenyum apabila ternampak Naura dan Ariff sedang duduk di satu sudut,terus dia menarik lengan Faiq menghampiri mereka.

Faiq menyalami Ariff.
"thanks sebab datang" .Pada mulanya Ariff memberitahu mereka bahawa dia tidak dapat datang kerana kesihatan Naura tidak mengizinkan,tapi mereka pergi juga kerana Naura yang nak sangat pergi ke majlis mereka.

"maaflah,kitaorang datang lambat sikit".Kata Ariff.

"takpelah janji korang datang,itu yang penting".Faiq membalas.

"hi Naura,I happy sangat you datang".Dia menegur Naura ramah dan terus memeluk Naura erat.Kemudian Pandanganya jatuh ke arah perut Naura yang makin membesar.

"hi baby cepat keluar tau,aunty tak sabar nak tengok awak".Qaira mengusap perut Naura perlahan,Naura tersenyum melihatnya.

Qaira adalah orang yang paling teruja setelah mengetahui bahawa Naura telah mengandung,exicted macam dia pula yang bakal jadi mama.

"kalau awak suka budak-budak,balik nanti kita teruslah buat anak,cepat sikit kita menimang cahaya mata,boleh berkawan dengan anak Naura".Faiq berbisik perlahan di telinga Qaira, tapi masih boleh didengari oleh Naura dan Ariff yang berada dekat dengan mereka.

"you ni..depan Naura dengan Ariff you cakap pasal ni kan,nasib baik orang tak dengar".Qaira mencubit lengan Faiq.

"auchh,sakitlah awak".Faiq menjerit kecil dengan cubitan yang diberi isterinya.

'suami siapa lah yang gatal sangat ni'.Desis hatinya.

Faiq mengusap perlahan lenganya yang naik merah dicubit isterinya,padan muka gatalah lagi kan dah kena.Ariff dan Naura hanya tergelak melihat pergaduhan kecil antara Faiq dan Qaira.

"nampaknya suami you dah tak sabar dah Qaira nak ada anak".Ariff cuba mengusik,Naura pula sudah memukul lengan Ariff perlahan.

"dia ni memang,gatal tak kena tempat".Qaira menjeling tajam ke arah Faiq,dia hanya buat muka selamba.Naura dan Ariff hanya tersenyum melihat mereka

Setelah balik dari majlis Qaira dan Faiq,mereka terus balik ke rumah kerana malam nanti,Ariff hendak membawa Naura ke hotel untuk menghadiri majlis reunion rakan-rakan sekolah Ariff.

Pada mulanya,Ariff menyuruh Naura tinggal di rumah Naufal kerana dia asyik muntah-muntah dari tadi,tapi Naura degil,dia tetap nak ikut juga.

Dia pun tak tahu kenapa sejak dia mengandung ni dia tak boleh berenggang dengan Ariff sedikit pun, mungkin kehendak baby yang tak nak berenggang dengan papa dia.

Sampai je di hotel,Ariff menyuruh Naura duduk di kerusi yang disediakan.

"honey tunggu sini sekejap,abang pergi jumpa kawan-kawan abang jap,lepastu abang pergi ambil makanan,jangan pergi mana-mana tau".Pesan Ariff kepada Naura,sebelum berlalu dari situ dah macam pesan ayah kepada anaknya pula.

"ya honey duduk sini diam-diam,promise".Naura membuat gaya promise,Ariff hanya tersenyum melihatnya dan terus berlalu dari situ.

Sedang Naura menunggu Ariff,dia terdengar dua orang wanita bersembang tentang suaminya yang berada tidak jauh dari mejanya.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now