Naufal dan keluarganya melawat Naura di hospital,masa Ariff memberitahu Naufal tentang adiknya, kelam kabut dia dibuatnya mana tidaknya pertama kali adiknya masuk hospital.Masa kecil adalah itupun masa umur 7 tahun sebab demam panas.
"assalamualaikum,achu".Abil dan Aim memberi salam dan terus memeluk Naura erat,nak melepaskan rindulah katakan kerana sudah lama mereka tak berjumpa sejak Naura sudah bekerja ni jarang dia datang ke rumah mereka.
"walaikumsalam sayang achu,Abil dengan Aim sihat ke?".Naura membalas pelukan anak saudaranya erat,dan mencium dahi kedua-dua anak saudara kesayanganya itu.
Mereka menyalami dan memeluk Ariff juga kerana rindu akan uncle handsome mereka.
"kita orang sihat,achu tak sihat ke?".Kenapa achu tidur kat hospital.Nabil bertanya.
"achu sakit sayang,tulah achu kena tidur sini".Naura menjawab.
"ohh baru kita faham kan Aim".Kata Abil,Aim hanya mengganguk mengiyakan.
Ibu dan ayahnya hanya tersenyum melihat kepetahan anaknya bertanya.
"adik bila boleh keluar hospital".Medina bertanya.
"besok adik boleh keluar dah akak,bosanlah duduk sini makanan kat sini tak sedap".Naura buat muka monyok.
semua orang yang ada ketawa melihatnya.
Naufal dan Ariff menyembang sementara di luar,mereka duduk di kerusi yang disediakan.
"Riff kau dah beritahu umi dengan abi ke?."Naufal bertanya.
"dah,punyalah diaorang risau,kalau ada masa nanti umi dengan abi nak datang rumah melawat Naura".
"ok la tu,oh ya! Qaira macamana ada dia ganggu kau lagi."Naufal tahu kerana Ariff dah cerita semuanya apa yang berlaku di taman semalam.
"buat masa ni tak lah,sebab dia lah isteri aku jadi macam ni".Ariff sudah memegang dua-dua kepalanya.
"Kau kena sabar Riff ni sebenarnya ujian buat korang berdua suami,isteri".Naufal menepuk perlahan bahu adik iparnya itu.
Setelah Naufal dan keluarganya balik,Faiq pula datang melawat Naura, kerana Ariff yang memberitahu Faiq pasal Naura dan telah menceritakan semuanya yang berlaku.Maklumlah mereka kan dah rasmi menjadi sahabat baik.
Faiq datang bersama Qaira,selepas kejadian semalam Qaira rasa bersalah dan sedar akan segala kesalahan yang telah dia buat,dan dia betul-betul menyesal.
"assalamualaikum".Faiq memberi salam.
"walaikumsalam".Ariff yang sedang leka bersembang dengan Naura menjawab dia gembira dengan kehadiran Faiq,senyumanya mati apabila ternampak Qaira di belakang Faiq,tidak pada Naura dia mengalukan kedatanganya walaupun macam-macam Qaira dah buat padanya.
Faiq dan Qaira menghampiri Naura di katilnya,Ariff pula merenung Qaira dengan tajam,Qaira pula hanya menundukkan wajahnya,dia takut melihat pandangan Ariff terhadapnya.
Faiq menyalami Ariff dan tersenyum ke arah Naura,Qaira pula pada mulanya segan ingin menyalami Naura tetapi Naura yang menghulurkan tanganya terlebih dahulu dan Qaira menyambut dengan hati yang lega.
"kau macamana Afiya dah ok".Faiq bertanya ramah.
"aku ok je lagipun esok aku dah boleh balik dah".Naura bersuara riang.
"oh ye ke,alhamdulillah".Faiq memandang Qaira.
"saya rasa awak tahu apa yang awak patut buat,".Ariff dan Naura memandang Qaira.
Perlahan Qaira menghampiri Naura dan memegang tanganya erat.Ariff hanya memerhati sedari tadi.
"Naura I nak minta maaf banyak-banyak dengan you,I dah banyak buat salah pada you,maafkan I".Qaira sudah menitiskan airmatanya.
"saya dah lama dah maafkan awak Qaira,yang lepas,apa yang jadi tu kita lupakan aje ya.Naura membalas pengagan Naura dan menepuknya perlahan".Ariff dan Faiq hanya diam memerhatikan mereka berdua.
"I harap kita boleh jadi kawan lepasni,I nak kita jadi bestie forever".Qaira tersenyum dan memeluk Naura erat,Naura membalas pelukan Qaira dengan menepuk belakangnya perlahan.
Qaira memberanikan diri memandang Ariff yang hanya diam sedari tadi.
"Riff I nak minta maaf ,I dah banyak buat salah dengan you,you baik sangat dengan I tapi I je yang tak layak dengan you,I terlalu ego sampai I tak boleh terima kenyataan yang you bukan untuk I,sampai I sanggup nak pisahkan you dengan orang yang you paling sayang".Qaira sudah menitiskan airmatanya, Naura yang sedari tadi mendengar mengengam tangannya erat.
Ariff terasa yang Qaira betul-betul menyesal dengan segala kesalahanya,dia tak nak hal kecil jadi besar,walaupun pada mulanya dia berat untuk memaafkan Qaira tetapi setelah dia melihat isterinya naura memaafkanya ,walaupun macam-macam Qaira buat padanya Ariff jadi terharu dan beruntung memiliki Naura Afiya sebagai isterinya.
"saya dah lama maafkan awak Qaira,saya harap lepasni awak akan ubah diri awak jadi lebih baik,saya akan sentiasa sokong awak sebagai kawan".
Qaira gembira mendengarnya,dia lega Ariff dapat memaafkanya.
"Thanks Riff,I akan usaha ubah diri I untuk orang yang I sayang".Qaira memandang Faiq,dia pula sudah malu-malu kucing di sebelah Qaira.
"ok guys sesi minta maaf dah selesai,kita jadikan pengajaran tentang apa yang berlaku dan cuba ubah sebaik mungkin"kata faiq sambil menepuk tanganya sekali tanda selesai.Qaira masih memandang Faiq,betulah kata orang kalau dah jodoh tu tak ke mana.
"awak...janganlah pandang saya macam tu,saya malulah".Faiq menekup mulutnya, malulah kononya padahal hati tu dah berbunga.
Ariff dan Naura ketawa melihat Faiq,Qaira juga ikut ketawa dengan telatah bakal imamnya.
Di dalam kereta Qaira tak lepas dari memandang Faiq, dia bersyukur kerana Faiq adalah lelaki kiriman tuhan untuknya.
"awak tak habis lagi ke tatap wajah saya yang handsome ni".Faiq menegur Qaira yang sedari tadi asyik menatap wajahnya.
"mana ada saya pandang awak,perasan".Qaira tersedar dan terus menghalakan pandanganya ke depan.
"eleh,tak ngaku,by the way thanks".Faiq memandang Qaira sekilas.
"untuk apa" Qaira bertanya hairan.
"sebab terima saya dalam hati awak".
Qaira menahan malu tetapi dia buat-buat cool.
"masih ada ke tempat saya dalam hati awak".Qaira sekadar bertanya untuk dapatkan kepastian.
"nama awak takkan pernah pudar dalam hati saya dan akan terpahat nama Qaira Melissa selamanya selagi jantung saya berdetak".Faiq buat ayat romantik bergula.
Qaira terharu dengan kata-kata Faiq dan menitiskan airmatanya,sungguh dia mula menyukai Faiq tetapi egonya tinggi tak menyedari perasaanya terhadap Faiq selama ini.
"Terima kasih sebab you masih tunggu I,I janji akan jadi wanita yang terbaik untuk you".
"sama-sama,saya pun akan jaga awak sepenuh jiwa dan raga saya bila awak dah halal untuk saya nanti".Faiq memandang Qaira sekilas dan tersenyum lalu fokus pada pemanduanya.
Qaira pula tersenyum bahagia.
Cinta yang tulus adalah
Cinta yang boleh menerima masa lalu
Dan membangun masa depan bersama..Jangan lupa vote dan bagi feedback k
Thanks pada yang sudi baca...😘😘
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...