Apabila Naura bangun pada pagi itu, dia terus dikacau oleh hantu siang,hantu mana? rumah sebelah lah. Pagi-pagi dah buat Naura sakit hati.
Baru je Naura menggeliatkan badan.
'Tung'. Kuat bunyi tingkap biliknya yang dibaling dengan batu.
Apalagi terkejutlah Naura nyaris tak terjatuh dari katil.
"Opocot mak kau terjatuh. ish! siapa pulak baling batu kat tingkap aku pagi-pagi buta ni." Naura mulalah nak mengamuk, mana tidaknya pagi-pagi buta dah kacau orang takde kerja lain ke nak buat? ni yang bikin hati Naura panas!!
Naura bangun terus membuka tingkap biliknya, dia terkejut apabila melihat Ariff.
'Ish! pakcik ni lagi kenapalah dia ni selalu ganggu je hidup aku.' Omelnya.
Naura menjeling Ariff tajam, dia hanya buat muka selamba tak hengat dekat Naura. Sambil badanya disandarkan di tingkap dan tanganya memeluk tubuh ala-ala model ingat handsome sangatlah buat gaya macam tu.
"Pakcik nak apa? tak boleh eh! kalau tak kacau saya sehari." Naura sudah mencekak pinggang memandang Ariff.
"Tak boleh aku akan selalu menghantui hidup kau hehehehehe." Ariff buat suara hantu menggilai membuatkan Naura ingin ketawa tetapi ditahan. Dia hanya buat muka menyampah sambil matanya juling ke atas.
"Tak seram pun." Jawabnya.
Naura menahan ketawanya dari tadi, apabila melihat aksi pakcik tu buat gaya hantu menggilai dengan mata sekali juling keatas (lawak sangat)!
"Macamana pakcik tahu bilik saya?" Tanya Naura.
"Lain kali kalau kau nak menari tingkap tu tutup takdelah orang lain nampak. Tulah budak zaman sekarang suka sangat ikut budaya barat menari bagai." Terus terang Ariff berkata.
Setepek Naura kena ceramah dengan pakcik mulut cili.
Semalam semasa Ariff hendak masuk ke biliknya, dia terdengar sayup-sayup orang menyanyi.
Boleh tahan sedap juga. Terus dia menjenggukan sikit kepalanya dari tingkap, rupanya si ketot cili padi tu tengah menari sambil menyanyi dalam biliknya. Dengan tingkap terbuka sikit mungkin tak perasaan la tu tingkap terbuka.
Naura mengecilkan matanya memandang Ariff.
"Pakcik stalk saya eh! tak malu stalk anak dara orang."
Merah muka Naura menahan malu. 'Tulah kau Naura kalau dapat menari tak tengok kiri kanan.' Desis hatinya.
"Aku ternampak faham! dah kau menari macam tak ingat dunia suara kau menyanyi tu sampai bilik aku dengar tahu tak? nasib baik semalam tak hujan." Pakcik tu buat muka riak tak bersalah.
"Malaslah saya layan pakcik, baik saya masuk rumah. Lagi bagus kalau layan pakcik ni boleh sakit jantung saya tahu tak."
Naura terus menutup tingkapnya dengan kuat dan terus berlalu dari situ. Tak boleh nak bersenang sikit, ada je orang kacau.
"Balik KL nanti baju dengan kot aku jangan lupa." Ariff sempat berpesan sebelum Naura menutup tingkap.
"Saya tahulah, tak payah nak ingatkan saya." Kata Naura dengan nada geram. Dia terus menutup tingkap dengan kuat sehingga terkejut Ariff dibuatnya.
"Ha! melawan biasa dia ya lawan orang tua." Omel Ariff sendiri tapi masih didengari oleh Naura yang masih berada di sebalik tingkap.
"Ha! sedar pun diri tu tua." Omelnya walaupun tidak didengari oleh Ariff, terus dia ingin melangkah keluar dari biliknya.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...