🍀BAB 3

17K 544 14
                                    

Sampai je di rumah Naufal, Medina Humairah sedang menunggu di pintu untuk meyambut adik ipar kesayanganya bersama dua anak kembarnya juga ada bersamanya.

Medina Humaira merupakan kakak ipar kepada Naura Afiya. Dia sudah berkahwin dengan abangnya selama lima tahun. Semasa Naura berangkat ke korea kakak iparnya baru melahirkan anak saudara kembarnya jadi dia tidak dapat menghantar Naura ke lapangan terbang pada masa itu, kerana masih dalam pantang.

Mereka sangat rapat kerana umur mereka jarak dalam tiga tahun sahaja. Naura terus menghampiri Medina, mencium dan memeluk kakak ipar kesayanganya itu. Lama juga lah mereka berpelukan melepaskan rindulah katakan. "Rindunya...dekat kak Medina". Kata Naura masih dalam pelukan Medina. "Kakak pun rindu sangat dengan adik nakal seorang ni". Medina membalas pelukan adiknya erat.

"Amboi! mentang-mentanglah dah jumpa kakak dia, abang dilupakan sampai hati". Naufal membuat muka muncung tanda merajuk.

"Ala ucuk manja abang adik ni ya" Naura mencubit kedua belah pipi abangnya. "Auchh sakitlah,jadi cubit kuat sangat".Abangnya mengosok kedua belah pipinya yang dicubit Naura.

Medina sedari tadi sudah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat keletah dua-beradik itu. Dia langsung tidak cemburu dengan keakraban Naufal dan Naura kerana dia tahu memang dari kecil Naura memang manja dengan abangnya.

Tidak sangka lima tahun masa berlalu begitu cepat.Anak saudara kembarnya sudah menjangkau usia lima tahun, ketika berada di korea abangnya banyak menghantar gambar anaknya kepada Naura, dia melihat mereka membesar hanya dengan gambar yang dihantar abangnya setiap bulan tentang perkembangan anak-anaknya. Sekarang mereka ada depan mata, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan anak saudara yang sangat comel dan bijak iaitu Naim Mukriz dan Nabil Mukriz.

Naura mendepakan tanganya ke arah dua anak saudaranya itu, mereka pun berlari terkedek-kedek ke arah Naura dan memeluknya dengan erat.


"Comelnya anak saudara achu ni". Naura mengusap lembut pipi kedua-dua anak saudara kembarnya.

Mereka pun apa lagi sukalah kalau ada orang melayan."Kita memang comel pun kan abil". Naim buat gaya comel depan Naura, petah anak buahnya menuturkan kata."Aah kita pun tahu kite ni comel dari dalam perut lagi dah kan Aim".Nabil pun tidak kurang nakalnya seperti Naim.

"Abil, Aim mari sini minum susu jangan usik achu. Achu letih bagi dia berehat dulu, nanti baru main dengan achu". Ibunya memangil aim dan abil untuk memberi mereka dua gelas susu yang baru dibancuh.

"Baik ibu". Jawab mereka serentak. Terus mereka berlari ke arah Medina untuk mengambil susu.Naura hanya tersenyum melihat telatah kedua-dua anak saudara kembarnya.

"Adik pergilah masuk bilik rehat, adik pun dah penat kan" .Medina menyuruh Naura berehat di dalam bilik.


"Alright boss". Naura membuat gaya tabik ke arah kakaknya, membuatkan Medina tersenyum dengan sikap adiknya tidak berubah. Masih ceria dan nakal.

"Oh ya! adik esok kite balik kampung ya, abang balik awal sikit besok. Lepastu kita terus bertolak balik kampung. Ummi tu tak sabar sangat nak jumpa dengan anak kesayangan dia ni". Naufal memberitahu Naura ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik.

"Mestilah dia tak sabar nak jumpa anak dia yang comel ni." Naura mula membuat muka comelnya."  Abangnya pula mengeleng kepala melihat telatah adiknya yang sentiasa ceria. Membuatkan dia gembira melihat adiknya.

Ariff melangkah lemah setelah masuk ke dalam rumah. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan terus merebahkan dirinya di atas katil, tanpa menukar bajunya terlebih dahulu. Mungkin banyak kerja dan kes yang harus diselesaikan menyebabkan dia kurang rehat dan tidak cukup tidur, usianya yang dua tahun lagi akan menjangkau 40 an menyebabkan dia cepat merasa letih. 

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now