🍀BAB 6

14.6K 566 27
                                    

"Sayang Ariff tumpang kita balik kampung ya, kereta dia rosaklah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang Ariff tumpang kita balik kampung ya, kereta dia rosaklah."  Naufal memberitahu Medina setelah masuk ke dalam kereta.

Medina mengenali Ariff kerana dia adalah sahabat baik suaminya mana saja Ariff pergi mesti mengajak Naufal sekali. Naufal juga jadi temannya lepak di mamak sambil tengok bola. Kalau sehari diaorang tak lepak kat kedai mamak tak sah.

Ariff juga selalu datang ke rumah mereka memandangkan rumahnya hanya satu tingkat atas daripada mereka. Dia juga rapat dengan anak-anaknya yang mengelarkan Ariff uncle handsome.

"Oh! ye ke abang? boleh je abang sayang tak kisah sayang ikut je." Medina beri kata setuju.

Berapa minit kemudian Ariff pun muncul. Naufal pula sudah masuk ke dalam kereta.

"Assalamualaikum". Dia memberi salam dan dibalas mesra oleh Medina.

"Walaikumsalam masuklah Ariff". Walaupun Ariff lebih tua, Medina lebih selesa memanggil Ariff hanya dengan panggilan nama.

"Terima kasih, takpe ke kalau saya tumpang ni tak menyusahkan ke?.

"Takpe, lagipun kita kan berjiran, rumah sebelah je." Medina menjawab ramah.Ariff hanya mengganguk mengiyakan.

"Masuklah Riff ada adik dengan adik dengan anak-anak aku je kat belakang tu." Jemput Naufal.

"Yelah."  Jawab Ariff terus dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Naura pula dari tadi asyik dengar lagu dengan memakai headphone di kepala yang dia selalu gunakan ketika belajar di korea. Memang taklah nak dengar apa pun.

Dia mendengar lagu sambil menggoyangkan kepalanya dengan novel di tangan, tak kira mana pun dia pergi novel wajib dibawa ibarat novel dan Naura tak boleh dipisahkan. Naim pula lena tidur di atas ribanya.

Ariff tergelak kecil apabila melihat gaya Naura yang macam rockstar tengah buat konsert menggoyangkan kepalanya.

Punyalah asyik Naura dengar lagu sampai orang duduk kat sebelah sambil memandangnya pun dia tak sedar baca pula novel jangan benci cintaku yang hangat diperkatakan sekarang. fokus sangat sampai tak ingat dunia apa yang berlaku pun dia tak tahu.

Ariff sedari tadi memandang Naura tidak berkedip, yang Naura ni pula tak sedar langsung orang sebelah sedang memandang dia. Kalau dia tahu mesti terkejut tahap gaban, Ariff dengan selambanya menutup novel yang dibaca Naura untuk menyedarkan dia bahawa sebelahnya ada orang.

Terkejut Naura dibuatnya, dan terus melatah dengan kuat. 

"Oh mak kau terbalik".  Sehingga didengari oleh abang dan kakaknya yang sedang rancak bersembang di depan.

"Hai! dik teruja ke sebab ada orang handsome sebelah sampai melatah." Abangnya kalau tak mengusik naura tak sah, kakaknya pula sudah ketawa kecil di sebelah abangya.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now