🍀BAB 37

10.4K 301 5
                                    

"kau!!".Faiq dan Qaira jawab serentak,Ariff masih dalam keadaan blur dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut.

"kan aku cakap aku akan kembali untuk dapatkan kau sayang".Lelaki itu mendekati Qaira dan menyentuh rambut Qaira yang sudah tidak terurus.Qaira cuba menjauhkan diri dari lelaki tersebut.

"kau jangan berani sentuh dia!".Faiq yang tidak berada jauh dari situ menjerit ke arah lelaki bertopeng itu.Lelaki itu terus mengangkat kedua tanganya dan terus menjauhi diri dari Qaira dengan riak tidak bersalah.

"kau Ariff,kau nak tahu sebab apa aku berdendam dengan kau".Lelaki tadi mendekati Ariff,Naura mula risau dengan tindakannya.

"sebab apa".Ariff beriak tenang.

"sebab kau dah bunuh kakak yang paling aku sayang,aku nak kau rasa macamana kehilangan orang yang kau sayang".

"apa yang kau maksudkan aku tak faham".Ariff bertanya hairan.

"aku Syafiq adik Syafiqah klien yang kau selamatkan dulu dari dituduh bersalah sebab dah bunuh ayah aku".

Ariff cuba menggingati perkara tersebut,dan baru dia teringat dia ada kendali kan kes kakak Syafiq sepuluh tahun lamanya,dan masa itu telah lama berlalu.

"apa maksud kau yang aku dah bunuh dia".Ariff bertanya mendapatkan kepastian.

"sebab dia suka kat kau,sebab kau dah beri semangat kat dia dan kau juga buat dia teruskan hidup walaupun ramai orang benci dia,dia gantung diri dia sendiri lepas dia balik dari jumpa kau,bukan sebab kau dia bunuh diri ha!!!.Syafiq cuba menahan marah".

"aku tak berniat pun buat semua tu,aku anggap dia tak lebih dari seorang klien itu je".
Syafiqah pernah meluahkan perasaanya pada Ariff,tetapi dia menolak dengan baik kerana dia sudah bertunang dengan Qaira pada masa itu.

10 tahun lalu,
kes yang Ariff kendalikan mengenai kakak Syafiq adalah kerana dia dituduh membunuh ayahnya sendiri,bapa saudaranya melihat Syafiqah memegang pisau dengan berlumuran darah dan bapanya yang sudah terkulai layu di tepi Syafiqah,dan dia telah dihadapkan ke makhamah dan pada masa itu Ariff adalah penguam yang ditugaskan untuk kendalikan kes Syafiqah dan itu adalah antara kes yang paling lama dia kendali kerana perlu bukti yang kukuh untuk buktikan bahawa Syafiqah tidak bersalah.Rupanya semuanya berpunca dari bapanya yang ingin memperkosa dirinya tetapi dihalang oleh adiknya yang baru berumur 10tahun,bapanya ingin memukul adiknya tetapi Syafiqah mengambil pisau dan terus menikam bapanya.Ariff berusaha sebaik mungkin untuk memenangi kes tersebut dan akhirnya dia dapat membuktikan bahawa Syafiqah tidak bersalah dan dari situlah syafiqah menyimpan perasaan kepadanya kerana Ariff telah menyelamatkan dia dari dituduh bersalah dan banyak memberi semangat buatnya.

END OF FLASHBACK...

"kalau kau anggap dia macam tu kenapa kau bagi harapan kat dia,tak guna!!!".Syafiq menjerit ke arah Ariff.

Mereka yang ada di situ hanya mampu melihat tanpa membuat apa-apa.

"aku bukan buat dekat dia je,semua klien aku buat perkara yang sama,sebab itu dah jadi tanggungjawab aku sebagai seorang peguambela".Ariff menjawab tenang.

"tak aku tak percaya,aku tetap anggap kau pembunuh kakak aku,kau tahu tak aku nampak dengan mata aku sendiri kakak aku dah tak bernyawa atas tali,sebab tu aku nak kau rasa macamana aku rasa!!".Syafiq menjerit lalu menghampiri Ariff dan memberi satu tumbukan di mukanya.

Ariff masih beriak tenang,Naura pula sudah menangis melihat suaminya dipukul.

"pukul lah aku Syafiq,kalau itu yang buat kau puas aku sanggup terima".

Syafiq menumbuk muka Ariff dan menendang perutnya sehingga Ariff jatuh tersungkur ke lantai.Kemudian dia menendang belakang Ariff beberapa kali sehingga dia mengerang kesakitan.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now