🍀BAB 27

8.9K 351 4
                                    

Faiq melihat jam di tanganya yang sudah menujukkan pukul 1.30 tengahari,hampir sejam dia menuggu di dalam kereta,perutnya juga sudah bernyanyi riang.

"mana Qaira ni kata sekejap je,tak boleh jadi ni aku kena cari dia juga".Omel faiq sendiri lalu dia keluar dari kereta dan naik ke atas untuk mencari Qaira.

Sampai di cafe,Qaira memilih tempat yang paling hujung supaya tiada siapa mendengar perbualan mereka.

"I nak Ariff balik,sebab I masih cintakan dia,I harap you bagi izin Ariff untuk kahwin dengan I".Qaira berterus terang apa yang terbuku dalam hatinya.

Naura terkejut mendengar luahan Qaira,dia rela dilepaskan daripada bermadu,dia tak sanggup berkongsi suami,lagipun dia terlalu sayangkan Ariff tak mungkin dia akan tinggalkan Ariff.Dia yakin Ariff tidak akan menduakan dirinya.

"apa yang cik Qaira maksudkan ni,saya tak faham".Naura hanya beriak tenang.

Ketika Faiq ingin naik ke atas dia ternampak dari jauh Qaira bersama dengan seorang wanita di kafe.
"siapa perempuan tu".Omelnya sendiri lalu mendekati Qaira.

Qaira bangun dari duduknya kerana geram dengan Naura yang hanya beriak tenang dari tadi.

"hei! you dengar sini ehh!, I tetap akan dapatkan Ariff sebab you tak layak untuk dia dasar perempuan kampung!".Tinggi suara Qaira hingga didengari beberapa orang yang berada di situ.

Naura menahan sebak ,hampir menitis airmatanya apabila mendengar kata-kata tajam dari mulut Qaira yang menusuk dalam hatinya.

"qaira!"faiq yang baru sampai terkejut melihat Naura rupanya yang bersama dengan Qaira.Naura juga terkejut melihat Faiq,hatinya berasa lega dengan kehadiran Faiq.

"apa awak buat ni,kenapa awak marah dia".Faiq memarahi Qaira yang meniggikan suara ke arah Naura.Walaupun dia sudah tidak ada perasan pada Naura tapi dia sayang Naura tidak lebih dari seorang kawan.

"you kenal dia ke?"kenapa semua orang nak backup perempuan kampung ni ha!!".Qaira meniggikan suara ke arah Faiq.

" jaga sikit mulut tu Qaira,jangan main cakap je,awak tak kenal dia macamana".Faiq menyebelahi Naura.

"ohh jadi you kenal dia lah ya,untuk pengetahuan you perempuan ni perampas tunang orang,dia dah rampas Ariff dari I.

Baru Faiq tahu rupanya Nauralah isteri kepada bekas tunang Qaira.

"dia ke? atau awak yang jadi perampas suami orang" Faiq membalas kasar kerana geram dengan Qaira yang masih tak boleh terima kenyataan.

Naura sedari tadi hanya diam melihat pertengkaran antara Qaira dan Faiq.Akhirnya menitis airmatanya yang ditahan sejak tadi,dia bangun dan terus pergi dari situ,Faiq yang menyedarinya terus mengejar Naura dari belakang meninggalkan Qaira di situ.

"Faiq you nak pergi mana?"Qaira memanggil Faiq tapi tidak dihiraukan olehnya dan terus melangkah laju mengejar Naura.Qaira menghentak kakinya kuat dan terus berlalu dari situ dengan hati yang geram.

Ariff dan Naufal masuk ke dalam lif untuk naik ke pejabat,sepatutnya mereka balik lambat lagi kerana banyak urusan yang harus diselesaikan,tapi Ariff tidak sedap hati memikirkan isterinya dari tadi menyebabkan dia membatalkan semua appointment dan balik ke pejabat semula.

Naura berlari ke arah lif ,tapi Faiq sempat menghalangnya.

"Afiya tunggu sekejap,aku nak minta maaf pasal Qaira".Faiq memanggil Naura.

"takpe Faiq bukan salah kau,aku memang tak layak untuk Ariff".Naura sudah menangis teresak-esak.

"kau jangan cakap macam tu Afiya,Ariff memang ditakdirkan untuk kau ".Faiq kesian melihat Naura menangis tak henti-henti ,lalu dia mengambil sapu tangan dalam poketnya dan mengelap airmata Naura yang sudah jatuh ke pipi.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now