🍀BAB 17

14.1K 520 3
                                    

Setelah selesai mandi,Naura turun ke bawah untuk mencari makan, baru je makan pukul 8 tadi perutnya berbunyi minta diisi,apalagi cari lah apa yang ada dekat dapur untuk memenuhi kehendak perutnya.

Selepas dia keluar dari bilik air tadi,dia nampak Ariff lena punya tidur mungkin letih lepas kenduri tadi,dia tidak mahu menggangunya dan terus keluar dari bilik.

Sebenarnya dia segan nak tidur sebelah Ariff,walaupun mereka sudah sah bergelar suami isteri. mana tidaknya selama ni dia tidur dalam bilik seorang je,dahlah Naura ni tidur macam-macam gaya satu katil tu penuh ruang katil dia guna, sekejap melintang,sekejap terbalik macam-macam pose.

Sekarang ni tidur berdua mana tak kekok dibuatnya,kalau nak tidur kat sofa karang tak pasal-pasal uminya mengejarnya dengan penyapu.Dalam biliknya cuma ada katil je,kalau nak tidur bawah karang sakit pinggang.

Setelah turun ke bawah Naura melihat sekeliling"senyap je semua dah tidur la tu".Omelnya sendiri.Dia melihat jam di dinding dapur menujukkan pukul 11 malam.

"Patutlah dah pukul 11 rupanya".Omelnya lagi.Semua orang sedang lena diulik mimpi yang Naura ni pulak terjaga mencari makan betul punya lapar.

dia pergi ke meja dan membuka tudung saji, matanya bersinar apabila ada lagi lauk petang tadi berbaki,apalagi dia pun makanlah.Sedang dia enak menjamu selera,tiba-tiba ada suara menegurnya dari belakang.

"selera nampak".Ariff turun ke bawah kerana dia terasa tekaknya kering,dia terjaga dan merasa Naura tiada di sebelahnya tu yang dia turun mencari Naura dan untuk basahkan tekaknya sekali.

"oh mak kau terkejut".Tersedak Naura dibuatnya terkejut punya pasal, Ariff pula cepat-cepat mengambil air dan memberikanya kepada Naura sambil menepuk-nepuk belakangnya perlahan.

"kau ok tak ni".Ariff bertanya kerana dia melihat Naura tersandar di kerusi selepas tersedak dengan kuat tadi.

"saya ok,tak lalulah makan".Naura meletakkan pingganya ditepi.

"dah nak habis baru tak lalu nak makan,kau ni kuat makan kan?".

"dah lapar saya makanlah,kenapa pakcik turun bawah".

"aku dahaga,lepastu aku tengok kau takde kat sebelah,tu yang aku turun bawah kot lah kau pengsan sebab terlebih makan".Sempat ariff memerli Naura.

Kecil besar je naura meliha Ariff a.k.a suaminya, kalau cakap tu ikut sedap mulut dia je pakcik mulut cililah katakan.

"pakcik nak air ke? biar saya ambilkan".Naura mengambil air masak di dalam peti sejuk dan memberikanya pada Ariff.

"terima kasih".Baru dia merasa lega dapatkan basahkan tekaknya.

"sama-sama".Naura membalas.

"pakcik naiklah dulu saya nak kemas ni dulu jap lagi saya naik".Sambungnya lagi.

"tak nak!,aku nak tunggu kau,kita naik sama-sama".

"ikut pakciklah".Naura hanya akur.

selepas siap mencuci pinggan Naura dan Ariff terus naik ke atas untuk masuk ke bilik mereka.

Di dalam bilik,Ariff sudah naik ke atas katil untuk tidur,tapi Naura masih statik berdiri di tepi katil

"kenapa kau berdiri kat situ tidurlah".Ariff menegurnya.

"pakcik kalau pakcik tidur dekat bawah boleh tak,saya tak biasalah tidur dua orang".Selamba Naura menuturkan kata.

"sampai hati kau suruh suami kau tidur bawah".Ariff buat muka kesian.

"bukan macam tu,saya ni tidur lesak sikit kalau saya tertendang pakcik macammana?"Naura masih mencuba nasib mungkin Ariff mengalah.Ariff tergelak mendengar jawapan Naura.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now