Tiba sahaja di KLIA setelah meletakkan kereta di kawasan parking, Naufal meloboskan diri keluar dari kereta, kakinya melangkah laju masuk ke dalam KLIA, kelibat adiknya dicari.
Dari jauh dia sudah melihat adiknya dengan muka yang muncung . Dia bersiap sedia untuk dimarahi adiknya kerana mengambilnya lambat di lapangan terbang, meeting yang dijangkakan habis awal jadi lambat kerana ada perkara yang tak diinginkan berlaku. Menyebakan meeting habis lewat dari waktu yang dijangkakan. Kerana hal Itulah yang Naufal terpaksa mengambil adiknya lambat.
"hai adik abang". Naufal melambaikan tanganya dengan sengihan di bibir. apabila dia berada di hadapan adiknya, Naufal mendepakan tanganya supaya Naura datang memeluknya, tapi tidak dipedulikan oleh Naura kerana masih dengan rajuknya.
Naura pula diam tak berkutik sedari tadi, dahlah nasib dia tak berapa baik hari ini dengan abangnya Naufal mengambilnya lambat, lepastu pula terjumpa dengan pakcik yang terlebih makan cili.
Dia baru je nak nikmati hari bahagia hari ni kerana pulang semula ke Malaysia, tapi lain pula jadinya moodnya seratus peratus hilang disebakan pakcik mulut cili tu.
Naura terus bangun dari situ dan berlalu pergi tanpa menghiraukan abangnya. Beg juga dibiarkan di situ lalu, dia memusingka badanya memandang abangnya
"Beg abang bawak adik tunggu kat kereta". Naura buat gaya rajuknya.
Naufal menggeleng kepalanya sambil tertawa melihat perangai adiknya yang tak pernah berubah manja dan kuat merajuk.Tetapi, keletah itulah yang dia rindu kerana Naura sahajalah seorang adik yang dia ada. Walaupun dia dah berkahwin dan ada anak, dia sentiasa mengambil berat tentang adiknya.
Di dalam kereta juga senyap, Naura hanya diam sedari tadi dia tidak marah pada abangnya sebaliknya dia masih geram dengan perangai pakcik mulut cili tu. Gelaran yang baru dia gelar dan simpan pada kenalanya setelah pakcik itu dengan selambanya merampas handphone miliknya.
"Assalamualaikum orang sebelah tak jawab dosa" .Naufal cuba memecahkan sunyi di antara mereka.
"Walaikumsalam".Jawabnya sepatah
"Siapa tu ada orang kat sebelah ke?". Naufal mengusik adiknya sambil membuat gaya orang yang sedang mencari, akibatnya satu cubitan ketam singgah di lenggan Naufal.
"Aduh! sakitlah adik". Sebelah tangan Naufal mengusap lenganya yang dicubit Naura tadi.
"Ha!tahupun sakit, abang suka main-main kan? Dahlah orang tengah geram tahap gaban ni".
"Kenapa dengan adik abang ni, tiba-tiba bad mood marah dengan abang lagi ke? sebab ambil lambat".
"Taklah bukan dengan abang dengan orang lain".Naura membuat muka muncung. Peristiwa tadi belayar di ingatanya, dia rasa semakin geram dengan pakcik mulut cili tadi.
"Siapa orang lain tu,pakwe adik ke?".Naufal sudah menjongket kening memandang adiknya.
"Tolong sikit memang taklah adik nak terima kalau pakwe perangai macam dia". Naura membuat gaya mata ke atas dan tangan di bahu.
Naufal pula sudah tergelak kecil melihat adiknya."Adik jangan menidakkan kalau dia jodoh adik macamane". Apa yang sebenarnya jadi ni cuba cerita kat abang".
Naura pun menceritakan segalanya yang berlaku antara dia dengan pakcik mulut cili itu, abangnya mendengar dengan tekun.
"Dia panggil adik ketot,berani betul mamat tu tak takut adik hambat dia dengan penyapu ke?".
Abangnya sudah gelak besar."Masalahnya penyapu takde kat situ, kalau tak dah lama dah adik rembat pakcik tu dengan penyapu takpun letak cili berapi kat mulut dia tu".
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...