🍀BAB 33

8.3K 288 4
                                    

Sudah dua hari masa berlalu,Ariff masih tidak sedarkan diri,keadaannya juga masih sama tidak berubah.Naura pula tidak berhenti berdoa untuk kesembuhan suaminya.

Umi dan abinya yang baru sampai dari kampung terus ke hospital melawat Ariff,mereka menghampiri Naura yang sedang duduk di kerusi luar.

Naura menyalami kedua ibu bapanya,uminya memeluk Naura erat dan menepuk belakangnya perlahan untuk beri kekuatan buat anaknya,supaya banyak bersabar. Naura berasa tenang berada di dalam pelukan uminya.

"macamana dengan keadaan Ariff".Abinya bertanya.

"tak ada perubahan abi,Ariff masih tak sedar lagi".Naura bersuara sayu.

"adik kena banyak bersabar,sama-sama kita berdoa supaya Ariff cepat sembuh".Abinya menepuk bahu Naura perlahan.Naura hanya mengangguk lemah mengiyakan.

Naura membawa umi dan abinya ke rumah Naufal kerana mereka rindu nak berjumpa dengan cucu kembar dan anak menantu mereka.

Naura pula balik ke rumahnya sekejap untuk mengambil barang ,sampai di rumah,dia melihat sekeliling yang sunyi dan sepi. Sungguh dia sangat merindui suaminya,gelak tawanya,usikan Ariff terhadapnya semuanya membuatkan Naura terbayangkan bahawa suaminya ada di sampingnya.

Ketika hendak masuk ke dalam bilik,handphonenya berbunyi,dan Naura terus mengangkat panggilan tersebut.

Syafiq:"Hello, macamana dengan keadaan suami tercinta kau".Syafiq memulakan bicara.

Naura:"apa yang encik nak sebenarnya,kenapa encik nak ganggu rumahtangga kami".Naura cuba menahan sebak.

Syafiq:"aku cuma nak kau tinggalkan Ariff tu je,tapi kau degil,inilah akibatnya kalau tak ikut cakap aku".

Naura:"jadi enciklah yang rancang semua ni.Kenapa encik sanggup buat macamni,besar sangat ke dosa suami saya dekat encik".Naura akhirnya menangis setelah ditahan.

Syafiq:"ya,terlalu besar untuk aku.Sebab dia dah buat aku hilang orang yang paling aku sayang,aku nak dia derita macamana betapa susahnya aku jalani hidup aku hari-hari".

Naura:"saya merayu pada encik tolonglah jangan buat apa-apa kat suami saya lagi, dia dah banyak derita,saya akan ikut apa yang encik nak saya buat".Naura mengalah dia buat semua ni kerana dia terlalu sayangkan ariff.

Syafiq:"bagus akhirnya kau mengalah juga kan,aku nak kau rahsiakan tentang aku,kalau kau beritahu sesiapa,hari ni juga aku boleh pergi hospital,tamatkan riwayat Ariff".Syafiq gelak besar di dalam talian seperti orang yang hilang akal.

Naura:"Ya,saya akan ikut apa yang encik suruh saya buat.Tapi encik kena janji dengan saya yang encik takkan ganggu ariff lagi".Airmatanya sudah mengalir deras di pipi.

Syafiq:"ok aku pegang dengan kata-kata kau,aku harap kau tak lupa dengan janji kau dan aku pun akan kotakan janji aku pada kau".Syafiq terus meletakkan panggilanya.

Naura terduduk lemah di atas lantai,dan menangis sepuas-puasnya,begitu berat dugaan yang menimpanya,dia tak tahu adakah dia mampu hidup tanpa suaminya,jika benar-benar mereka akan berpisah suatu hari nanti.Dia buat semua ini demi Ariff,dia tidak mahu suaminya menanggung lebih banyak penderitaan kerana keegoaanya.

Naura masuk ke bilik,dengan langkah yang berat,dia mengemas semua bajunya di dalam beg,dia akan pergi dari sini setelah dia melawat Ariff di hospital malam ini.Naura mengambil sehelai baju suaminya dan memelukya erat,baju itu akan dia bawa untuk melepaskan rindunya pada Ariff.

Setelah masukan beg pakaian di dalam keretanya,dia naik atas semula dan pergi ke rumah abangnya,keluarganya tidak boleh tahu tentang kepergianya,jadi dia kena pura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

Belum sempat Naura masuk ke dalam rumah abangnya,Naim dan Nabil berlari ke arah naura dan memeluknya,Naura tersenyum dan mencium dahi kedua-dua anak saudara kembarnya.

"achu pergi mana,kenapa lambat sangat datang".Nabil membuat nada merajuk.

"achu balik rumah sekejap,ambil barang".

"achu,mana uncle rindulah nak jumpa dia,lama dah tak jumpa diakan Abil".Naim pula bertanya.Nabil di sebelahnya hanya mengganguk mengiyakan.

Nabil dan Naim tidak tahu tentang keadaan Ariff lagi.

Naura menundukkan dirinya memandang Nabil dan Naim,hatinya mula sebak bila teringatkan Ariff.Dia tak sanggup tinggalkan suaminya tetapi dia terpaksa.

"uncle tengah rehat sayang,sebab uncle tak berapa sihat tu yang uncle tak ikut sekali".Naura cuba menahan sebak.

"ohh macam tu,kalau uncle dah sihat nanti achu suruhlah uncle datang rumah".Nabil menjawab.

"yelah,nanti achu beritahu".Naura mengelus pipi Nabil lembut.

"ha! adik kenapa tak masuk ".Naufal pergi ke depan kerana mendengar suara Naura menyembang dengan anak-anaknya di luar.

"yelah jap lagi adik masuk".Naura mengajak Naim dan Nabil untuk masuk kedalam,dan mereka pun ikut Naura dari belakang.

Setelah makan tengahari,Naura dan keluarganya solat berjemaah,setelah itu mereka membuat solat hajat untuk mendoakan kesembuhan Ariff,setelah selesai solat mereka sekeluarga membaca yasin.

Naura sudah bersiap hendak pergi ke hospital pada petang itu,kerana Faiq menghubunginya bahawa dia ingin melawat ariff bersama Qaira.

Umi dan abinya pula sudah keluar pergi ke pasaraya untuk membeli barang bersama Medina dan anak kembarnya.

Naufal menghampiri Naura yang sedang duduk termenung di atas sofa,setelah selesai bersiap.

"adik ok tak ni".Naufal memangil adiknya dan menepuk bahu Naura perlahan dan melabuhkan duduk di sebelahnya.

Naura tersedar dari lamunan dan memandang abangnya dengan wajah pura-pura tenang,dia tidak mahu abangnya risau tentang dirinya.

"adik ok je".Naura cuba tersenyum di sebalik wajahnya yang muram.

"jangan tipu abang,dari tadi abang tengok adik macam ada masalah je cuba cerita kat abang,ringan sikit beban adik".

"abang rasa Ariff marah kat adik tak?kalau dia bangun nanti adik takada di sisi dia".Naura cuba meluahkan isi hatinya.

"apa yang adik cakap ni,jangan merepek boleh tak,adik kena kuat adik tak boleh lemah macam ni".Naufal bersuara tegas.

"adik dah tak kuat abang,kalau adik takda abang tolong tengokkan Ariff untuk adik".Naura menahan sebak dia bercakap tanpa memandang Naufal.

Naufal menghalakan Naura ke arahnya.
"adik abang tak suka adik cakap macam ni,mana adik abang ,Naura Afiya yang tak pernah mengalah dulu,kenapa sekarang ni adik cepat putus asa,abang tak nak adik cakap bukan-bukan".Naufal bersuara lembut tetapi tegas.

"maafkan adik abang,adik pergi dulu ya".Naura menyalami tangan abangnya dan terus keluar dari rumah untuk pergi ke hospital.

Naufal menghantar pandangan sehingga adiknya keluar dari rumah.Kesian dia melihat adiknya yang nampak tidak bermaya,dia akan selalu mendoakan kesejahteraan adiknya dan kesembuhan buat Ariff.

Sangat dicintai seseorang membuatmu memiliki kekuatan dan keberanian.

THANKS PADA YANG SUDI BACA JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT OK😀😘




Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now