Rindu Ariff terhadap isterinya semakin mendalam,dia harus cepat sembuh kerana dia risau jika ada sesuatu berlaku pada Naura,sampai hari ini,masih tiada lagi perkembangan dari pihak polis mengenai Naura.Ariff sudah keluar dari hospital kerana keadaanya sudah membaik,Naufal membawanya balik ke rumah.Pada mulanya Naufal menyuruh Ariff untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu kerana keadaan Ariff yang baru nak pulih,tapi Ariff menolak dengan cara baik kerana dia lebih selesa berada di rumah sendiri.
Ketika Ariff sudah berada di dalam rumah,loceng rumahnya berbunyi Ariff pergi ke pintu untuk melihat siapa yang datang rupanya Faiq dan Qaira datang melawatnya di rumah.
Faiq dan qaira pergi melawat Ariff di hospital,tapi Ariff tiada di situ mereka tanya di kaunter pertanyaan,nurse yang bertugas memberitahu bahawa Ariff baru saja balik,sebab tu mereka melawat Ariff di rumahnya.
Setelah Ariff membuka pintu dia menjemput Faiq dan Qaira masuk ke dalam rumahnya.
"keadaan kau macamana Ariff,dah sihat".Faiq bertanya setelah mereka melabuhkan duduk di atas sofa.
"alhamdulillah aku dah makin sihat".Ariff menjawab.
"Riff kami dah tahu pasal Naura,I harap you banyak bersabar ya,I yakin Naura pasti akan ditemui dengan selamat".Qaira mengetahui tentang Naura melalui abangnya Naufal ketika mereka berjumpa di hospital beberapa hari lepas.
"thanks Qaira,I pun berharap yang Naura Akan selamat".
"kau jangan risau,aku akan cuba tolong kau,lagipun aku ada kenalan polis,aku cuba minta bantuan dia untuk mempercepatkan lagi pencarian Naura".
"terima kasih Faiq,kau dah banyak tolong aku".
"apa gunanya kau ada kawan yang baik dan handsome macam aku ni".Faiq cuba menceriakan suasana,Ariff tersenyum melihatnya,Qaira pula tergelak kecil mendengarnya.
Setelah balik dari rumah Ariff,faiq menghantar Qaira pulang ke rumah,dia memandang sekilas Qaira di sebelahnya yang sudah lena di atas bahunya,tersenyum dia melihat muka Qaira yang tetap cantik walaupun sedang tidur.
Ketika Faiq meneruskan perjalananya,sebuah kereta menghimpitnya dari tepi,dengan pantas dia mengelak.
Tiba-tiba kereta tadi laju memotong kereta Faiq dan memecut Laju untuk menghalangnya dari depan,dia terpaksa brek mengejut menyebabkan Qaira terjaga dari tidurnya.
"you..kenapa berhenti mengejut ni".Qaira masih dalam keadaan mamai.Nasib baik dia pakai seatbelt kalau tak mesti kepalanya terhantuk di depan.
"kereta depan ni halang saya,sebab tu saya brek".Faiq menjawab Cemas.
Qaira terus membuka matanya luas dalam mamai tadi.
"kenapa kereta tu nak halang kita pula".Tanyanya cemas.
"saya pun tak tahu".Faiq menjawab,dia langsung tidak tahu apa-apa.
Ketika itu empat orang lelaki yang berbadan besar keluar dari kereta menghampiri Faiq dan Qaira yang berada di dalam kereta,mereka ditarik keluar dari kereta.
Mereka terus memukul Faiq,teruk juga Faiq dipukul .Qaira pula dipegang oleh seorang lelaki yang memakai topeng muka yang baru keluar dari kereta itu,dia sudah menangis melihat Faiq sudah lemah dipukul oleh empat lelaki seperti samseng tadi.
Qaira meronta-ronta untuk dilepaskan,tetapi lelaki tadi menekup mulutnya dengan kain yang diletak ubat tidur, sehingga dia pengsan dan dia terus dibawa kedalam kereta,Faiq juga dibawa di dalam kereta setelah teruk dibelasah.
Mereka dibawa ke suatu tempat dimana Naura juga ditempatkan disitu,lelaki bertopeng itu adalah lelaki yang sama menculik Naura.
Naura terjaga dari tidur apabila dia terdengar pintu yang dibuka dari dalam,dia terkejut melihat orang suruhan lelaki bertopeng itu mendukung Qaira yang tidak sedarkan diri dan meletakkannya di sebelah Naura.Faiq pula diletak di bilik yang berasingan.
"kau dah ada teman sekarang,jadi kau takdelah rasa takut".Lelaki bertopeng itu menghampiri Naura.
"apa yang encik nak cuba buat sebenarnya".Naura bertanya cemas.
"kau tunggu dan lihat je,apa yang akan berlaku nanti,oh ya! lupa aku nak bagitahu suami tercinta kau tu dah sedar inilah masanya untuk aku bertindak".Lelaki itu terus keluar dari bilik itu dengan hati yang puas.
"Encik tolonglah jangan buat apa-apa kat suami saya.Encik..encik".Naura memanggil lelaki tersebut tapi tak diendahkanya.
Ariff keluar dari rumah untuk pergi kerumah Naufal kerana Naufal mengajaknya makan tengahari di rumahnya,sejak Naura hilang ariff seperti orang yang tidak terurus makan pun tak ikut masa,baru je Ariff memulas tombol pintu,handphonenya berbunyi terus dia mengangkat panggilan tersebut.
Syafiq:"hello,kau dah sedar ya Ariff Hakim".
Ariff:"ya aku dah sihat,ada masalah dengan kau ke?kau nak apa".Ariff bertanya kasar.
Syafiq:"masalah aku dengan kau tak selesai lagi,aku kesian dengan kau ni,kau sedar je isteri kau takde depan mata".Syafiq ketawa di talian.
ariff:"mana kau tahu,kau ke yang culik isteri aku".Ariff mula mengesyaki lelaki itu.
Syafiq:"pandai kau teka,isteri kau selamat dengan aku, kau janganlah risau tapi isteri kau buat aku rasa nak terkam je".Syafiq bernada selamba.
Ariff:"kau jangan berani sentuh isteri aku!".Suara Ariff menahan marah,sebelah tanganya digengam kuat.
Syafiq:"aku takkan sentuh isteri kau,tapi kalau iman aku tak kuat aku minta maaf lah ya.Syafiq saja nak menaikkan lagi marah Ariff".
Ariff:"Kau jangan buat bukan-bukan dekat isteri aku gila!".Marah Ariff setelah lama ditahan.
Syafiq:"Relax Ariff Hakim kau jangan marah-marah,kau dengar cakap aku baik-baik,kalau kau tak nak aku apa-apa kan isteri kau".
Ariff:"Apa dia".Ariff cuba mengawal suaranya.
Syafiq:"aku nak kau datang tempat aku,nanti aku akan bagi location kat kau,tapi aku nak kau datang tanpa bawa teman faham!.Kalau kau minta bantuan aku tak teragak-agak nak bunuh isteri kau sekarang jugak".
Ariff:"ok,aku akan datang seorang,aku merayu pada kau,tolong jangan apa-apa kan isteri aku".
Syafiq:"ok aku mengalu-alukan kedatangan kau Ariff Hakim".Dia terus meletakkan panggilan.
'aku akan pastikan dendam aku akan terbalas'.Desis hatinya dan bibirnya mengukir senyuman sinis.
Beberapa minit kemudian bunyi handpone Ariff menandakan whatsapp masuk Ariff terus membukanya dan tertera lokasi yang diberikan oleh lelaki yang menculik isterinya tadi,kemudian Ariff terus bergegas pergi dari situ.
Sementara hendak pergi Ariff singgah di rumah Naufal untuk memberitahunya bahawa dia ada hal yang perlu diselesaikan.Jadi dia tidak dapat makan tengahari di rumahnya,Naufal perasan bahawa Ariff sembunyikan sesuatu darinya,tapi dia tidak bertanya dan mengiyakan sahaja apa yang Ariff katakan padanya.
Sampai di tempat yang dituju,Ariff keluar dari keretanya dan menghampiri rumah kosong yang ada di situ.Ketika dia ingin masuk ke dalam rumah tersebut dia dipukul dari belakang dengan kayu,pandangan Ariff mula gelap dan dia terus pengsan tidak sedarkan di situ.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...