Setelah mengemas apa yang patut,mereka pun berangkat dari Itaewon dengan menaiki teksi ke Incheon International Airport untuk pulang ke Malaysia setelah 4 hari 3 malam mereka menghabiskan masa bersama berbulan madu.Ia adalah kenangan paling indah bagi mereka berdua untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Tiba di Incheon International Airport,Naura dan Ariff terus menaiki kapal terbang kerana penerbangan mereka sudah tiba.Sebelum masuk Naura sempat menghubungi abangnya supaya ambil mereka di KLIA setelah tiba di sana.
Di dalam kapal terbang Ariff hanya diam dan asyik termenung,Naura perasan akan perubahan ariff bertanya.
"abang ok tak?".Naura menepuk perlahan bahu ariff.
Ariff tersedar dari lamunan dan memandang Naura.
"abang ok".Ariff hanya jawab sepatah.
"abang janganlah fikir sangat pasal semalam ya,semuanya akan baik-baik je."Naura memegang tangan Ariff erat untuk menenangkanya.
"Thanks,honey".Ariff membalas pegangan Naura dan tersenyum.
"abang lupa nak bagitahu honey, mama ada telefon kelmarin dia kirim salam rindu kat honey".Ariff mula ceria dia buang segala perasaan risaunya jauh-jauh.
"walaikumalam,bila mama telefon".Naura bertanya.
" masa kita dalam bas,nak balik kelmarin".
"kenapa tak gerak honey boleh cakap dengan mama".
"abang tengok honey tidur lena je siap ternganga macam harimau nak makan orang je.Malaslah abang kejut".Ariff beriak selamba,dia mulal ceria.
Naura mengecilkan matanya memandang Ariff.
"suka hati je kutuk orang macam harimau kan?".Ariff ketawa kecil melihat Naura.
"malaslah layan abang, baik honey tidur lagi bagus".Naura memejamkan matanya rapat,kemudian Ariff menghadiahkan ciuman di pipinya,tapi Naura masih memejamkan mata.Dalam hati ni dah menjerit suka.
Ariff tersenyum melihat muka Naura yang merah macam pakai blusher,nampak comel sangat di matanya. Walaupun mata tertutup dia tahu Naura hanya buat-buat tidur,lalu dia pun menyandarkan kepalanya ke bahu Naura,perlahan bibirnya mengukir senyum dan mereka pun sama-sama lena dibuai mimpi.
Naufal yang baru hendak masuk ke dalam kereta untuk mengambil Naura dan Ariff yang akan tiba di KLIA terhenti,kerana ada panggilan masuk dari uminya.
Naufal terkejut dengan berita yang disampaikan oleh uminya yang mengatakan bahawa mama dan abah Ariff telah meninggal dunia di mekah pagi tadi.Uminya cuba call Ariff tapi tak dapat mungkin kerana mereka berada dalam kapal terbang.
Dia disuruh balik ke kampung selepas mengambil Naura dan Ariff di KLIA ,kerana nak buat majlis tahlil di rumah mereka.
Naufal melangkah masuk ke dalam kereta,tiba-tiba hatinya dipagut sedih. Macamanalah dia nak memberitahu berita sedih ini kepada Ariff.
'kau kena kuat riff aku tahu kau kuat hadapi semua ni".Omelnya sendiri lalu terus dia hidupkan enjin kereta dan keluar dari kawasan parking.
Sampai di KLIA,Naura dan Ariff turun dari kapal terbang,Setelah ambil luggage dan barang mereka,Naura terus mencari kelibat abangnya,dari jauh naura ternampak Naufal sedang duduk termenung di satu sudut ruangan menunggu,lalu mereka pun menghampirinya.
"assalamualaikum".Ariff memberi salam dan menepuk bahu Naufal perlahan.
Naufal tersentak dari lamunan.
"walaikumsalam,ehh! bila korang sampai".
"Baru je,abang ok tak ni".Naura bertanya kerana dia melihat wajah abangnya harini tak seceria selalu 'takkan gaduh dengan kakak kut'.Tebak hatinya risau.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...