LUPAKAN BEBAN DI MASA LALU ,MAAFKAN YANG TELAH LALU
BIARLAH PERGI BERLALU,SAMBUTLAH MASA DEPAN,
MASIH BANYAK KEBAHAGIAAN,MASIH BANYAK KESEMPATAN.
Masa berlalu begitu pantas,semakin hari hidup Naura semakin bahagia dengan orang yang tersayang.
Suami yang tidak pernah jemu mencintainya dan anaknya Arissa Afifa adalah anugerah terindah buat mereka,dan menjadikan hidup mereka lebih lengkap dengan kehadiranya.
Dengan rezeki dari yang maha esa,naura dan ariff dikurniakan lagi seorang permata yang bernama Arriyan Anaqi.
Kini Arrissa Afifa permata sulung Ariff dan Naura berusia 3 tahun yang comel,nakal dan manja sikapnya sebiji tak berubah seperti bapanya yang suka mengusik orang.
Kadang-kadang sepupu kembarnya iaitu Abil dan Aim menjadi mangsa usikanya.
Nabil dan Naim juga sudah semakin besar dan semakin cerdik,mereka kini berusia 8 tahun.Di sekolah mereka adalah murid cemerlang kerana sentiasa dapat nombor 1 di dalam kelas masing-masing.
Naufal pula bakal menimang cahaya mata yang ketiga,kerana Medina sedang mengandung 5 bulan.
Abil,Aim dan Afifa berlari luar keliling rumah nenek mereka,mengejar satu sama lain,tapi lebih kepada Afifa yang mengejar Abil dan Aim,badanya tembam tapi lari mengalahkan atlet.
"ha,ita apat abang Abil".Afifa memeluk Abil dari belakang setelah penat mengejarnya.
"lajunya fifa lari,dahlah kita tak nak mainlah penatlah".Nabil mengalah mana tidaknya asyik dia je yang kena tangkap denga Fifa.
"ala,jomlah main lagi Abil,ok kali ni Aim jadi,amacam".Kata Naim.
"Abil,Aim dah main tu,pergi mandi,bawak Fifa sekali masuk".Laungnya ibunya yang sedang sibuk menolong neneknya memasak di luar rumah bersama beberapa orang jiran yang terdekat menolong mereka untuk kenduri aqiqah anak Naura yang kedua.
"baik ibu".Jawab Abil dan Aim serentak.
Ariff dan Naufal baru balik dari masjid mengambil khemah untuk pasang di depan rumah,Afifa nampak papanya terus berlari ke arahnya dan memeluk kakinya erat.
"papa,nak dukung".Fifa menghulurkan tanganya minta didukung.
Tak boleh berenggang langsung dengan papanya,masa Ariff nak ambil khemah tadi pun dia merenggek nak ikut nasib baiklah ada dua orang abang yang pandai memujuk.
Ariff mendukung Fifa dan terus membawanya masuk ke dalam,Naura yang baru keluar dari bilik setelah habis menyusu Arriyan tersenyum melihat Ariff sedang mendukung Fifa,sambil menggelengkan kepalanya melihat anaknya yang tak boleh berenggang sikit pun dengan papanya.
"abang baru balik ke?".Naura menegur Ariff yang menghampirinya.
"aah baru je balik,Arriyan dah tidur ke?".Ariff bertanya.
"baru je tidur,lepas minum susu tadi".Naura menjawab.
"Fifa pergi kat mama jap k papa nak pergi tolong pak long pasang khemah".Ariff ingin menghulurkan Fifa ke tangan naura tapi fifa memeluk lehernya erat.
"tak nak,nak dengan papa".Fifa merenggek dalam dukungan Ariff.Naura hanya menggeleng melihat anak sulungnya ini.
"Fifa papa nak pergi sekejap je meh sini kat mama,kita mandi ya Fifa dah peluh ni sayang,lepas mandi kite keluar tengok papa ya".Naura cuba memujuk puterinya yang sorang ini.
Mungkin masa Naura menggandung dulu dia langsung tak boleh berenggang dengan Ariff,baru berpisah 1 jam pun tak boleh itu yang turun ke anaknya Afifa.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...