🍀BAB 7

14.2K 471 16
                                    

Setelah selesai makan, mama Ariff mengajak anaknya bersembang di ruang tamu, maklumlah masa ni lah pun nak meluangkan masa dengan anak yang tersayang.

Masa ibu dan anak ni sedang rancak bersembang, abah Ariff pun datang dari atas setelah selesai menunaikan solat isyak.

"Hai rancak bersembang dua beranak ni, dari atas dah abah dengar. Sembang pasal apa ni?" Tanya abahnya.

Abahnya terus melabuhkan duduk di sebelah mamanya.

"Mama ni abah, tak habis-habis suruh Riff cari calon."

"Yelah umur Riff dah nak menginjak 40 dah sepatutnya sekarang ni abah dengan mama main dengan cucu." Sakat abahnya.

"Betul cakap abah kamu tu, harapkan Riff nak cari tak bercuculah mama."

"Riff calon pun tak ada ma, macamana Riff nak kahwin."

"Ni yang mama nak bincang dengan Riff ni." Ibunya sudah duduk di sebelah Ariff.

"Bincang apa ni ma." Ariff membuat muka hairan.

"Abang, cakaplah apa yang kita bincang tadi." Ibunya memandang abahnya untuk terangkan pada Ariff.

"Macam ni Ariff abah nak bagitahu kami dah dapat panggilan untuk ke tanah suci."Ayahnya memulakan bicara.

"Sebelum kami nak ke tanah suci kami nak Riff tunaikan sesuatu untuk kami." Ayahnya menyambung bicara.

"Alhamdulillah akhirnya mama dan abah dapat juga pergi ke tanah suci, mama dan abah nak suruh Riff tunaikan apa"? Tanya Ariff ingin tahu.

"Macam ni Riff, mama rancang nak satukan Riff dengan anak kawan baik mama." Puan Arfah menyambung bicara.

Terkejut Ariff mendengarnya, nyaris tak jatuh dari sofa.

"Anak kawan mama yang mana?" Tanya Ariff sekadar berbasa basi.

"Ala!  anak makcik Naimah, rumah sebelah."

Ariff cuba mencerna apa yang mamanya sampaikan.
'Kalau anak makcik Naimah rumah sebelah tu maknanya si ketotlah.' Desis hatinya.

"Anak dia yang baru balik belajar dari korea tu, cik Imah ada seorang je anak perempuan, kan Riff kawan rapat dengan abang dia si Naufal tu."

" Betul la dia" Ariff tak sedar bahawa suaranya didengari oleh mama dan abahnya.

"Kenapa Riff dah kenal ke anak makcik Imah tu?" Tanya mamanya.

"Riff tak la kenal sangat, tapi pernah jumpa la sebab masa balik sini kan Riff tumpang kereta Naufal jadi dia ada sekali la." Terang Ariff, padahal mereka sudahpun kenal siap berperang mulut lagi.

"Senang la kalau macam tu mudah sikit kerja kita kan bang?" Ibunya memandang ayahnya.

"Kami bukan apa Riff, kami tak paksa cuma kami ni tak nak Riff membujang sampai ke tua. Umur Riff sekarang pun dah meningkat kalau kami tak buat macam ni tak tahu la bila Riff nak kahwin. " Abahnya meyambung bicara

"Ok macam ni la abah, mama sekarang ni Riff ikut je cakap mama dengan abah. Keputusan pun Riff dah buat mama dengan abah buat la apa yang patut ,anak cik imah dah tahu ke pasal ni."

"Betul ke Riff setuju?" Ibunya bertanya untuk mendapatkan kepastian, terkejut jugalah dia dengan jawapan Ariff kerana selama ni ada juga dia cuba kenenkan Ariff dengan anak kawan dia yang lain,  ditolak oleh Ariff mentah-mentah. Tapi yang ni dia terima pula bulat-bulat takpelah asalkan dia nak kahwin.

"Pasal tu Riff jangan risau nanti mama bincang balik dgn cik Imah ya." Terus mamanya berlalu dari situ dengan hati yang gembira.

Akhirnya terbuka juga pintu hati anak lelakinya untuk berkahwin.

"Abah sokong apa pun keputusan yang Riff buat, abah naik atas dulu." Abahnya menepuk bahu anaknya memberi semangat dan terus berlalu dari situ.

Tinggal Ariff masih statik di situ, dia sendiri pun tak percaya apa yang dia cakap tadi.

"Kenapa aku senang je setuju, selama ni kalau mama nak kenalkan aku seseorang mesti aku bantah bulat-bulat, oh no!!"

Ariff menekup mulutnya "Takkanlah aku dah mula suka kat ketot tu kot. Tak mungkin Ariff, kau terima sebab mama abah kau itu je." Ariff mengomel sendiri.

Setelah selesai mandi, Naura menyambung semula novel yang tak habis dibacanya tadi, tanganya memegang novel tapi pikiranya entah ke mana.

Fikirannya asyik teringatkan apa yang dikatakan Medina padanya petang tadi.

"Adik tidur lena tadi sebab adik peluk lengan si pakcik handsome adik tu."

Kata-Kata Medina terus berlayar di fikiranya.

"Patutlah aku tidur lena je dalam kereta tadi, rupanya aku terpeluk lengan sado pakcik mulut cili tu rupanya." Omelnya sendiri sambil tanganya menekup mulutnya, menahan malu.

Sedang dia mengomel itu ini, telefonya berbunyi nombor yang tidak dikenali di talian.

"Siapa pulak call malam-malam ni, nak angkat ke tak"? Naura berfikir dua tiga kali sebelum mengangkat panggilan tersebut, akhirnya dia angkat juga.

"Hello siapa ni." Naura memulakan bicara.

"Assalamualaikum." orang itu memberi salam.

"Walaikumsalam."  Naura membalas dengan perasaan gementar mana tak dia takut mahunya yang call tu orang jahat ke saja nak dengar suara dia.

"Kau sombong ehh dengan aku Afiya."
Naura terdiam dan cuba memikirkan siapa di talian.

'Ok jap suara mcm kenal yang panggil aku Afiya seorang je ha! Faiq.' Naura bermonolog dalam hati.

"La! kau ke Faiq rindunya aku kat kau." Naura menyambut riang.

Faiq Arshad merupakan sahabat baik Naura sejak sekolah lagi. Faiq sentiasa ada dengan Naura, dia dah macam bodyguard kepada Naura.

Kemana je Naura pergi mesti dia ada,dia jugalah selalu jaga Naura masa kat sekolah.

Faiq hanya gelak di talian.

"Tak berubah rupanya kawan aku seorang ni masih ceria macam dulu, aku pun rindu kat kau." (Rindu sangat) desis hati kecil faiq.

sebenarnya Faiq sudah lama menyimpan perasaan terhadap Naura. Dia menyukai Naura sejak mereka bersekolah lagi, cuma dia takut nak luahkanya pada Naura. Dia bertekad untuk luahkan juga pada Naura jika ada masa yang sesuai nanti.

"Kau apa cerita, lama tak dengar cerita pasal kau." Naura bertanya ramah.

"Aku macam ni je lah tak berubah pun, masih tetap handsome macam dulu." Gurau Faiq.

"Eleh! perasan." Naura menjulingkan matanya ke atas walaupun faiq tak nampak.
Faiq memang handsome kulit sawo matang dan tinggi orangnya, dulu masa di sekolah ramailah pelajar perempuan yang suka kat dia,tapi dia hanya buat tak peduli je semua tu,yang dia tahu melekat kat Naura je 24 jam.

"Tak bestlah sembang dalam phone,kalau ada masa nanti kita lepak lagipun sekarang ni aku pun ada kat kampung balik cuti,kau lama ke kat sini".

"Ok boleh juga lama tak lepak degan kau kat tempat yg kita selalu lepak dulu masa sekolah,aku mungkin lama sikit kot dekat sini sementara nak dapat kerja".

"Ok cantik la tu apa-apa nanti aku roger kau k assalamualaikum.

"Ok walaikumsalam.Naura mematikan talian" .

Naura tersenyum sendiri apabila mengingati Faiq,dia tak sabar untuk bertemu dengan sahabat rapatnya,setelah sekian lama mereka tidak berjumpa.

Terima kasih pada yang sudi baca😁😍

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now