🍀BAB 9

13.2K 512 28
                                    

Pada petang itu,Naura ingin membawa si kembar pergi ke kedai untuk tunaikan janjinya.

"Kak, adik bawa kembar pergi kedai dekat sini kejap ehh!" Naura meminta izin pada Medina yang sedang menjemur kain di belakang rumah.

"Ok, hati-hati ya adik naik apa?" Tanya Medina.

"Adik jalan kaki kedainya dekat sini je." Jawab Naura.

"Kalau si kembar tu nakal cubit je diaorang,  kakak bagi izin."

"Ok bos." Naura buat gaya tabik dekat Medina sambil menghentakkan kakinya gaya askar yang terima misi untuk berperang, padahal nak pergi kedai je pun. Medina ketawa kecil melihat adik nakalnya seorang ni.

"Aim..abil..!!  Naura melaung memangil si kembar di dalam rumah.

Si kembar yang sedang asyik bermain di ruang tamu terus berlari ke arah Naura.

Abangnya pula tiada kerana membantu ayahnya di kebun.

"Nak ikut achu pergi kedai tak?" Tanya Naura.

"Nak!!" Jawab si kembar serentak.

"Ok jom." Ajak Naura terus dia memegang tangan si kembar.

Ketika hendak turun ke bawah, Naura ternampak uminya sedang rancak bersembang dengan seorang lelaki di pangkin luar rumah.

Lelaki itu membelakanginya kerana dia menghadap uminya. Jadi dia tidak kenal siapa lelaki itu.

'Siapa lelaki yang bersembang dengan umi tu, rancak je macam dah lama kenal.' Desis hatinya.

Uminya nampak Naura hendak turun ke bawah dengan membawa si kembar sekali menegurnya.

"Ha! adik nak pergi mana tu?" Tanya uminya,Lelaki yang menghadap uminya tadi menoleh ke belakang memandang Naura.

Pandanganya tajam memandang lelaki itu sambil buat muka menyampah.

'Dia lagi, dia lagi.' Bebelnya dalam hati.

Siapa lagi yang Naura nampak kalau bukan pakcik mulut cili rumah sebelah. Mesra je dia bersemabang dengan umi Naura ada apa-apa ke?

'Apasalah penampilan pakcik ni smart sangat ha!! boleh cair aku dibuatnya. Ish! behave Naura kau jangan macam-macam.' Omel Naura dalam hati. Dia terpengun melihat penampilan Ariff yang sentiasa segak, pakai apa pun nampak handsome.

Cepat-cepat Naura menyedarkan dirinya daripada terus hanyut memandang lelaki tersebut.

Ariff mengenakan tshirt putih kosong pendek dan sweatpants. Memang smart, menepati ciri-ciri lelaki idaman Naura Afiya cuma mulut pakcik tu je membuatkan Naura tak berapa nak suka.

"Pergi kedai umi, bawak kembar nak beli coklat." Naura menjawab,dia sangat tak selesa dengan pandangan Ariff yang sedari tadi asyik memandang,tahulah dia cantik.

Nabil menegur Ariff ramah apabila melihatnya.

"Eh uncle handsome pun ada." Dia terus meluru ke arah Ariff.

Neneknya pula menggeleng kepala melihat telatah cucunya yang seorang ini.

"Uncle jom lah ikut kita pergi kedai kalau uncle ada takdelah orang jahat nak kacau kita." Petah Nabil bercakap sambil menarik tangan Ariff supaya ikut bersamanya.

"Abil-Abil." Neneknya tersenyum melihat kepetahan cucunya bercakap.

"Tak payahlah Abil lagipun kedai dekat jer." Naura bersuara kalau boleh dia taknak Ariff ikut sekali, nanti ada je nak cari pasal dengan dia.

'Ish! Abil ni sibuk je nak ajak pakcik tu buat semak je.' Bentaknya dalam hati.

"Ha! betul juga tu pandai cucu nenek." Neneknya mengusap kepala cucunya lembut.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now