PELANGI AKAN DATANG SELEPAS HUJAN JADI BERSABARALAH
BAHAGIA AKAN DATANG SELEPAS DUGAAN...Sebulan telah berlalu sejak kejadian itu berlaku dan peristiwa itu menjadikan Naura orang yang lebih kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup yang diberikan oleh sang pencipta.
Kubur yang masih merah dipandang sayu,tentang apa yang telah berlaku dia jadikan ia sebagai pengajaran.
Naura bersama abangnya Naufal begitu juga Faiq dan Qaira duduk mengelilingi kubur untuk sedekahkan surah yasin kepada mereka yang telah pergi menghadap ilahi.
Setelah habis membaca yasin,tanpa dia dia sedari airmatanya jatuh mengalir di pipi,lalu lembut satu tangan mengusap belakangnya perlahan untuk menenangkanya.
Naura tersenyum memandang wajah Ariff di sebelahnya yang sedang memandangnya dengan penuh perhatian,dia bersyukur kerana dapat lagi melihat wajah suaminya yang tenang setelah dia fikir bahawa dia tidak berpeluang untuk melihat suaminya di depan matanya lagi.
Ariff Hakim berjaya bertarung nyawa demi orang yang tercinta,dan sekarang dia sentiasa ada di sisi Naura dan menjaganya dengan penuh kasih.
Masih jelas di ingatan Naura semasa Ariff dikhabarkan hanya ada peluang tipis untuk selamat walaupun peluru berjaya dikeluarkan dari badanya. kerana peluru yang ada dalam badanya menebusi dada,doktor memberitahu bahawa Ariff kehilangan banyak darah dan kedaanya sangat kritikal ketika itu.
"Saya harap keluarga encik Ariff banyak bersabar dan banyak berdoa untuk kesembuhan dia".Kata doktor yang merawat Ariff.
Naura memandang sayu Ariff yang terbaring lemah di atas katil ,dia hanya bertahan dengan alat bantuan pernafasan saat itu.
Naura hampir berputus asa tapi dia yakin Allah akan kembalikan semula Ariff kepadanya,dia hanya mampu berdoa buat kesembuhan suaminya.
Keluarga Naura begitu juga Faiq dan Qaira mengelilingi kawasan katil Ariff untuk membaca yasin,setelah itu mereka membuat solat hajat dengan diimakan abi Naura dan berdoa buat Ariff ,mereka menadah tangan dengan linagan airmata di pipi ,memohon kepada yang esa dengan penuh rasa rendah diri,semoga tuhan memberikan kesembuhan buat Ariff itulah doa yang tak henti diucapkan dari mulut mereka dengan hati yang ikhlas.
Dengan berkat doa dari keluarga dan sahabat handai,Ariff berjaya melepasi tahap kritikal orang pertama yang paling gembira adalah isterinya.
Naura berlari ke arah Ariff dan memeluknya erat saat Ariff telah sedar dari koma.
Ariff membalas pelukan isterinya sungguh dia sangat merindui isterinya yang tercinta dia bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik seperti ibubapa Naura yang melayanya seperti anak sendiri,dan juga sahabat yang sentiasa ada buatnya seperti Qaira dan Faiq.
Mereka semua yang ada di situ berkali mengucapkan kata syukur kepada yang maha esa kerana telah makbulkan doa mereka.
Naura tersedar dari mengingati saat itu,kerana terdengar lembut suara Ariff memanggilnya dan menepuk bahunya perlahan.
Ariff memberi air mawar kepada Naura dan Naura menjirus air mawar tersebut perlahan di atas kubur Syafiq kemudian dia beralih ke kubur Syafiqah.
Syafiq mengalami tekanan setelah kakaknya meninggal,dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan kakaknya.
Syafiq juga disahkan mempunyai penyakit mental menyebabkan dia bertindak melulu.
Naura selalu berdoa supaya Syafiq ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dapat berjumpa dengan kakaknya apabila dia berada di sana nanti.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...