🍀BAB 36

9.8K 297 0
                                    

Qaira terjaga setelah mendengar sayu suara orang memangilnya,perlahan dia membuka matanya,dia terkejut apabila Naura berada di hadapanya.

"Naura macamana you ada kat sini?".Qaira bertanya hairan.

"saya dah seminggu lebih kat sini Qaira,orang yang sama dah culik kita".

"haa!..siapa dia sebenarnya".Terkejut Qaira dibuatnya.

"saya tak tahu,dia nak balas dendam kat Ariff tapi saya tak tahu sebab apa".Naura menahan sebak.

"you sabar ok,I yakin kita akan selamat dan Ariff pun akan selamat juga,Ariff rindu sangat kat you Naura".Qaira memberitahu Naura.

"saya pun rindu sangat kat dia".Naura menahan sebak lalu Qaira menghampiri Naura dan memeluknya erat.

"You jangan risau dan takut k,I ada sini teman you".Qaira menepuk belakang Naura perlahan.

Sedikit sebanyak Naura merasa lega dengan kata-kata Qaira.

Mereka terdengar bunyi pintu dibuka dari luar.

Masuk seorang pengawal lelaki yang berbadan besar membawa Faiq yang diikat kaki dan tangan ke dalam bilik dimana Qaira dan Naura ditempatkan.

Qaira dan Naura menoleh ke arah pintu tersebut,dan mereka terkejut apabila Faiq dicampakkan DI hadapan mereka,dan pengawal tadi pun terus melangkah berlalu dari situ.

Qaira terus menghampiri Faiq yang lemah akibat dipukul teruk,dia menahan sebak melihat keadaan Faiq.

"awak ok tak?".Faiq bertanya kepada qaira dalam nada yang lemah.

"I ok you yang tak ok".Qaira sudah menangis di hadapan Faiq,Faiq mengelap airmata yang jatuh di pipi Qaira,Naura hanya diam memandang Qaira dan Faiq.Rindunya pada Ariff tiada penghujung dia sangat merindui suaminya dan berharap semuanya akan kembali pulih seperti biasa.

"Afiya kau ok ke?".Faiq bertanya Naura yang tidak jauh berada dari situ.

"aku ok".Naura mengganguk lemah.

"Afiya lelaki bertopeng tu nak bunuh Ariff,aku dengar dia bercakap dengan ariff di telefon".Faiq mendengar semua perbualan antara Ariff dan lelaki bertopeng tadi.

"dia memang berdendam dengan Ariff,aku tak tahu nak buat apa,aku risau kalau betul dia buat apa yang kau cakapkan".Naura sudah menitiskan airmatanya setelah ditahan.

"kau jangan risau,aku yakin semuanya akan selamat,lagipun kita tak boleh keluar dari sini sebab mereka semua bersenjata".Faiq cuba menenangkan Naura.
Qaira menghampiri Naura dan memeluk bahunya erat.

Ariff dibawa ke suatu tempat dimana isterinya,Faiq dan Qaira ditempatkan,tanganya diikat mulutnya dan matanya pula ditutup sampai di bilik tersebut matanya dibuka dan dia melihat isterinya,Qaira dan juga Faiq diikat kaki mulut dan mata mereka juga ditutup,Ariff cuba pergi ke arah Naura tetapi dihalang oleh pengawal lelaki yang berbadan besar mungkin merupakan orang suruhan lelaki yang berdendam denganya.

"selamat datang Ariff Hakim".Lelaki bertopeng tadi masuk sambil menepuk tanganya kuat.Faiq,Qaira dan Naura hanya mendengar tanpa mampu membuat apa-apa.

Ariff memandang lelaki bertopeng itu tajam,kemudian mulutnya dibuka terus dia menjerit memanggil isterinya.Naura amat mengenali suara itu dan hanya mampu membalas dengan gerakan.Setiap dari mereka ada seorang pengawal berbadan besar yang memegang mereka,jadi susah untuk mereka bergerak.

"kau ni siapa?,kau nak apa sebenarnya".Ariff bertanya.

"sebelum aku cakap sebab apa aku buat semua ni,aku bagi kau jumpa isteri kau dulu nanti takdelah kau terkilan tak jumpa dia buat kali terakhir kan?".Lelaki itu berkata dengan sinis.

Mata, mulut dan ikatan tangan naura dibuka,tapi Ariff tanganya masih diikat,Naura terus berlari ke arah Ariff dan memeluknya erat.

"abang honey rindu sangat kat abang".Naura menangis teresak-esak dan masih memeluk suaminya erat.

"abang pun rindu honey sangat,abang bersyukur sangat honey selamat".Ariff mencium dahi Naura lama,sungguh dia sangat merindui isterinya kerana sudah lama mereka tidak berjumpa.

"abang honey takut".Naura memegang lengan Ariff erat.

"honey jangan takut,abang ada semuanya akan selesai nanti".Ariff cuba menenangkan Naura.

"dah-dah korang tak payah nak buat drama kat sini meluat aku tengok".Lelaki bertopeng tadi bersuara.

"dah kau bawak balik dia ke sana".Lelaki bertopeng itu menyuruh pengawalnya bawa Naura ke tempatnya semula.

Naura memegang lengan Ariff erat seperti tak nak lepas.Pengawal tadi pula serba salah dia hanya mengikut arahan tuanya.

"hei! baik kau lepas tangan suami kau,kalau kau tak lepas aku bunuh kau sekarang".Ugut lelaki bertopeng itu.

"Honey lepaskan tangan abang,abang tak nak dia buat apa-apa kat honey please sayang".Ariff memujuk Naura kalau boleh dia pun tak nak jauh dari Naura lagi,tapi dia terpaksa lagipun tanganya diikat tak mampu untuk dia berbuat apa-apa.

Naura akur dan melepaskan tangan Ariff walaupun hatinya berat,dia dibawa ke tempatnya semula dan tanganya diikat semula.

Mata dan mulut Faiq dan juga Qaira dibuka,mereka hanya mampu memandang Ariff tanpa membuat suatu yang diluar jangka.Ariff membalas dengan pandangan yang redup.

"ok semua dah ada kat sini,aku akan buka topeng aku lepastu baru aku cakap sebab apa aku buat semua ni".Kata lelaki bertopeng itu dengan sinis.

Lelaki itu membuka topengnya membuatkan Faiq dan Qaira terkejut kerana dia adalah lelaki yang selalu mengikuti Qaira sehingga dia ingin membuat perkara yang buruk terhadapnya, tetapi diselamatkan oleh Faiq dan itulah pertemuan pertama mereka sehingga mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

MASA LALU ADALAH SEBAGAI PELAJARAN
MASA DEPAN ADALAH MIMPI
SAAT INI ADALAH APA YANG KITA MILIKI.

THANKS PADA YANG SUDI BACA😊

MWPH DAH NAK SAMPAI PENGHUJUNG TINGGAL BEBERAPA BAB JE LAGI.

JANGAN LUPA VOTES AND COMMENT OK😍😍

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now