🍀BAB 25

10.4K 316 1
                                    


Jangan pernah lihat ke belakang, mengenang hari kemarin, tersenyumlah untuk masa depan, esok adalah hari baru." - Zayn Malik

Masa berlalu dengan begitu cepat, sudah sebulan mama dan abah Ariff pergi menghadap ilahi.Ariff meneruskan kehidupanya seperti biasa,setiap hari dia lalui harinya semakin bahagia bersama isterinya yang tercinta.

Ariff memandang lama wajah polos isterinya yang sedang lena tidur,dia meneliti setiap inci wajah comel milik Naura.lalu bibirnya mencium kedua kening dan mata isterinya menyebabkan Naura terjaga dari tidurnya.

"Assalamualaikum my honey." Ariff tersenyum manis memandang Naura.

"Walaikumsalam." Naura yang masih dalam keadaan mamai menjawab sambil meneyeh matanya.

"bangun jom, kita solat jemaah".Ariff tidak lekang matanya dari memandang Naura.

"abang buat apa tadi, honey rasa macam ada benda melekat dekat kening dengan mata honey".Naura berkata dalam mamai.

Ariff tersenyum mendengar suara Naura bertanya, seperti budak kecik comel sangat.

"ni yang melekat kat kening dengan mata honey tadi".Ariff menunjukkan bibirnya.

"eei! ami ni pagi-pagi dah gatal kan?".Naura memandang Ariff geram padahal dia rasa nak melompat-lompat atas katil dengan adegan romantik Ariff macam dalam drama korea,sawitt sangatt..

"bukan ada sesiapa pun kita berdua je".Ariff mula mengusik Naura dan ingin mendekatkan bibirnya ke bibir Naura tapi Naura menolak badan Ariff jauh darinya.

"pergilah mandi nanti habis waktu".Naura buat gaya menghalau kepada Ariff.

"yelah abang nak pergilah ni" .Ariff melangkah turun dari katil.

dia sempat mencium bibir Naura sekilas sebelum pergi ke bilik air untuk mandi.

"abang...".Naura memegang bibirnya ,Ariff pula terus menghilang dalam bilik air.Perlahan bibirnya mengukir senyum.

Ariff sudah bersiap-siap hendak pergi ke kerja,Naura pula sibuk menyiapkan sarapan untuk si suami.

Dia menghidu sesuatu yang enak bila dia melangkah ke dapur rupanya si isteri sedang menggoreng sesuatu,perlahan Ariff menghampiri Naura yang leka memasak dan memeluk pinggangnya erat.

"masak apa tu".Ariff menompang dagu di bahu Naura.

Naura menggeleng melihat Ariff di belakangnya kalau tak manja dulu sebelum pergi kerja tak sah.

"nasi goreng".Naura menjawab. Setelah selesai masak dia menutup api dan ingin mengambil mangkuk untuk mengisi nasi goreng tapi pergerakanya terbatas dengan pelukan Ariff.

"abang,lepas tangan boleh?honey nak ambil mangkuk ni nasi goreng dah siap".

"taknak".Ariff bersuara manja, dia sengaja mengusik Naura dengan mengeratkan lagi pelukanya setelah beberapa minit baru dia lepaskan,barulah boleh dia bergerak bebas.

Di meja makan Naura menguis-guis nasi di dalam pingganya,Ariff yang perasan sedari tadi menegurnya.

"honey kenapa tak makan nasi tu,honey ada nak cakap apa-apa kat abang ke?".

Naura mendongak memandang Ariff,sebenarnya dia nak minta izin Ariff untuk bekerja,sebab dia bosan duduk di rumah,buat apalah dia belajar jauh-jauh kalau dia tak pakai pengalaman yang dia dah belajar.

Naura takut Ariff tak izinkan,pernah sekali dia minta,tapi Ariff tak mengizinkanya untuk bekerja. Dia menyuruh Naura menjaganya di rumah sahaja,tapi dia nak cuba juga untuk minta kali ke dua manalah tahu mungkin lembut hati Ariff izinkan.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now