Ariff terus duduk di atas sofa di ruang tamu setelah balik dari kerja,dia lihat jam dinding tepat menujukkan pukul 12 malam.Dia ada menghubungi Naura petang tadi supaya tidak menuggunya mungkin dia akan balik lewat kerana banyak kerja yang harus diselesaikan.
Ariff memicit kepalanya perlahan,kepalanya terasa berat kerana banyak perkara yang harus dipikirkan,masalah kerja lepastu tambah lagi satu masalah ,Qaira yang tak habis-habis menggangunya bertambah pening kepala dibuatnya.
Dia menyandarkan kepalanya di sofa sambil memejamkan mata,tiba-tiba dia terasa lehernya dirangkul dari belakang,Ariff tersenyum,kerana tahu isterinya yang comel ni sedang memeluknya.
"honey kenapa tak tidur lagi ni dah lewat kan".Ariff membuka mata dan mendongak memandang Naura sambil mengusap kepala isterinya perlahan.
"tak boleh tidur, sebab abang takde kat sebelah".Naura merenggek manja dan menguatkan lagi pelukanya terhadap Ariff.
Naura cuba memenjamkan matanya,tapi tak boleh dia lihat jam hampir menujukkan pukul 12, hatinya mula rasa tak sedap kerana Arif tak balik lagi,berapa minit kemudian dia mendengar pintu dibuka dari luar, mungkin Ariff sudah balik terus dia bangun mendapatkan suaminya.
"rindu abang erk".Naura hanya mengangguk mengiyakan.
"sini honey".Ariff menepuk sofa mengisyaratkan supaya Naura duduk di sebelahnya.
Ariff memandang Naura lama,dia rasa semua masalahnya hilang bila dia memandang wajah tulus isterinya.
"kenapa abang pandang honey macam tu".Hati naura berdebar dengan pandangan ariff.
"saje suka tengok muka honey".Ariff membelai rambut isterinya perlahan, lalu dia menghampiri Naura dan mencium dahinya.Sungguh dia merasa sangat tenang.
"abang nak makan apa-apa? kalau nak honey siapkan".
"takpe abang dah makan tadi".Ariff merebahkan kepalanya di atas riba Naura lalu mengambil tangan Naura dan memeluknya erat.
Naura hanya tersenyum melihat suaminya dan membiarkanya. Dia tahu Ariff terlalu penat sampai tiada masa untuk berehat.
"abang tidur sini sekejap boleh?".
"boleh, abang tidurlah".Naura mengusap kepala Ariff perlahan terus dia lena di riba isterinya.
Naura siap awal pada pagi itu kerana excited hari pertama nak bekerjalah katakan,tempat suami sendiri pulak tu.Setelah bersiap Naura menuggu Ariff di sofa ruang tamu.Sebelum keluar tadi Naura sempat menyiapkan kelengkapan pakaian suaminya.
Setelah beberapa minit Ariff pun keluar dari biliknya lengkap berpakaian dengan baju kemeja warna biru cair dan seluar slack warna hitam.
"honey,abang dah siap ni jom kita pergi".Ariff nak bertolak awal kerana mereka nak singgah kedai makan dulu untuk sarapan.
"jom".Naura bangun dari sofa dan menghampiri Ariff,dia terpengun seketika memandang kecantikan isterinya.Naura berpakaian kemeja bewarna biru cair serupa denganya,tudung shawl warna biru pekat yang dililit simple dan blouse bewarna hitam,nampak cantik sangat di mata Ariff.
"abang...".Naura memanggil Ariff sambil melambaikan tanganya di hadapan Ariff ,terus dia tersedar dari lamunan.
"abang kenapa? ok tak?".Naura bertanya.
"honey cantik sangat ".Ariff tersenyum melihat Naura.
"ala abang.. ni janganlah puji lebih-lebih malulah".Naura menekup mulutnya.
Ariff menggeleng melihat telatah isterinya lalu mencubit hidung naura perlahan.
Sampai di pejabat Ariff menggenalkan Naura kepada semua stafnya,mereka semua menegur dan tersenyum manis kepadanya dan dia pun membalas senyuman mereka.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...