🍀BAB 4

15.2K 562 10
                                    

"Assalamualaikum dan selamat pagi achu."  Nabil dan Naim berdiri di depan Naura sambil mengukir senyuman paling manis terhadap ibu saudara kesayangan mereka.

Pagi-pagi lagi anak saudara kembar Naura sudah masuk di biliknya, untuk mengejutnya bangun. Selepas solat subuh tadi Naura terlelap semula kerana terlalu letih.

"Walaikumsalam." Naura bangun sambil menggeliat, senyuman terukir di bibirnya apabila melihat wajah comel anak saudar kembarnya yang menghiasi pagi harinya.


"Hi buchuk achu meh sini." Naura sudah mendepakan tanganya supaya si kembar memeluknya.

"Tak naklah peluk achu busuk tak mandi, kita dah mandi kan Aim".

"Aah nanti habis badan kita busuk". Naim mencelah, Nabil terus menjauhkan diri dari Naura sambil menutup hidungnya lalu dia menarik tangan Naim sekali ikut denganya.

"Mana ada! uchu dah mandi tau masa subuh tadi dah solat pun cuma uchu terlelap je tadi." Naura menjawab, dia acah-acah seperti mahu memeluk si kembar. Apalagi mereka pun berlari ke depan menuju ibu dan ayahnya yang berada di dapur. 


Ayahnya sedang membaca surat khabar di kaunter dapur, ibunya pula sedang menyiapkan sarapan pagi buat mereka sekeluarga.

"Ayah ada raksasa kejar!"  Kata Nabil dan Naim serentak, Nabil terus naik ke kaunter dapur dan memeluk  leher ayahnya erat, manakala Naim pula memeluk kaki ibunya yang tengah memasak.

Sampai saja di dapur Naura terus menangkap Naim kerana dia berada dibawah dan terus mendukungnya.

Lalu, dia pergi ke kaunter dapur dan duduk di sebelah abangnya. Nabil menjelirkan lidahnya ke arah Naura, gembira kerana tidak dapat menangkapnya.

"Oh jelir lidah ya, pandai cakap orang busuk. Ni achu dukung Aim elok je Aim tak tutup hidung pun uchu busuk ke aim"? Tanya Naura.

"Eeeii! busuk duduk kat sebelah orang." Abangnya mula mengusik Naura sambil menutup hidungnya.

Naura memukul lembut lengan abangnya. "Orang dah mandi tau."

"Achu tak busuklah Abil, dia wangi kita je yang salah anggap." Petah Naim menjawab.


"Good boy,macamnilah baru anak saudara kesayangan achu." Naura mengusap lembut kepala Aim. Membuatkan Aim tersenyum riang.

"Nanti uchu belanja Aim cokelat tau. Kita pergi kedai dua orang je tak payah ajak Abil." Naura bisik perlahan  di telinga Naim.

Bisikan Naura terhadap Naim masih boleh didengari oleh Nabil.

"Abil nak ikut nak beli cokelat juga." Abil melepaskan tanganya dari memeluk ayahnya, dia pergi ke arah Naura dan membuat muka comel simpati supaya Naura membawanya ke kedai.

"Tulah Abil cakap lagi uchu busuk kan tak dapat pergi kedai." Ibunya datang dari dapur membawa makanan dan letak di atas meja makan yang terletak bersebelahan kaunter dapur.

Sedari tadi dia mendengar keletah lucu anak-anaknya, Naura pula rajin melayan membuatkan bibirnya mengukir senyum.

"Ok achu bawak, tapi jangan nakal-nakal boleh? Naura mengusap kepala Abil.

"Ok mekacih uchu."  Nabil hadiakan satu ciuman di pipi Naura. Naura pula mencubit pipi anak saudaranya yang nakal itu.

Ibu dan ayahnya tersenyum melihat telatah anaknya yang seorang ini.

"Ok dah sesi bersembang dah habis jom kita makan, nanti sejuk pula makanan ni."  Medina memangil mereka semua sarapan pagi.

Selepas habis makan, Naufal terus pergi ke kerja untuk selesaikan sedikit urusan.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now