Ariff sudah sampai di Johor kerana dia bertolak awal dari KL.Sedang dalam perjalanan untuk balik ke rumah,dia ternampak seorang lelaki sedang merompak seorang wanita bersama dengan anaknya di tepi jalan, wanita tersebut membawa kereta myvi.
Memang selalu berlaku rompakan kerana jalan di situ sangat sunyi, dan jarang orang lalu.
Ariff memberhentikan keretanya di tepi,jauh sikit daripada tempat kejadian, lalu dia mengambil hadphonenya dan mendail nombor polis untuk keselamatan.
Ariff keluar dari kereta untuk membantu wanita tersebut.
"woi korang buat apa ha!!!".Ariff menjerit ke arah perompak yang sedang mengacu pisau ke leher perempuan tersebut,anaknya pula sudah menangis teresak-esak melihat ibunya diacu pisau.
Ariff menendang tangan perompak tersebut dan dia pun terjatuh dan pisaunya terlepas daripada tanganya,cepat-cepat dia menyuruh dua beranak itu duduk di dalam kereta sehingga polis datang.
Mereka bergelut seketika perompak itu pun boleh tahan kuatnya, dia sempat menendang perut dan muka Ariff tersungkur jugalah di ke tanah.
Tiba-tiba datang lagi seorang dari belakang dan memukul lengan Ariff dengan kayu yang diambil di tepi hutan, mungkin dia pergi menunaikan hajat di dalam hutan kerana dia tiada di situ bila Ariff tiba.
Ariff mengerang kesakitan hampir patah lenganya dipukul perompak itu, lagi sekali perompak tadi ingin menghayunkan kayu ke arah Ariff ,tiba-tiba mereka terdengar siren polis apalagi kelam kabutlah mereka ingin melarikan,tapi sempat ditangkap oleh polis yang sudah mengepung di kiri,kanan,belakang dan hadapan mereka.
Ariff dikejarkan ke hospital berdekatan kerana pengsan setelah dipukul oleh perompak tadi,ibu dan anak tadi juga selamat.
Naura sedang menjahit sapu tangan dengan nama Ariff'pakcik balik nanti boleh aku bagi sapu tangan ni mesti dia suka'.Desisnya dalam hati.
Sedang Naura menjahit,tanganya dicucuk jarum"ouch".Dia menjerit kecil dia mula terasa tak sedap hati.
"Apasal aku rasa lain macam je ni",omelnya sendiri.Lalu,dia mengambil handphonenya.
"rasanya pakcik call aku tadi dah sampai dalam kul 7 lebih sekarang ni dah nak pukul 10,takkan tak sampai lagi".Hatinya mula risau.
Naura mula berfikir yg bukan-bukan dia takut sesuatu terjadi kepada Ariff,tiba-tiba iphonenya berbunyi tertera nama Ariff ,naura menarik nafas lega 'panjang umur'.Desis hatinya terus dia mengangkat panggilan tersebut.
Naura:"Hello assalammualaikum pakcik dah sampai ke?".
Ariff(pihak hospital):"Walaikumsalam ni cik Naura ke?"
Naura:"Ya saya,ni siapa?"
Ariff(pihak hospital):"Maaf cik kami dari Hospital Batu Pahat kami nak memaklumkan bahawa Encik Ariff kemalangan,dan sekarang dia ada dirawat di pusat kecemasan, kami harap cik boleh ke sini untuk melihat keadaan mangsa.
Terjatuh handphone dari tanganya ,menggeletar tubuhnya menahan tangis apabila mendengar berita tersebut'pakcik'...Omelnya perlahan,akhirnya tangisan terhambur jua.
Naura bersiap untuk pergi ke hospital,dia tidak sempat nak beritahu umi dan abinya kerana mereka tiada di rumah menghadiri majlis tahlil jiran terdekat bersama dengan mama dan abah Ariff .
Naura memecut keretanya laju dia sangat takut kalau terjadi apa-apa kepada Ariff,kerana dia mula menyukai lelaki itu.
Sampai je di hospital Naura terus pergi ke kaunter pertanyaan di wad kecemasan untuk bertanya di mana Ariff berada.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...