Ariff sudah bersiap-siap hendak pergi ke kerja,harini dia kena bertolak awal kerana ada meeting yang perlu dia hadir.
"Abang pergi dulu ya,kalau ada apa-apa honey call abang k".Ariff memandang Naura yang sedari tadi asyik termenung memandangnya
NAURA POV
Aku termenung memandang wajah suamiku sayu,aku tak boleh hidup tanpanya kerana aku terlalu sayangkan dia,kata-kata lelaki misteri semalam masih tergiang-giang di telinga ku yang menyuruh aku meninggalkan suamiku tanpa sebab.
end pov"honey,honey...".Ariff memangilnya sambil menepuk bahu Naura perlahan,dan dia pun tersedar dari lamunanya.
"tak puas lagi ke?tengok muka abang ni".Ariff bergurau,Naura hanya tersenyum tawar.
Ariff mengambil kedua tangan Naura dan memegangnya erat.
"honey ok tak ni,sehari dua ni abang tengok honey macam ada masalah je cuba cerita kat abang."
"takde apa lah abang,mungkin honey tak berapa sihat lagi sebab tu cepat letih".Naura cuba mengusir kerisauan di hati suaminya,walaupun dia rasa tidak sedap hati.
"Betul ni".Ariff bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Betul,honey tak tipu".Naura mengiyakan.'maafkan honey abang'.Desisnya dalam hati.
Naura menyalami tangan Ariff dan seperti biasa Ariff akan membalas dengan mencium dahinya.
Tanpa berkata apa-apa dengan spontan bibirnya mendarat di bibir Naura sekejap,naura terkejut dengan tindakan Ariff dan memegang bibirnya setelah Ariff menjarakanya.
Ariff tersenyum dan terus keluar dari rumah untuk pergi ke kerja,Naura hanya menghantar pandangan sehingga kelibat suaminya hilang dari pandangan.
Macam-macam perkara yang ada dalam pemikiranya, dia takut hubunganya dengan Ariff akan goyah disebabkan dendam yang disimpan seseorang.
Sampai di tempat parking kereta,Ariff terus keluar dari kereta dengan tergesa-gesa kerana dah lambat untuk dia menghadiri meeting bersama dengan pekerjanya hari ini.
Dari jauh sepasang mata sedang memerhatinya ,Syafiq menghantar pandangan ke arah Ariff sehingga dia masuk ke dalam lif,kemudian dia menghampiri kereta Ariff dan perlahan membuka kunci kereta Ariff dengan menggunakan alat khas.
Sementara itu dia melihat sekeliling untuk memastikan tiada orang yang lalu di situ.
Syafiq membuka bonet depan kereta dan memutuskan tali brek "inilah akibatnya kalau tak buat apa yang aku suruh".Omelnya sendiri senyuman sinis terukir di bibirnya .
Setelah semuanya selesai dia terus berlalu dari situ, dengan hati yang puas dan gembira.
Ariff memecut laju keretanya setelah keluar dari kawasan parking,dia rasa tidak sedap hati selepas menerima panggilan seseorang yang tidak dikenali menggugut Ariff bahawa dia ingin sakiti naura.
Ariff pov
Setelah habis meeting,aku terus masuk ke bilik dan dan duduk di kerusi sambil menyandarkan kepala ku,letih kerana banyak hal berkaitan kerja perlu diselesaikan,aku mengambil telefon di dalam poketku untuk menghubungi isteriku,kerana tadi aku tidak sempat menghubunginya,belum sempat aku nak membuat panggilan, iphone ku berbunyi tertera nombor yang tidak dikenali.
Aku pun mengangkat panggilan tersebut walaupun hati terasa berat untuk menjawab.
SYAFIQ:"Hello apa khabar Ariff Hakim".
ARIFF:"Kau siapa,macamana kau tahu nama aku".Tanyaku hairan.
SYAFIQ:"Aku musuh ketat yang nak hancurkan rumah tangga kau".
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...