🍀BAB 23

10.6K 367 1
                                    

Naura sayu melihat suaminya terbaring lemah di katil hospital.Setelah selesai operasi Ariff masih tidak sedarkan diri,Naura menunggu suaminya sedar dengan sabar.

Nyarislah Ariff sempat dibawa ke hospital jika tidak nyawanya mungkin dalam bahaya,nasib baiklah tikaman di perut Ariff tidak begitu dalam.Naura tidak memberitahu keluarganya di Malaysia kerana takut diaorang akan risau.Naura pilih hanya untuk berdiam sahaja.

Naura memegang tangan Ariff erat.Dia berharap Ariff cepat sedar kerana dia amat merindui suaminya.

"abang cepat bangun,honey rindu abang sangat".Naura mencium tangan Ariff,airmatanya mula mengalir sehingga terjatuh di tangan suaminya membuatkan dia terus tersedar.

"honey...".Ariff memanggil Naura lemah dan mengusap perlahan kepalanya.
Naura terus mengangkat kepalanya mendengar suara Ariff.

"abang dah sedar".Naura terus memeluk Ariff erat betapa gembiranya dia mendengar suara Ariff memangilnya.

"aduhh!!,janganlah peluk abang kuat sangat boleh terburai tau perut abang ni".Ariff bersuara lemah sambil tersenyum.

"eei! dah sakit pun nak buat lawak lagi kan?".Naura buat muka muncung,Ariff mencuit hidung Naura dan perlahan dia mengukir senyum.

"sorry".Ariff memandang muka Naura yang lemah kerana terlalu risau akan dirinya.

"untuk apa".Naura bertanya.

"sebab buat honey risau kat abang".

"takpe,bukan salah abang pun,abang dah sedar pun honey cukup gembira".Naura menangis kegembiraan ,lalu lembut tangan Ariff mengelap airmata di pipi isterinya.

"jangan menangis lagi ya,hati abang sakit sangat bila tengok honey menangis".

"tak ,honey janji tak menangis dah".Naura memegang tangan Ariff di pipinya.

Setelah makan dan makan ubat Ariff tidur semula kerana kesan dari ubat. Ariff dijangka boleh keluar dari wad besok.

Naura yang berada di tepi Ariff sudah tersenguk-senguk tidur akhirnya dia lena berbantalkan lengan Ariff.

Naura terjaga bila dia mendengar Ariff memangil mamanya,"ma..mama........"

Naura menepuk perlahan lengan Ariff dan dia pun tidur semula.'kesian ami mesti dia rindu sangat dengan mama'.Desis hatinya.Naura mengusap kepala Ariff perlahan dan mencium dahinya,kemudian Naura sambung tidur semula.

Naura mengemas barang Ariff untuk dibawa balik kerana hari ini Ariff sudah boleh keluar dari hospital,Ariff pula ke bilik air untuk menyalin baju.

Setelah selesai berkemas Naura membawa Ariff balik ke guesthouse,Naura mengajak Ariff untuk balik ke Malaysia hari ini kerana keadaan Ariff yang tak berapa sihat ,tapi Ariff tetap nak habiskan masa percutian mereka yang berbaki lagi sehari.

Mereka bersiap untuk pergi ke satu tempat,puas naura memujuk Ariff supaya rehat di guesthouse sahaja, kerana esok mereka nak berangkat balik ke Malaysia. Tapi Ariff tetap dengan keputusanya untuk membawa Naura jalan-jalan untuk menghabiskan masa.

"kita nak pergi mana ni abang".Naura bertanya setelah masuk ke dalam teksi.
"Olympic Park".Ariff menjawab
Naura hanya mengangguk mengiyakan.
"aktivit lasak yang abang idamkan tak dibenarkan ya".Naura tunjuk tanda tidak kepada Ariff.

Sebenarnya Ariff merancang nak pergi ke Cheongpung Land untuk aktiviti bungge jumping , kerana keadaan tidak mengizinkan dan mem besar dia pun beri amaran terpaksalah dia batalkan.

"ya puan Naura saya menurut perintah".Ariff membuat tabik dan menundukkan kepalanya.Naura tersenyum melihatnya.

Sampai di Olympic Park Ariff dan Naura jalan berpengangan tangan,sambil melihat pemandangan sekeliling.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now