Sampai di hospital Qaira dan Faiq menuggu Naura di sudut ruangan yang berdekatan di ruang icu.
Setelah nampak Naura menuju ke arah mereka,mereka terus menghampirinya.
Qaira memeluk Naura erat sambil menepuk belakangnya perlahan.
Faiq pulahanya tersenyum ke arah Naura.
"kitaorang baru je melawat Ariff tadi,dia masih lagi terbaring lemah"."ya,keadaan dia masih lagi tak berubah Faiq".Naura bersuara sayu.
"kau kena kuatkan hati".Faiq memberi semangat buat sahabat baiknya itu.
Naura hanya mengganguk lemah,Dia sedikit lega dengan kata-kata Faiq.
Qaira memandang sayu muka Naura yang lemah dan tidak bermaya.
"Naura you kena jaga kesihatan,kalau you sakit siapa yang nak jaga Ariff".Qaira menasihati Naura sebagai sahabat.
"betul tu Afiya,kau tak boleh lemah macam ni,Afiya yang aku kenal dulu tak pernah kenal erti putus asa.Aku akan sentiasa doakan kesembuhan buat Ariff,kau kena banyak bersabar ya".Kata-kata semangat sahaja yang Faiq mampu berikan buat sahabat baiknya,Naura.
"thanks sebab korang datang melawat Ariff dan bagi semangat untuk aku".Naura bersuara lemah.
"you jangan risau,kitaorang akan sentiasa ada untuk you,sebab kita kan bestie forever".Qaira memeluk bahu Naura erat sambil tersenyum.
Perlahan bibirnya mengukir senyuman,dia rasa bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti Qaira dan Faiq.
Setelah Qaira dan Faiq balik,Naura masuk ke dalam ruangan icu dimana Ariff ditempatkan.
Sayu pandangannya terhadap suaminya yang masih terbaring lemah dan tidak sedarkan diri.Dia sangat rindukan Ariff saat ini,dia hanya mampu berdoa sahaja buat kesembuhan suaminya.
Naura menghampiri Ariff dengan langkah yang berat,dia tidak tahu samada keputusan yang dibuat betul ataupun tidak,tapi dia tetap dengan keputusanya demi keselamatan suaminya.
Naura memegang tangan Ariff erat dan menciumnya lama."maafkan honey abang".Omelnya sendiri,airmatanya mula menitis di pipi.
Kemudian dia mencium dahi dan kedua belah pipi suaminya.Dia memeluk Ariff erat dan meletakkan kepalanya sekejap di dada Ariff buat kali terakhir.
"honey nak abang tahu yang honey sayang abang sangat-sangat".Omelnya sendiri sebelum melangkah pergi dari ruangan itu dengan hati yang berat.
Setelah keluar dari hospital,Naura pergi ke perhentian bas yang berdekatan untuk menaiki teksi,laluan di situ agak sunyi pada waktu malam,ketika Naura sedang menuggu,dia terasa dirinya ditarik dan mulutnya ditekup dengan kain sebelum dia pengsan dan tidak sedarkan diri.
Syafiq yang tidak berada jauh dari situ,mengikuti Naura dari rumah hingga ke hospital.Dia tunggu sehingga Naura keluar dari hospital.
Apabila dia melihat Naura di perhentian bas,tanpa tunggu lagi dia terus menangkapnya dan membawanya ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh orang lain.
Seminggu telah berlalu,Naura hilang entah kemana tanpa jejak,Ariff pula berjaya melepasi tahap kritikal tapi masih tidak sedarkan diri.
Ariff membuka matanya perlahan,orang pertama yang dia nampak depan matanya adalah Naufal yang tersenyum memandangnya.
Matanya melilau mencari kelibat isterinya kerana dia amat merindui untuk menatap wajah isterinya setelah seminggu dia tidak sedarkan diri,dalam tidurnya dia mimpikan mama dan abahnya yang menyuruh dia untuk mengikuti mereka,tiba-tiba Naura datang dan memangilnya pulang terus dia mengikuti langkah isterinya,tapi apabila dia tersedar bukan isterinya orang pertama yang dia lihat.
"alhamdulillah kau sedar Riff,semua orang tunggu kau sedar".Naufal memulakan bicara.
Ariff hanya senyum nipis.
"mana isteri aku fal".Perkataan pertama yang muncul di mulut Ariff.Naufal terdiam,dia tidak tahu macamana nak menjelaskan kehilangan Naura,dia sudah buat report polis untuk mencari adiknya tapi sampai sekarang Naura belum ditemui lagi.
Umi dan abinya adalah orang yang paling risau apabila Naura hilang tanpa jejak.
Naufal menarik nafas sebelum bicara,dia perlu beritahu perkara ini kepada Ariff walaupun berat.
"Riff sebenarnya Naura hilang seminggu lepas,aku dah buat report tapi sampai sekarang dia hilang tanpa jejak".
Terkejut Ariff mendengarnya mana tidaknya,dia sedar je dah dapat berita yang tidak sedap didengari.
Ariff mencabut wayar yang ada di tanganya dan ingin bangun dari katil tapi dihalang oleh Naufal.
"kau nak pergi mana Riff".kata Naufal cemas dengan tindakan Ariff.
"aku nak cari isteri aku fal,aku tak boleh duduk diam macamni".Ariff meronta-ronta untuk bangun tapi dipeluk erat oleh Naufal.
"kau kena relax dulu Riff,kau baru je sedar,keadaan kau pun tak mengizinkan lagi".Naufal cuba menenangkan Ariff.
Akhirnya Ariff terduduk lemah,dan airmatanya mengalir di pipi.Naufal menepuk belakang Ariff perlahan untuk menenangkanya.
"kau kena kuat Riff,kita kena banyak berdoa supaya Naura ditemui,aku dengan keluarga pun risau sangat dengan kehilangan dia".
"aku rindu sangat dengan dia fal".Ariff bercakap lemah.
"aku tahu,sekarang ni kau kena jaga kesihatan kau,sebab kau baru je sembuh,pasal Naura biar je pihak polis yang uruskan dulu".
Ariff mengganguk lemah,sukar untuk dia terima dengan berita kehilangan isterinya.
Naura membuka matanya perlahan,dia melihat sekelilingnya gelap hanya bertemankan lampu kecil yang membuatkan ruangan kecil itu sedikit terang.
dia cuba menginggati apa yang berlaku,rupanya dia pengsan kerana mulutnya ditekup oleh seorang lelaki,apabila dia buka je mata dia berada di sini.
"abang..honey rindu sangat dengan abang".Naura mengomel perlahan,sungguh dia perlukan Ariff saat ini kerana dia merasa amat takut,dia sendiri tak tahu dimana dia berada sekarang ini.
Tiba-tiba bunyi pintu dibuka dari luar,Naura berpura-pura tidak sedarkan diri,lelaki itu menghampiri Naura dan membangunkanya.
"kau tak payah nak pura-pura aku tahu kau dah sedar,kau bangun sekarang sebelum aku terkam kau!".Laung lelaki itu kuat ke arahnya.
Naura membuka matanya dan melihat lelaki yang berdiri di depanya ini, dengan muka ditutup dengan topeng dan diikuti dua lelaki yang berbadan besar di belakangnya,mungkin pengawal peribadinya.
"awak ni siapa?,kenapa awak bawak saya ke sini".Naura besuara dalam takut.
"aku musuh ketat suami kau,aku nak heret suami kau masuk perangkap aku".Lelaki itu ketawa dengan kuat.
Baru Naura teringat rupanya inilah lelaki yang menyuruhnya untuk meninggalkan Ariff.Semua janji yang dibuatnya untuk dia tidak menggangu Ariff semuanya adalah palsu.
"apa yang awak nak,awak tak puas lagi ke dengan apa yang awak dah buat kat Ariff".
"aku takkan puas selagi dia tak tengok orang yang dia sayang hapus depan mata dia".Lelaki itu mendekatkan mukanya ke arah Naura,dengan pantas dia menjarakkan mukanya dari lelaki tersebut.
"tolonglah jangan ganggu kami,saya merayu pada encik".Naura menitiskan airmata setelah lama ditahan.
"kau tak payah tunjuk airmata palsu kau tu kat aku,aku takkan rasa kasihan sedikit pun,kau jangan risau sikit lagi aku bawa kau teman takdelah kau sunyi sorang-sorang".
"encik nak bawa siapa?".Naura bertanya cemas.
"dah kau tak payah banyak tanya,ambil makanan ni kau makan nanti mati kelaparan pulak".Sebelum lelaki itu berlalu dari situ dia menyuruh orang suruhanya untuk menjaga Naura supaya dia tidak cuba untuk melarikan diri.
Thanks pada yang sudi baca
Jangan lupa comment and vote ok😍😘
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...