🍀BAB 5

14.3K 556 13
                                    

Setelah selesai urusan pejabat Ariff terus balik rumah. Ketika dia melangkah hendak pergi ke tempat letak kereta, dia ternampak satu susuk tubuh seseorang yang dia sangat kenali sedang bersandar di keretanya.

"Kau buat apa kat sini?" Ariff menegur sambil matanya memandang ke tempat lain, dia tak sanggup melihat orang yang selama ini dia sayang, sanggup meninggalkanya semata-mata untuk mengejar impianya sahaja.

"Riff I miss you so much." Qaira mendekati Ariff dan ingin memeluknya tapi segera ditepis oleh Ariff.

"Please lah Qaira kau dengan aku dah tak ada apa-apa hubungan, antara aku dengan kau dah lama berakhir". Jelas Ariff.

"Riff tak salah kan kalau kita mulakan semula hubungan kita, I masih sayang kan you Riff." Qaira merayu.

"Kau ingat senang ke aku nak lupa apa yang kau buat dekat aku?" Kau sanggup putuskan pertunangan kita sebab nak kejar cita-cita kau .Kau ingat aku barang ke senang-senang kau buang dan kutip aku."  Suara Ariff sudah naik seoktaf.

Hatinya sudah benar-benar tertutup buat wanita yang bernama Qaira Melisa, dia benar-benar kecewa.

"I betul-betul menyesal apa yang I dah buat dekat you Riff, I nak tebus segala kesilapan I. Please bagi I peluang kedua." Qaira sudah menitiskan airmatanya memang dia benar-benar menyesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap Ariff. Dia berharap tidak terlambat untuk dia membetulkan segalanya kembali.

Ariff hampir kalah dengan airmata Qaira, tetapi dia tetap kuatkan hatinya agar tidak termakan dengan pujuk rayunya dan dia bertekad takkan terima Qaira semula dalam hidupnya.

"Kau tak perlu tunjuk airmata palsu kau tu dekat aku Qaira, 8 tahun aku tunggu kau. Dah banyak peluang aku bagi kat kau tapi kau sikit pun tak hargai perasaan aku. Kau lebih pentingkan kerjaya kau daripada aku."  Ariff meluahkan rasa yang sudah lama tersimpan dalam hatinya selama ini.

Ariff tidak tunggu lama di situ, dia terus melangkah  masuk ke dalam kereta meninggalkan Qaira yang sudah teresak-esak menangis sambil menutup mukanya.

Ariff terus berlalu dari situ dan memecut laju keretanya keluar dari kawasan parking dengan hati yang bercampur baur.

Qaira pula hanya melihat belakang kereta Ariff yang semakin hilang dari pandanganya. 


'"I akan dapatkan you balik Riff, walau apa cara sekalipun you akan jadi milik I." Omelnya sendiri sambil tersenyum sinis.

Nabil dan Naim bernyanyi riang di dalam kereta. Selepas abangnya balik dari kerja tadi ,mereka terus berangkat untuk balik ke kampung kerana perjalanan yang jauh mungkin memakan masa beberapa jam untuk sampai ke Johor dari Kl.

"Oh-oh! balik kampung, Oh-oh! balik kampung, Oh-oh! balik kampung hati riang." Nabil menyanyi riang sambil menggoyangkan badanya diikuti Naim.

Mereka begitu gembira balik ke kampung kerana sudah lama tidak berjumpa dengan datuk dan nenek kesayangan mereka. Naura tersenyum melihat gelagat dua orang anak saudaranya, yang teruja nak balik kampung.

Begitu juga dengan dia, Naura sangat rindukan kampung halamanya terutama umi dan abinya yang sudah lama dia tidak berjumpa dengan jantung hatinya itu.

"Abil jangan nyanyi kuat sangat hujan karang."  Ayahnya sengaja mengusik Nabil yang seronok menyanyi di belakang bersama Naim.

"Alah biarlah hujan, kita naik kereta bukan naik moto lah ayah." Nabil menjawab, membuatkan mereka semua ketawa mendengar jawapanya. Ada je jawabnya kalau tak jawab tak sah.

Ariff keluar dari rumah setelah semua barangnya siap dibawa, ketika dia hendak turun ke bawah, Ariff terlupa sesuatu.

"Alamak handphone pulak tertinggal." Dia berpatah balik naik ke rumahnya, setelah pastikan tidak ada barang yang tertinggal dia turun ke bawah semula dan melangkah masuk ke dalam kereta.

Setelah masuk ke dalam kereta, Ariff menghidupkan enjin kereta dia tidak tunggu lagi terus keluar dari kawasan rumahnya menuju ke tempat yang ingin ditujui iaitu kampung halamanya.

Ketika dalam perjalanan, keretanya pula buat hal tersenguk-senguk macam pakcik tua.

"Apahal pula kereta ni jangan buat hal, jauh lagi perjalalan ni." Omelnya sendiri lalu dia berhentikan keretanya di tepi jalan. Ariff mengambil jadual servis keretanya di dalam laci, rupanya dia terlupa untuk servis keretanya ikut tarikh yang ditetapkan.

"Alamak patutlah tarikh dah terlepas rupanya, apalah malang nasib aku arini dengan hal pagi tadi lagi sekarang ni hal kereta pula." Omel Ariff.

Ariff keluar dari kereta  menghubungi rakanya untuk mengambil keretanya dan dibawa ke bengkel, terpaksalah dia tangguh untuk balik ke kampung sementara untuk tunggu keretanya siap.

Sementara menunggu rakanya Ariff pergi ke stesen bas berdekatan dan duduk di situ, cuaca pun boleh tahan panas kalau dia terus duduk di situ mungkin kulitnya akan menjadi hitam. Klise sangat ayat tu.

Ariff mengibaskan tanganya ke arah mukanya kerana cuaca terlalu panas dan badanya juga sudah dipenuhi peluh.

Sedang Ariff duduk, beberapa orang gadis yang berada di situ sudah tersengih-sengih macam kerang busuk dan berbisik antara satu sama lain sambil memandang ke arahnya. Dia hanya mengedahkanya dan memandang ke arah lain.

Mana tidaknya siapa yang tidak terpikat dengan Ariff yang sentiasa segak walaupun hanya pakai simple. Tshirt kosong warna hitam lengan pendek yang manampakkan lenganya yang sado, seluar jeans biru koyak kat lutut ikut trend lah katakan dan kasut sneakers warna putih ,smart dan handsome makcik-makcik bawang pun boleh terpikat.

Naufal berhentikan keretanya di tepi jalan untuk membeli air kerana Nabil merengek nak milo ais, dia singgah sekejap di kedai mamak yang berdekatan.

Ketika Naufal hendak masuk kedalam kereta dia terpandang satu figura manusia yang sangat dia kenali, sedang duduk di stesen bas seberang jalan. "Macam kenal." Naufal mengomel sendiri sambil memandang figura tersebut dengan mata dikecilkan maklumlah matanya kalau jauh memang tak nampak.

"Ariff ..apa dia buat kat situ bukan sepatutnya dia balik kampung ke?" Naufal tahu kerana Ariff sudah memaklumkan padanya pagi tadi.

"Sayang abang jumpa kawan abang kat stesen bas seberang jalan tu kejap eh." Naufal menghulurkan milo ais yang dibelinya kepada Medina.

"Ok abang." Medina mengganguk dan menyambut huluran Naufal.

"Riff kau buat apa kat sini." Naufal terus menegur Ariff bila sampai di situ.

"Eh!!  Fal kau tak balik kampung lagi." Ariff terkejut melihat Naufal di depanya.

"Belum, aku singgah kedai mamak sekejap beli air. Kenapa kau duduk dekat sini?" Tanya Naufal.

"Ohh!! ni ha kereta aku buat hal pulak, aku tengah tunggu kawan aku ambil."Ariff menjawab.

"La ye ke? habis tu kau nak balik kampung macamana"."Terpaksalah aku tangguh balik kampung sampai kereta aku siap." Jawab Ariff.Naufal mengganguk lalu dia dapat satu ideal.

"Macam ni lah Riff kau tumpang aku je lah balik kampung, lagipun rumah kau dengan aku bukan jauh pun, sebelah rumah je kan?" Naufal memberi cadangan.

Ariff berfikir sejenak dengan ajakan Naufal. "Takpe ke aku tumpang kau Fal, tak menyusahkan kau ke?" 

"La! takpe, dalam kereta aku bukan ramai pun kat belakang banyak ruang kosong. Adik aku dengan anak-anak aku je kat belakang".

"Ok lah kalau macam tu aku tumpang kau. Aku pergi ambil barang jap. Ariff bersetuju dengan ajakan Naufal.

"Ok aku tunggu kau kat kereta ehh." Naufal pun berlalu dari situ.




Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now