🍀BAB 16

13.3K 474 3
                                    

Akhirnya majlis pernikahan antara Naura dan Ariff berjalan seperti apa yang dirancangkan,dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.

Semasa di masjid sepasang mata sedang memandang mereka dari jauh, Ariff dan Ia and a couple weeks Naura yang sedang tersenyum gembira membuatkan dendamnya semakin memuncak.

"Gembiralah sekali kau boleh Ariff Hakim. Aku akan pastikan kau derita macamana aku lalui dulu," omel lelaki itu, senyuman sinis terukir di bibirnya. Tatapanya tajam menatap ke arah Ariff dan Naura, penuh dendam mengepal tanganya dengan kuat hingga kukunya yang tajam mengenai isi tanganya.

"Kau akan menyesal apa yang kau dah lakukan dulu" ucap lelaki itu lagi, berbalik tubuh lelaki melangkah pergi dari selama

Majlis pernikahan diadakan secara kecil kecilan, setelah selesai akad nikah di masjid,di rumah mereka diadakan majlis doa selamat untuk meraikan pernikahan mereka dan juga untuk mama dan abah Ariff yang akan berangkat ke tanah suci lusa.

Ramai juga tetamu yang hadir,itupun baru sedikit belum lagi masuk rakan-rakannya lagi. Dia hanya ajak yang mana rapat sahaja,bila majlis persandingan nanti barulah ajak semua.

Naura hanya beriak tenang apabila semua rakan-rakanya memuji suaminya.

"handsomenya suami kau Naura,untung kau".

"suami kau muka market pandai kau cari".

"segaknya suami kau Naura mesti romantik kan".

Handsome tu memanglah tapi mulut tu dah terlebih makan cili,tapi mulut cili tu lah yang dia mula sayang.

Setelah penat melayani tetamu yang hadir,perut Naura mulalah bernyanyi kerana dari tadi dia tidak menjamah apa-apa,hanya biskut dan teh je dia sempat makan sebelum majlis akad nikah, dia pergi ke khemah untuk menjamah nasi, dia malas menggangu Ariff yang sedang menyembang dengan rakanya yang datang dari KL.

Semasa di dalam khemah,Naura mencapai pinggan, kemudian dia mencedok nasi ke dalam pinggan dan letak ayam bakar kegemaranya bersama sambal belacan,

Naura pergi ke meja kosong,dan duduk di kerusi yang disediakan di situ untuk menjamah makanan.

Naura kalau dapat makan tak ingat dunia lauk tu penuh pinggan ,nasi pula tinggi macam gunung hilang dah dietnya bila nampak nasi minyak.

"ha! elok sangat la makan macam tu".Uminya menepuk belakang Naura perlahan nyaris tak terkeluar balik nasi yang ada di dalam mulutnya.

kalau tidak hilang keayuanya sebagai wanita melayu terakhirlah katakan.

Naura mendongak dan sengih kerang memandang uminya.''laparlah umi dari tadi adik tak makan nasi lagi".

"kalau ya pun ajaklah suami kamu makan sekali ini tak,ingat sikit adik tu dah bersuami".Uminya mengingatkan Naura.

Naura melaung memanggil Ariff yang tidak jauh dari situ, sedang bersembang dengan kawan-kawanya

"pakcik"......Naura memanggil Ariff sambil melambaikan tanganya.Beberapa orang di situ memandangnya termasuk uminya juga sudah terbeliak matanya memandang Naura.

Naura menekup mulutnya'alamak tersilap panggilah pulak,tu lah lidah terbiasa panggil dia pakcik' .Desis hatinya.

"ish budak ni kenapa panggil suami macam tu,Ariff dah jadi suami adik kenapa panggil dia pakcik".Satu cubitan singgah di lenganya.

"ouch sakitlah umi,sory adik dah terbiasa".Naura menggosok lenganya uminya kalau dapat cubit mesti sakit.

"pangil dia elok-elok".Ibunya tujuk isyarat warning dekat Naura.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now