🍀BAB 12

12.9K 486 11
                                    

Ariff sedang membelek laptopnya di ruang tamu untuk menyiapkan beberapa kerjanya yang tertangguh.

Walaupun dia sedang bercuti dia perlu menyiapkan segera, kerana ada beberapa kes yang perlu dia selesaikan.

Dia tak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada Naufal, kerana dia juga ada kerja yang perlu diselesaikan. Jadi dia hanya siapkan apa yang termampu.

Sedang dia leka membuat kerja, Iphonenya berbunyi. Tertera nombor yang tidak dikenali.

'Nombor siapa pulak ni.' Omelnya sendiri sebelum mengangkat panggilan tersebut.

Ariff:"Assalamualaikum hello, siapa ni?" Ariff mulakan bicara.

Qaira: Walaikumsalam bie ni I Qaira, I rindu nak dengar suara you.

Ariff terkejut mendengar suara yang sangat dia kenalinya di talian.

Ariff: "Mana kau dapat nombor aku ni?" Ariff bercakap dengan kasar jika dia layan Qaira dengan baik, dia seolah-olah memberi harapan pada Qaira untuk berbaik semula.

Qaira: I dapat dari PA you. (sebenarnya Qaira mengungut PA Ariff dia akan membuat kacau di pejabat Ariff jika dia tidak dapat nombor Ariff. Jadi terpaksalah PA nya bagi walaupun dia tahu mesti dia kena marah dgn Ariff.)

Ariff menukar nombor telefonya setelah putus dengan Qaira, kerana tidak mahu Qaira menganggunya lagi.

Ariff: "Kau nak apa call aku?"

Qaira: "I nak you Riff I want you back I sedar yang I tak boleh hidup tanpa you."

Ariff: Sekarang baru kau nak sedar, tak payah lah Qaira dah terlambat. Sekarang ni kau kena sedar yang hubungan kita dah lama berakhir." Jelas Ariff.

Qaira: "Riff please bagi I tebus balik semua kesalahan I pada you,I betul-betul menyesal, I nak you maafkan I." Qaira sudah menitiskan airmatanya yang tak mampu dia tahan lagi.

Ariff: "Aku dah lama maafkan kau, cuma aku tak boleh terima kau balik dalam hidup aku, Kau tak payah dah ganggu aku lepas ni banyak lagi lelaki lain yang jauh lebih baik dari aku, anggap je aku dengan kau takde jodoh." Ariff terus meletakkan telefonya, dia malas nak bercakap lama-lama dengan Qaira.

Qaira: "Riff, Ariff Hakim." Qaira menjerit memanggil Ariff yang sudah meletakkan panggilan. Dia mencampak handphonenya di atas katil dengan geram.

I takkan mengalah untuk dapatkan you balik Riff I akan pastikan you akan jadi milik I selamanya. Desis hati kecilnya.

Selepas balik dari pekan teman uminya pergi ke pasar, Naura duduk sebentar di pangkin luar rumahnya sambil melihat Nabil dan Naim bermain kejar-kejaran di laman rumah.

"Abil, Aim main elok-elok nanti jatuh." Pesan Naura kepada anak saudara kembarnya yang sedang asyik bermain.

"Baik achu." Si kembar menjawab serentak.

Tertoleh- toleh kepala Naura menjenguk rumah sebelah.
"Pakcik ni tak de rumah ke? senyap je."Omelnya sendiri.

"Cari aku ke?" Ada suara garau menegurnya, apalagi nyaris tak terjatuh dia dari pangkin.

"Oh mak kau terkejut!" Naura menoleh ke belakang dan melihat Ariff sudah tersengih-sengih memandangnya.

Selepas terima panggilan yang tak menyenangkan hatinya tadi terus hilang mood Ariff nak buat kerja, tu yang dia cari angin lepak kat luar. Tulah namanya jodoh, dia melihat cik tunang ketotnya ada di pangkin.

Hilang terus bad mood dia tadi sekarang ada akal nak mengusik cik tunangnya. Dari tadi Ariff berada di belakang Naura tanpa dia sedar. Tergelak kecil Ariff mendengar omelan Naura.

"Fuhh semangat!" Naura mengurut dadanya yang terkena kejutan yang disengajakan tadi.

"Pakcik lain kali bagilah salam dulu ni tak main terjah ikut suka pakcik je kan?" Naura buat muka serious.

"Assalamualaikum tunangku." Ariff memberi salam sambil menujukkan senyuman manis bergulanya kepada Naura.

"Walaikumsalam tunangku jua." Naura membalas tak beriak, padahal hati ni dah berdebar macam nak meletop. Dia suka melihat Ariff tersenyum, Senyumnya yang menawan itu membuatkan hati perempuanya bergetar termaksuklah Naura Afiya.

Sebelum ni kedekut sangat nak senyum asyik tunjuk muka sejuk beku dia tu je, sejak dah bertunang ni murah pula dengan senyuman. Asyik nak tersengih je bila berjumpa dengan Naura.

"Ha! macam tu lah, pakcik buat apa kat sini?" Tanya Naura.

"Nak berenang kat pasir tu." Ariff memuncungkan bibirnya menujukkan pasir di hadapanya dengan riak selamba.

Naura mengecilkan matanya memandang Ariff.
"Suka main-mainkan jawab elok-elok tak boleh ke?"

"Nak lepak dengan kau lah kat luar ni kenapa tak boleh ke?' Ariff melabuhkan duduk di sebelah Naura.

"Hi uncle." Nabil dan Naim menegur Ariff apabila nampak dia di situ.

"Hi Abil,Aim." Balasnya sambil tersenyum.

"Boleh je tak salah pun." Naura menjawab, dia memandang Ariff yang sedang tersenyum melihat gelagat Aim dan Abil yang leka bermain.

Terpegun Naura seketika, melihat Ariff dari tepi.
'Pakcik ni dari tepi pun handsome, ish! apa kena dengan aku ni?' Omel Naura dalam hati.

Ariff yang sedari tadi sedar, yang Naura sedang memandang lama wajahnya bersuara.

"Aku tahulah aku handsome, tak payah lah pandang aku lama macam tu." Tegur Ariff.

"Mana ada saya pandang pakcik? perasan! Naura terus menghalakan pandanganya ke depan, merah mukanya menahan malu.

"Ye ke tak pandang? kalau tak kenapa muka kau merah, mengaku je lah tak payah nak sorok." Ariff memandang Naura di sebelah, dia perasan yang Ariff sedang memandangnya,dia tidak menoleh sebaliknya padanganya tetap di depan.

"Ish! malaslah saya layan pakcik, baik saya masuk dalam baca novel lagi best.' Naura bangun dari pangkin dan ingin berlalu tetapi ditahan oleh Ariff dengan menarik sikit tudung yang dipakai Naura.

"Tak payahlah main tarik tudung." BalasNaura geram dia paling tak suka jika orang menarik tudungnya.

"Tunggu jap aku nak bagitahu kau sesuatu ni." Ariff menepuk tempat di sebelahnya menyuruh Naura duduk semula.

"Pakcik nak bagitahu saya apa?" Naura akur dan duduk semula di sebelah Ariff.

"Esok aku nak balik KL nak settlekan kerja aku yang banyak tertangguh."

"Errmm ok." Naura beriak biasa.

"Ermm ok! macam tu jer respon kau." Kata Ariff sambil mengajuk gaya Naura yang bercakap seperti orang malas.

"Yelah abis tu saya nak respon macamana lagi?" Naura buat muka blur.

"Aku ingat kau nak halanglah aku pergi sambil cakap tolonglah jangan pergi saya merayu." Ariff membuat muka merayu sambil tanganya gaya seperti orang yang memohon maaf.

Naura menghamburkan ketawanya seperti orang yang tak hengat dunia melihat gaya Ariff macam tu, dengan riak tak bersalahnya.

"Takkanlah saya nak buat macam tu." Naura masih dengan sisa tawanya.

"Kenapa tak boleh pulak?" Ariff buat muka selamba dalam hati dia suka Naura ketawa macam tu. Walaupun nampak tak semenggah tapi nampak comel di matanya.

"Dahlah layan pakcik ni boleh sakit jantung saya tahu tak, saya naik dululah " Naura memanggil Abil dan Aim naik ke atas sekali.

"Abil..,Aim jom naik atas, dah nak maghrib  ni".

"Baik achu." Nabil dan Naim terus mengikuti Naura dari belakang.

Ariff hanya menghantar pandangan sehingga Naura masuk ke dalam rumah, terus hilang stressnya bila dapat bersembang dengan Naura.  Naura sepertu penawar baginya jika dia ada masalah.

JODOH YANG BAIK ADALAH DIA YANG MAMPU MEMBUATMU SEMAKIN MENCINTAINYA..

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now