Faiq menatap handphonenya lama,tertera nombor Naura di skrin telephonenya, sejak dari hari dia luahkan perasaanya pada Naura. Dia langsung tidak menghubungi atau bertanya khabar kepada Naura. Naura telah pun selamat melangsungkan pernikahanya, jadi dia pun kena move on.
'dia dah jadi isteri orang Faiq kau kena lupakan dia'. Desis hatinya.
Faiq keluar dari cafe untuk menuju ke kereta, semasa dia hendak pergi ke keretanya yang terletak di satu lorong dia terdengar jeritan seorang wanita yang meminta tolong, dia pun pergi untuk menolong wanita tersebut,sampai je di lorong belakang, dia ternampak seorang lelaki sedang memegang erat lengan wanita itu yang meronta-ronta ronta minta dilepaskan.
"woi!! kau lepaskan perempuan tu!!!". Faiq menjerit ke arah lelaki itu,kemudian dia memandang wanita tersebut, pakaian wanita itu membuatkan dia terjebak dengan perkara sebegini .
skirt yang tak cukup kain dan baju yang mendedahkan separuh auratnya membuatkan nafsu semua lelaki meronta-ronta akibat melihat penampilanya. Dia pun hampir tergoda tapi disabarkan hatinya kerana dia masih ada iman dan maruah sebagai seorang lelaki yang harus dijaga.
lelaki tersebut memandang Faiq tajam sambil menguatkan lagi gengaman tangan pada wanita tersebut, air mata wanita itu hampir jatuh kerana sakit akibat gengaman yang terlalu kuat.
"kau siapa ha!, perempuan ni aku punya,dia milik aku seorang".Lelaki itu bercakap seperti orang tak ada akal sambil ketawa dengan kuat.
Faiq menghampiri lelaki itu dan menendang perutnya kuat dan dia pun jatuh tersungkur, gengamanya terhadap wanita tadi juga terlepas,wanita tadi terus berlari ke arah Faiq dan sembunyi di belakangnya.
"mari sini sayang". Lelaki tadi memanggil wanita itu dan menghampiri mereka. Wanita tadi memegang erat lengan faiq kerana takut, Faiq hanya membiarkanya.
"kalau kau dekat lagi aku call polis". Faiq mengeluarkan handphonenya dan lelaki tadi menghentikan langkahnya.Seketika kemudian terdengar siren polis yang menuju ke arah mereka. Kawasan itu selalu berlaku kejadian yang tidak diigini jadi polis ketatkan lagi kawalan keselamatan di situ.
"ok kali ini kau terlepas, lain kali aku jumpa kau lagi ya sayang".Lelaki tadi sempat berpesan kepada wanita tadi dan terus berlari supaya tidak tertangkap.
Faiq ingin mengejar lelaki itu tapi dihalang oleh wanita tadi. "Jangan tinggalkan saya sorang-sorang dekat sini,saya takut". Faiq terus menghentikan langkahnya.
Seketika kemudian seorang pengawai polis menuju ke arah mereka.
"ada apa-apa yang jadi ke?". Pengawai polis tadi bertanya kerana melihat wajah pucat wanita tersebut.
"ada perompak tuan dia dah lari ke depan". Faiq menunujuk arah lelaki tadi.
Polis tadi mengarahkan beberapa orangnya untuk mengejar lelaki tadi.
"Kamu berdua ok ke?". Polis tersebut bertanya kepada Faiq dan wanita itu.
"kami okey tuan".Faiq menjawab.
"Kamu berdua pergi ke balai polis terdekat buat report".
"baiklah ,terima kasih tuan". Faiq menjawab.
"sama-sama".Polis itu terus berlalu dari situ.
Setelah selesai pergi ke balai polis untuk membuat report Faiq menghantar wanita tadi ke rumahnya, dengan keadaan yang begitu bahaya untuknya membawa kereta sampai ke rumah.
"terima kasih,sebab you dah tolong I tadi".Wanita itu berbicara setelah lama mendiamkan diri kerana masih trauma dengan peristiwa tadi. Mereka keluar dari kereta kerana risau akan pandangan jiran terdekat.
YOU ARE READING
Married With Pakcik Handsome✔️
Romance{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu juga menyebabkan mereka mula mengenali antara satu sama lain. Arif Hakim si pakcik handsome walaupun...