🍀BAB 28

9.7K 306 0
                                    

Naura menonton tv sementara menunggu suaminya balik,dia memakai baju sejuk kerana terasa badanya tidak beberapa sihat,kepalanya juga pening kerana terlalu banyak menangis hari ini.

Rancangan tv tiada satu pun menarik perhatianya,lalu dia pun menutup tv,dan baring di sofa.

Jam sudah menujukkan pukul 12malam.Ariff tidak balik ke rumah lagi.Beberapa minit kemudian Naura terdengar bunyi pintu menandakan Ariff sudah balik,Naura bangun dan terus menghampiri Ariff.

"lambat abang balik harini".Naura menyalami tangan Ariff.

Ariff memandang Naura lama dia rasa sangat bersalah terhadap isterinya,bila melihat wajah pucat isterinya rasa bersalahnya makin menggunung tinggi.

"honey maafkan abang ya".Ariff terus memeluk Naura erat,airmatanya mula mengalir laju.

"abang tak salah apa pun,honey yang salah".Naura berkata lemah dia juga mengalirkan airmata,dia merasa lega kerana Ariff telah memaafkanya.

"abang janji,kita baiki hubungan kita sama-sama ya".Kata Ariff tak dibalas Naura membuatkan Ariff mula merasa hairan.

"honey...honey,Ariff memanggil isterinya,sambil menepuk belakangnya perlahan,dia melepaskan sedikit Naura dari pelukanya.
Dia terkejut melihat Naura sudah tidak sedar kan diri.
Terus dia mencempung Naura masuk ke dalam bilik.

Di dalam bilik Ariff membuka sedikit zip sweater yang dipakai Naura,kemudian dia mengambil tuala kecil yang telah direndam dalam air suam dan diperah diletakkan di atas dahi Naura yang panas.

Ariff merenung wajah pucat Naura lama."maafkan abang honey".Omelnya sendiri.

Naura jadi begini berpunca darinya. selepas ini dia akan memperbaiki hubungan mereka dan meletakkan sepenuh kepercayaanya kepada Naura.

Ariff mengelus pipi mulus isterinya, dia tersenyum melihat Naura yang masih cantik walaupun wajahnya pucat.Ariff mencium dahi Naura lama,airmatanya mengalir lagi.Sungguh dia sangat merindui isterinya kerana beberapa hari ini dia bersikap dingin terhadap Naura.

Beberapa minit kemudian,Naura mengrekot kesejukan lalu perlahan Ariff menarik Naura dalam pelukannya dan memeluknya erat.

"abang akan sentiasa ada di sisi honey".omel Ariff sendiri sambil mengusap kepala isterinya lembut sebelum memejamkan matanya.

Apabila Naura sedar pada pagi itu,dia sudah berada dalam pelukan hangat suaminya sungguh dia merasa sangat tenang.

Naura melepaskan sedikit pelukanya dari Ariff dan mendongak memandang suaminya,lembut tanganya mengelus l pipi Ariff membuatkan dia terjaga dari tidurnya.

Ariff meletakkan tanganya di atas dahi Naura,dia lega panas badan Naura telah reda.Dia kembali memandang Naura dengan pandangan yang paling dalam.

"maafkan abang ya sayang".Ariff membalas dengan mengusap kepala Naura perlahan.

"abang tak salah,honey yang salah".Naura kembali memeluk Ariff erat,dan menangis sepuas-puasnya dalam pelukan suaminya.

"shhh...jangan nangis sayang,abang janji takkan buat sayang menangis lagi".Ariff membalas pelukan Naura erat sambil menepuk lembut belakang Naura untuk menenangkanya.

Naura sedikit lega mendengar kata-kata dari Ariff,baginya tiada seorang pun dapat menggantikan suaminya di hati Naura.

"Naura terjaga setelah tertidur selepas solat subuh tadi.Dia menyedari Ariff tiada di sisinya terus dia bangun dan keluar dari bilik mencari suaminya.

Sampai di dapur, Naura melihat Ariff sedang sibuk memasak lalu perlahan dia menghampiri Ariff dan memeluknya erat dari belakang.

"Morning my honey".Ariff memandang Naura di belakang dan mencuit hidung isterinya lembut.

"abang masak apa"tanyanya manja,sambil menompang dagu di bahu Ariff,Naura terpaksa menjengkitkan sedikit kakinya kerana ketinggianya dengan Ariff sangat berbeza.

"masak buburlah untuk honey,kenapa honey bangun,kan tak sihat lagi ".Tanya Ariff sambil mengacau bubur yang dimasaknya.

"sebab bantal peluk bergerak honey takde kat sebelah".Naura merengek manja.Ariff tersenyum dan berpaling memandang Naura.

"manjanya dia kalau demam".Ariff mengusap kepala naura perlahan membuatkan Naura tersenyum bahagia,dia bersyukur kerana hubunganya dengan Ariff semakin baik.

Faiq memberhentikan keretanya di sebuah taman,dia bertekad hendak meluahkan perasaanya pada Qaira dan dia juga harus halang Qaira daripada hancurkan rumah tangga orang.

Qaira memandang Faiq hairan, mana tidaknya pagi-pagi lagi dah ajak dia keluar pada mulanya qaira menolak,tapi setelah dipujuk oleh Faiq baru dia terima.

"kenapa you bawak I kat sini".Qaira
bertanya kepada Faiq yang hanya diam sedari tadi.

"saya ada something nak beritahu awak".Faiq sudah keluar dari kereta,diikuti Qaira.

Mereka duduk di kerusi yang berhampiran dengan taman permainan,Faiq leka seketika melihat anak kecil mungkin berusia dalam 5 tahun riang berkejaran bersama ayahnya.

"awak tengok budak tu comel kan?".
Faiq memuncungkan bibir ke arah budak lelaki yang dilihatnya tadi.

"comel,kenapa awak tanya".Qaira memandang Faiq.

"awak tak nak ke? kehidupan macam tu,kahwin lepastu ada anak,hidup bahagia".

"mestilah I nak,dulu memang I terlalu pentingkan kerjaya.Sampai I sanggup abaikan orang yang paling I sayang,sekarang ni baru I sedar dan baiki semua kesilapan dengan dapatkan Ariff untuk bahagiakan dia".

Faiq hanya beriak tenang memandang Qaira.

"awak rasa Ariff boleh ke bahagia dengan awak?"

"yes,I akan jadikan dia orang paling bahagia,sebab I terlalu sayangkan dia".kata Qaira dengan yakin.

"tapi ini bukan caranya Qaira,kalau awak sayang dia awak kena lepaskan dia,lagipun sekarang ni dia dah jadi milik orang".

"tapi I nak dia,I tetap akan dapatkan dia,you tak boleh halang I".Kata Qaira dengan tegas.Dia tetap dengan keputusanya.

"saya cakap ni sebab saya sayang awak Qaira lebih dari seorang kawan".Faiq mula luahkan perasaanya.

Qaira terkejut dengan luahan Faiq,tapi dia buat-buat tenang.

"you jangan main-main boleh tak? Faiq Arshad,apa maksud you?".

"Saya tak main-main Qaira,saya serious dengan percakapan saya,ya saya mulakan sukakan awak sebab awak selalu susahkan saya,awak heret saya ke sana ke sini,masa saya cuti awak bagi saya kerja,awak merajuk bila saya tak tegur awak.Semakin hari perasaan saya semakin bertambah untuk awak. Tapi awak asyik nak dapatkan Ariff hati saya sakit awak,sakit sangat".Panjang lebar Faiq meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya setelah sekian lama.

Qaira terdiam seketika,pada masa yang sama dia terharu dengan luahan Faiq,dia ada rasa debaran di dadanya apabila berdepan dengan Faiq tapi dia tetapkan juga egonya untuk dapatkan Ariff.

"I minta maaf Faiq,I tak boleh balas perasan you buat masa ni,I nak you bagi I ruang untuk berfikir samada you jodoh I atau tak".

Faiq terdiam dan memandang Qaira dengan pandangan penuh pengharapan.'kau kena kuat Faiq kalau memang dia jodoh untuk kau,dia takkan lari ke mana' Desis hatinya yang paling dalam.

"ok saya bagi awak masa dan ruang untuk fikir semua ni,tapi saya nak awak tahu satu, jodoh itu ditakdirkan oleh allah,dan saya akan tetap akan menunggu awak sampai awak boleh terima saya.

Qaira terharu mendengarnya,dia memang selesa berkawan dengan Faiq ,Faiq selalu ada untuknya,tapi tidak tahu kenapa hatinya mula berbelah bagi.

"buat masa ni I tak nak you tanya keputusan sampai I betul- betul bersedia,dan I tak nak you campur adukkan urusan peribadi dengan kerja".Qaira bersuara tegas.

"awak jangan risau,saya akan bersikap proffesional,tapi tak salah kan kalau saya nak buat awak jatuh cinta dekat saya dalam masa terdekat ni kan?".Faiq menjongketkan keningnya memandang Qaira.

"up to you,dah sekarang ni you kena hantar I pergi butik,you tahu tak I dah lambat".Qaira terus bangun dan berlalu dari situ perlahan bibirnya mengukir senyum dengan perangai Faiq.

Married With Pakcik Handsome✔️Where stories live. Discover now