"Hana, Bangun sayang. Bangun, dah tengah hari ni." kejut puan Khadijah kepada anak perempuan bongsu kesayangannya. Dicuit manja hujung hidung puteri nya itu sambil tersenyum.
Hana Meddina.
Seorang wanita tinggi lampai.
Berusia awal 30an.
Berkulit cerah asli berasal dari Sarawak. Sejak kecil lagi telah menetap di Kuala Lumpur bersama mamanya Puan Khadijah dan adik lelakinya yang sudah pun berusia 19 tahun.
Kerjayanya bermula sebagai seorang Pembantu Tadbir di Syarikat Sinar Jaya Holding."Aaa... aaaa... Ma.. Hari ni Hana cuti la ma. Hana masih ngantuk ni. jap lagi la Hana bangun okay. " Jawab Hana Meddina lemah dengan mata yang masih tertutup rapat.
Lantas tangannya meraba mencari bantal peluk dan mencapai selimut yang hilang entah kemana lalu terus saja menyelimuti tubuhnya.Puan Khadijah hanya menggelengkan kepala melihat telatah puterinya.
"Haa yela, Hana tidurla. Jangan sampai matahari betul betul naik atas kepala baru nak bangun. Kang mama ambik baldi terus mandi atas katil haaa baru tahu. Anak dara tak elok bangun lewat. Tak manis. "
Bebel Puan Khadijah sambil menampar lembut bahu Hana Meddina lalu melangkah keluar dan menutup pintu.
Hana Meddina yang mendengar bebelan mamanya yang sayup sayup kedengaran lantas mengambil bantal dan menekup telinganya.' Semalam bobo dimana.. Bobo sama siapa ngapain ajj... '
"Hisshhhh!!! sape pulak yang call aku ni. Aku nak tidur pun tak senang."
Hana Meddina geram lalu menghempas bantalnya dengan kuat."Assalammualaikum ini cik Hana Meddina ke? Saya dari pihak Astro ada menawarkan pakej yang menarik. Kam..
tet..tet..tet........."
Suara wanita dihujung talian hilang dibawa arus. Hana Meddina kembali menyambung lenanya yang terganggu oleh pihak astro yang seolah tak faham bahasa itu. Bagi Hana Meddina dia bukanlah seorang yang mudah termakan kata atau terpedaya akan kata kata manis si promoter.Hana Meddina menghela nafas perlahan lalu menutup rapat semula matanya.
"Hana, saya suka awak."
Kata seorang wanita yang tidak dikenalinya sama sekali itu.Hana Meddina tergamam. Lalu menjawab dengan nada yang penuh kebingungan.
"Awak siapa? Saya tak kenal awak. Maaf."
Hana Meddina terus melangkah laju dan meninggalkan wanita misteri itu."Hana tunggu."
Hana Meddina menoleh, namun tanpa diduga terasa hangat menerpa dirinya saat merasa keanehan pada bibirnya.
Wanita itu mencium bibirnya dengan pantas.
Hana Meddina terkejut seraya menjegilkan mata.'PANGGG!'
Hinggap satu tamparan dipipi wanita misteri itu.
"Hoiii pompuan! Kau dah kenapa kiss bibir aku?! Aku tak kenal kau siapa. Tak tahu malu eh??!"
Jerkah Hana Meddina geram lantas meninggalkan wanita itu yang terkebil kebil memandangnya. Terkejut beruk barangkali.Hana Meddina meneruskan langkah dengan api kemarahan yang masih bersisa. Tanpa disangka kakinya tersadung dan,
'GEDEBUK!'
Tumit kasutnya tersepit di dalam longkang, lalu terjatuh."Adoiii! sakitnya kaki aku."
"Ehh! kenapa aku ada kat lantai ni."
Gumam Hana Meddina sendirian lalu merenung dan mengurut perlahan kakinya yang terasa sakit akibat terjatuh dari katil sebentar tadi.'Astaga, aku mimpi rupanya.'
Detik hati kecil Hana Meddina lalu meraup wajahnya.
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomansaHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...