chapter 33

1.2K 37 0
                                    

Nur Mawar Aini POV

"Aaa. hmm. helloo."
Nur Mawar Aini bersuara lemah dan mamai. Kedengaran di corong speaker  suara wanita yang amat dikenalinya.

Dek kerana terlalu lama menunggu , Nur Mawar Aini tertidur pulas.  Terdengar sahaja ringtone  yang nyaring di telinganya, Nur Mawar Aini pantas mencapai dan menjawab panggilan itu.

"Saya baru bangun. Awak kenapa tak tidur lagi?" Soal Nur Mawar Aini sambil bangkit untuk duduk menyandar di birai katil lalu meraup wajahnya yang terasa masih mengantuk.

Dari hujung talian terdengar nada suara wanita yang agak tegas namun tetap lembut.
" oh saya kacau tak ni. Erm Sorry  sebab tak reply chat. Saya makan tadi. lapar. hehe. "

Nur Nawar Aini yang mendengar hanya terdiam sejenak. Ditambah sisa mengantuk yang masih ada. Terasa lemah longlai tidak berdaya untuk bersuara. Mahu sahaja dia tidur dan meletakkan handphonenya. Perasaannya terasa sedikit terguris dengan layanan wanita di dalam talian itu yang seakan tidak mengendahkan chat  darinya. Terasa pahit menggugat pintu hatinya. Terasa kelat untuk ditelan. Namun cepat cepat dia mengawal perasaannya memandangkan dia dan wanita itu belum lagi mempunyai apa apa hubungan.

Bukanlah dia mahu mengawal wanita itu. Bukanlah juga mahu wanita itu sentiasa ada bersama. cuma dia hanya mahu sedikit masa. Setidaknya khabarkan padanya melalui chat tentang kesibukan yang dilaluinya. Supaya dia tahu dan tidak tertanya tanya sendirian.  Dia juga ada hati dan perasaan. Bukannya tunggul mahupun patung yang tidak bernyawa. Belum lagi dicampur perasaan bimbang akan terjadi apa apa tidak diingini. Sudah pasti ia menjerut perasaan dan hati.

Kejadian petang itu belum lagi rasmi dengan adegan lamar melamar. Nur Mawar Aini masih meminta masa untuk berfikir sama ada untuk menerima atau untuk menolak secara baik. Biarpun hatinya mengakui dia juga mempunyai rasa yang sama pada wanita itu, bahkan sudah awal awal lagi hatinya terpaut pada wanita itu. 
Namun dia sendiri tidak menyangka sama sekali wanita itu juga ada rasa yang sama buat dirinya. wanita yang pernah memarahinya dan menjegilkan mata di satu pertemuan yang tidak dijangka. Itulah yang membuatkan hatinya terasa sangat berdebar dan bahagia. Namun juga dia harus menerima hakikat dan kenyataan bahawa wanita itu adalah bakal isteri kepada sepupunya sendiri iaitu, Izzwan Miqael. Dia tidak mahu menghancurkan hati sepupunya sendiri. Itu lah lumrah sebenar dimana kejadian lelaki dan perempuan diciptakan. Terciptanya Adam dan Hawa. maka lahirlah zuriat yang menyambung keturunan dan generasi. Nur Mawar Aini tahu dan sedar. Tiada apa yang dapat melawan takdir dan kuasa Illahi. Siapa kita untuk melawan takdir. Jika memang sudah itu jodoh mereka. Tiada apa yang dapat menghalang. lagi pula kedua pihak keluarga masing masing sudah mengikat tali persetujuan.

'Hati... aku tahu engkau kuat.'
bisik Nur Mawar Aini di dalam hati.

Handphone yang berada di cuping telinga lantas diletakkan di sisi. Punat off  ditekan.
Nur Mawar Aini bungkam.
Kelat!
Sakit!

"Aku tak boleh. Aku harus cegah perasaan ini. Aku tak boleh terlalu melayani perasaan yang sudah sedia maklum memesongkan ini. Aku takut akan murka Allah. Yaallah ampunkan aku. Aku leka dalam kenikmatan duniawi. Aku terlalu khayal melayani arus perasaan.  "
Nur Mawar Aini lerlahan lahan bangkit lalu menuju ke dapur untuk mengambil segelas air suam lalu duduk di meja dapur.

Jam detik itu menunjukkan ke angka 1.15 am. Hanya suara unggas dan cengkerik kedengaran di luar rumah. Hujan mulai turun perlahan membasahi bumi. Terasa sejuk angin awal pagi itu. Nur Mawar Aini memeluk tubuh lalu perlahan menuju ke sinki dan membasuh gelas yang telah digunakan dan berlalu menuju semula ke kamar beradu.








   

  

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now